.

.

Monday, July 18, 2011

:: " Saya Lupa Diri Ke?" ::


Hazama lagi..!

Baru-baru ini, sebuah akhbar telah melayangkan satu teguran buat juara Akademi Fantasia (AF9), Hazama yang kini makin popular dengan single berjudul Cinta Teragung. Hazama dikatakan telah lupa diri apabila namanya mula mengecap populariti. Malah, dia dikatakan telah menunjukkan sikap panas barannya secara terang-terangan di hadapan beberapa pihak ketika menjayakan sebuah program ekoran disebabkan pihak produksi lambat buat kerja & menganggu jadual kerjanya.

Tersentak dengan teguran tersebut, Hazama yang ditemui Jumaat lepas meluahkan rasa isi hatinya kepada pihak OHBULAN!

“Saya ni lupa diri ke selepas keluar AF? Saya pun berfikir juga apabila ada teguran seumpama itu keluar di akhbar. Bukan apa, saya risau dengan pandangan orang lain, mungkin saya tak perasan.

“Tapi, bagus juga apabila ada teguran macam itu. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengingatkan saya supaya jangan jadi macam tu lagi. Saya harap pihak di luar sana yang terasa hati, dapat memaafkan diri saya. Kalau ada perkara yang tak betul, minta tolong tunjuk ajar kan,” kata Hazama yang kelihatan positif dengan teguran tersebut.

Pada masa yang sama, Hazama juga telah dicop sebagai hipokrit oleh sesetengah pihak yang pernah bekerjasama dengannya. Kononnya, Hazama cakap tak serupa bikin. Cakap lain, buat lain.


“Saya tak hipokrit seperti yang diperkatakan. Saya juga tak akan berikan nasihat melainkan orang yang minta. Biasalah, kita dalam AF macam adik-beradik. Sebelum tamatnya AF, saya diminta untuk berkata sesuatu mengenai industri hiburan.

“Disebabkan saya ada sedikit pengalaman, jadi saya kongsikan sahaja apa yang pernah saya lalui. Niat di hati saya cuma nak membantu, tak sangka ada inidividu yang berfikir sebaliknya. Serius, tak sangka!” jelas Hazama kepada kami.

Hazama, kini sibuk merakamkan sebuah lagu OST untuk sebuah drama berjudul Hanyut Untuk 3 Hari. Dalam perkembangan terbaru, penyanyi rock terkenal, Amy Search akan berduet bersama Hazaman untuk lagu berjudul Simetri hasil ciptaan Audi Mok yang dijangkakan keluar selepas raya nanti.



Biasa lah kann. Kalau kita dah popular. Dah senang. Ada je yang nak jatuhkan kita. Setahu aku dan dari pengetahuan aku yang memang minat kawww2 kat HAZAMA nih laa...wartawan and artis2 especially artis Astro ni memang suka and selesa ngan Hazama. Tpai sekarang, ada pulak yang nak menjatuhkan dia. Cakap berlagak mase dalam AF lah. Dah dia ada pengalaman, tak salah lah kalau nak kongsi ann. SHARING IS CARING kan. :)

Nasib lahh Hazama ni berfikiran positif an. Wat eva lah. Aku doakan semoga Hazama berjaya dalam kerjayanya. Kaww Timmm ahh!



Manusia, tak semua berhati mulia. Rambut sama hitam. Hati lain-lain. :)


kredit to sini.


6 comments:

Firdaus Qaiyum said...

ngat ko yg lupe diri.. hua3

♥ 미스 kiera ♥ said...

aku lupa diri bila tengok HAZAMA je weh. haha.

msredcheesecake said...

Cik kieranaa,
Mr hazama lupa diri? Harap tak la kan...rugi wooo..sora dai best...

♥ 미스 kiera ♥ said...

sumpah sy tak caye la kannn.
sape yg tulis 2 yg LUPA diri. saje je nk lariskan paper.
taik nye trik nk soh org beli paper dorg.

tak phm betul la..
sape la yg nk jthkan hazama...dem gila.

Diya Edhayaa said...

rmbut org skang pon da mcm2 kaler.. huhu,,.

♥ 미스 kiera ♥ said...

asalnya mmg sume hitamm.
kecuali oram putisss...