.

.

Saturday, September 5, 2015

. Xplore Borneo : Trip ke Semporna Day 1 : Kapalai & Mabul


Tips ke Semporna

Setel perjalanan ke Semporna, hari Jumaat. ( rujuk entry tips ke semporna..link kat atas tu haa ).
Hari pertama di Semporna. Sabtu, 29 Ogos. Pukul 7 kami dah ready kat lobi hotel, tunggu driver van pick up dan terus ke jeti. Sebelum bertolak, haruslah breakfast dulu. Kang melepettt time snorkeling nanti. Pakej kami amik ni just include lunch sajo. So, kami makan kat area jeti tu je. Jangan risau, banyak je kedai.

 Day 1 ( Ainul belum sampai. )
TheAfzanians + 2 ketul hosmet aku yang baju hijau dan gegel paling belakang tu.

Ok, sebelum terlupa, kami amik pakej ke pulau tu dengan brader Hanan. Cikgu from semenanjung. keje kat sane. dia yang urus trip kami and folow sekali. Dia memang sempoii habisss. For those yang nak try ikut trip dia, boleh PM tepi ye. ( link fb Hanan ).

Lebih kurang pukul 8.45++ pagi kami bertolak ke Kapalai. Plan awal, kami ke Bohey Dulang dulu, tapi sebab ada sedikit kekangan, kami ke Kapalai and Mabul dulu. Mana mana pun tak pe aihh. Asal sampai. Perjalanan ke Kapalai, lebih kurang 1 jam 30 minit ++. Bergantung kepada trafik! HAHA.

Kami sampai je kat Kapalai, dorang berenti kat tengah laut. Tapi tak tengah sangat pun, dekat jugak dengan tempat cetek, sebab pulau Kapalai ni tak ada darat sangat, resort and air cetek je. So, dari tengah laut tu, gigih  la kami snorkeling dan mendayung sana sini. Mula mula tu cuak gak weii, sebab aku tak pernah snorkeling dari tengah laut, biasa dari tepi je --'

  sebelum terjun. memasing muka hepi. 

Tapi, bila terjun, dapat tengok coral, ikan semuaaa... cuak semua hilangg. gigih snorkeling sampai ke tepi. sedar sedar, dah jauh gila dari bottt. cari penyu punya pasal. nasib baik dapat tengok. kalau takkkk, sesaje je penat. Then, nak patah balik ke bott, mak aiii. seksanya,, kayuh punya kayuh.. tapi macam tak gerak pun. nasib lah ada tali, kira macam border sampai mana kami boleh pergi. tapiiiiiiiiiiiiiii, nak sampai kat tali tu punyalah seksa... terpaksa paut orang tu,, paut orang nii. Fetri ngan Faiq lah jadi mangsa aku. hahaha. naik je bot. melepettt oiiii. ;p

nampak tak bot kat belakang tu?? haaa... dari sana la kami kena campak. bapak jauhh.bot pon nampak kecikk je. --'

from left : Fetri. Nasrul, Siti. Wahida. Kak Sara.

nampak tak kat belakang kami tu? time kami dok seronok mendayung... kami nampak askar lari lari bawa senapang. sorang.... dua orang... tiga orang. eh, baru kami perasan, kat hujung tu ada port askar jaga kawasan. siap ada sniper lagikkk. omaigaddddd. tapi, lepas tengok askar tu, sambung snorkeling balikk. hahaha. ;p really worth it! air jernih gilaaaa... superb!

