17 April 2014. Hampir 3 minggu selepas kami posting. Selepas kami berjaya menyewa mini cooper kancil selama sebulan, kami terus menjejaki tempat yang dah lama aku nak pegi. Sabah dan pulau pulau nya!
Kerani aku cakap, " dasat ko tiii, baru 2 3 minggu di sini dah jalan ke pulau. berani bhaa "
Bukan berani ke tidak kak, tapiii memang jeniss kaki jalan. Jenis yang tak menyaborrrr satu lagi. Time ni gaji non hadeee lagi kot. Bulan 6 baru gaji kami masuk. Tapi bulan 4 dah melencong sana sini.Mana la tak bebel adik aku a.k.a penaja utama aku before aku dapat gaji. :D
Sebenarnya memang kami plan nak ke pulau. Yu dah kontek awal awal lagi kawan dia yang tinggal kat KK. Jadi, kami bawak siap siap baju seluar nak snorkeling semua. Jumaat after sekolah, terus berdesup kami berlima ke KK. Akibat berdesup tu lah kami kene speed trap.! haha. Good! Hadiah pertama kami di sini. :P
Rezeki kami. Dapat bermalam di rumah Ain. Kawan hausmate aku. Dia tinggal dengan pakcik dia kat KK. Makan minum kami semua di sponser lah kiranya. Heee. TQ again Ain. Semoga di murahkan rezeki kamu sekeluarga.
Petang Jumaat tu kami sampai. Malam tu sempat la jimba jimba round bandar KK. Maklumlaaa, first time datang kan. Excited tu kemain lagik. Ko akan rasa macam... " waaaaa, tak sangka akau akan sampai ke tempat ni. selama ni tengok dalam tv je. google je tempat menarik kat Sabah. Sekarang aku dah sampai siniii kottt"
Serius weh. Otw aku ke KK, aku akan limpas Sipitang, Beaufort, Papar, Putatan.. nampak signboard ke Tenom, Inanam, Keningau, Kuala Penyu... Sampai Likas, bandar KK. Aku macam teruja dapat jejak kaki kat sini. Hehe. Alhamdulillah. Nikmat Allah beri pada aku.
Kami decide nak ke 2 pulau je dulu, memandangkan kami ni takk bergajiii. So, berpada pada lah ye. Hehe. Kami decide ke Pulau Manukan dan Mamutik. Ops, lupa nak cakap, kami bayar bot pakej sekali dah dengan alat snorkeling. Kat sinu banyak pulau, korang boleh decide nak g pulau apa.
Before ke pulau, pakcik tu bawa kami pusing pusing kampung atas air area pulau pulau tu. pakcik tu tahu kami baru first time sampai Sabah. So, dia layan kami macam pelancong yang tak tahu apa apa lah. TQ pakcik!
Aku first time kan tengok situasi macam ni. Even kat Lawas pon ada, tapi tetap excited jugak bila tengok perkampungan kat sini. Budak budak umur 5 6 tahun dah pandai berenang. Aku? 1 meter pon belum tentu lepas. HAHA. itulah kehidupan. Pasti kita akan hidup sebagaimana komuniti tu kan. ;')
Tudiaaa geng jakunnesss naik bot. Geng yang excited nak g snorkeling padahal memasing baru sekali dua snorkeling dan ada yang tak pernahhhhhh buat pon. tapi, excited melebihi segala!
Ciptaan Allah tiada tandingannya.
Pulau Manukan.
Cerita snorkeling. Serius sampai sekarang kalau kami dok throwback, konpem lah semua akan gelak. Nak buat macam mana, kami 'snorkeling berkelompok'. Hahaha. Syok tengok ikan, tetiba nampak ikan kaler hitam berbulu. Kau tahu apa? Stokin kawan kawan aku. Ok, aku pusing belah kanan, nampak pulak kaki yang sorang lagi. Adoiii, dah la kawan tu siap pegang pegang tangan aku lagi. Sebab tak konfiden time terapung tu.Aku pon jadi cuak. tak pe la, lain kali dah konfiden kannn. :D
Pulau Mamutik
Aku ada la berangan kan. Nak listkan pulau-pulau kat Sabah ni. Konon nak buat ala ala bucket list. Bhahha. Jauh tak angan angan? Harap berjaya lah ye mek tiii. Khatamkan semua pulau sebelum pindah semenanjung. Tak dapat pergi dengan kawan kawan, pergi dengan suami pon ok apee. Caittt HAHA. My futuru shuben take note okayyy. HAHHAHAHA.
Setakat ni saja perkongsian aku. Jumpa lagi di perkongsian percutian yang akan datanggg. InsyaAllah. May Allah ease.
Tak ada rezeki nak kerja dekat dengan keluarga. Allah beri rezeki pada aku untuk kenal dan melawat tempat orang. Alhamdulillah. Allah ialah sebaik baik perancang. Dia tahu aku suka travel, Dia beri kesempatan aku melawat Borneo pada usia muda aku. Macam ayah selalu cakap, masa usia muda dan masih bujang ni lah nak kenal dan melawat tempat orang. Hargai peluang itu. ;')
Happiness only real when shared. :')
0 comments:
Post a Comment