Then kami terus ke Mabul, kami rest kejap, makan, solat then jalan jalan area pulau mabul. kat sini just 'sightseeing'. maklumlah, dah penat gilaaa berjimba kat Kapalai kan. time nih, feeling dia was like,,,,... waaaa. aku kat mabul wehhhh! lama gila kot simpan impian nak ke mabul. sejak zaman study lagi. sebab aku tengok si nabila huda post vacation dia ke mabul. terussss jatuh cinta. haha! over takkk?? ;p

haaaa. kat sini la nabila huda amik gamba tu. hahahahaha. akhirnyaaaaaaa! serius view cantik gilaaa. terpesona aku. air jernih sangat sangat. tenang kot duduk sini. ku nampak biruuuuuuuuuuuuuuuuuu.




beach boys
 from left : Fetri, Anep, Faiq, Nizam, Nasrul #TheAfzanians
Hanan( yang bawak geng kami ), brader ( kawan hosmet aku)
swit gilrs

from left : Yu, Kak Sara, Aina ( hosmet aku ), me, Wahida ( hosmet aku )

BM Crew di Borneo. Maap Ainul, hang tak sampai lagi time nih. Ke nak kak iti crop gambar hang pastu tepek sini? ;p

Memang kat Mabul ni just jalan jalan tengok kawasan, amik gambar semata mata. Snorkeling? Memang tak laaaa. penat tahap gaban sudah weiii. Jadi, banyak lah kami klik klik snap gamba haaa. Layan saje la ye.

serius lawaaaa. maca, kat bali uols! worth it! sumpah!


pantang nampak ada orang hulur kamera, nak menyelitttt je kejanyaa. si Fetri tu gigih dok selfie. tapi nampak Anep nak amik gambar, berlari pegi kat anep. aku pun same. hahaha. tua tua pun pangai tak berubah!

Habis sudah seharian di pulau. time atas bot balik jeti. semua melepet. habis semua jajan, air dalam bot tu kami tibai. lapaq oii. baru sedar! hahaha. kam 6++ petang kami sampai. brader driver van tu dah ready pick up kami. then dia bawak kami pegi beli ikan sotong ketam udang kat area jeti tu. dia yang tolong nego untuk kami. memang terbaikk la. 

restoren tu dekat je dengan hotel. petang tu jugak kami bawak udang sotong ketam ikan tu semua pegi restoran tu. so, kami just mintak dia masak and tambah side menu, tomyam ngan sayur je. jam 8 malam kami sampai. memang banyak gilaaaaaaaaaaa lauk. ketam 2 jenis masakan, udang harimau, sotong celup tepung, ikan kerapu masak stim, ikan putih 3 rasa and satu lagi masak apa entah.. ikan saje dah 3 jenis masakan.  tom yam. sayur goreng. 

memang tak sempat dah nak amik gambar. terus ngap. tapiii, udang ngan ketam tak habisss. terlaluuuu banyak + kami letih kot. tak dapat nak makan banyak. haha. memang mustahil la kalau geng laki tu makan sikit. memang depa perut tong kot. tapi sebab semua letih, tak laju sangat suap. lima tahun satu maktab, memang kenal dah sorang sorang makan macam mana haaaaa.

tapi, restoran ni agak mahal weiii. upah masak dah RM195. kau gile???? upah masak je kottttt. then, tomyam, nasik, air ngan sayur die caj RM85. total dinner kami RM280.  T_____T. aih. banned terus! nasib lah kami dah kutip RM80 sorang untuk makan sepanjang trip. 

just nak share bahan basah yang kami beli :

ikan kerapu 2 ekor, ikan putih sekor RM50
ketam 2kg RM17
Udang harimau 1 kg RM45
sotong 2 kg RM15

bahan basah :  RM 127
upah masak+side menu : RM 280
TOTAL DINNER 1day : RM 407  

Okkkk. terjegil mata tengok. tapi tak pe. sekali sekala kannnnn T__________T

ok guys. sekian untuk day 1. memasing balik hotel then mereput dalam bilik. penatttttt.!

happiness is real when shared ;')

2 comments:

nurul izzati raihan said...

Salam, nak tnya mase pergi pulau tu guna pakej siapa ye? ada suggestion siapa2 tak? sebab sy bercadang untuk buat trip ke sana juga.

♥ 미스 kiera ♥ said...

@nurul izzati raihan

salam. ye saya ad ambik pakej dengan kawan sy. dia cikgu kat sana. tapiii now dia dah pindah mengajar kt tempat lain. huuhu.