.

.

Monday, July 18, 2011

:: tips CUCI MUKA. Haa? Merepek kah aku?? ::





Aigoo. Betul ke aku nak cakap pasal kecantikan ni? Haaa? *blurr. Hehe. Betul la weh. Walaupun aku ni bukannya terer or pandai sangat. Tapi....bolehh laa... Hihi. Sila percaya oke. Dan kalau nak termuntah ke. Tanak baca ke. Sila lah tekan X kaler merah kat penjuru sebelah kanan ae. TQ. :)


Tips BODY SHOP? Eh. BODY SHOP (BS) tu hape? BS tuh satu jenama daa. Ada macam2 jual kat situ. Perfume, set pencuci muka, set mandian, losen...AHh...macam-macam lagi la. Kalau korang pegi, BERBULU mata korang. Hehe. AKU TIPU kannn? Mata mana boleh berbulu. Haha. Maksud aku. RAMBANG mata da.. :) Pencuci muka dah ada 3 4 jenis. Ikut kesesuain kulit kita la. Perfume? Lagi la haru biru korang nak pilih. Hihi.


Aku jadi PELANGGAN SETIA BS ni sejak tahun 2008. Aku guna 1 set. Pencuci muka untuk kulit berjerawat dan berminyak. Mula-mula aku pakai 1 produk je. Then macam berkesan. So, aku beli la stater kick. lepas tu baru beli yang besar2 punye...! Tengs la kat rumet aku masa kat matrik, sebab perkenalkan aku pada produk ni,. Dulu muka aku memang teruk gila Berminyak. Hitam. Jerawat berkeliaran. Hadoi. Hodoh. Haha.



Ni haaa set pencuci muka aku. Lengkap..! Eh..scrub ngan masker je tak de ni. Lupa nak letak kannnn.


Orait. Ni tips nak pakai benda2 ni... Jum baca. Tanak baca? tengok jela. :P




MASKER (RM55)

Yang ni pakai 3 kali je seminggu. Malam or siang, tak kesah oke.




SCRUB ( RM 45)

3 kali seminggu. Biasanya aku akan selang seli dengan masker. Kalau dah tempek masker. Aku tak pakai la scrub ni. Kalau nak pakai dua-dua pon boley. Tapi pakai masker dulu afta that, basuh masker tu then letak scrub. :)


CLEANSER / PENCUCI MUKA. (RM40)
*Maaf. Tak de gambar. Hehe. Ade lam bakul mandi laa.... :)

Macam biasa la. Cuci muka 3 kali sehari. Then, kalau pakai masker or scrub, wajib lah cuci muka dulu oke sygss..! :)




FACIAL TONER (RM 35)

Haa. Toner ni penting taw. Sebab tanak kasi muka kita menggelupas dan keringg. Kita selalunya tak ambil berat pasal benda ni. Sebab tu lah aku tengok ada sesetengah muka kawan-kawan kering. Aku memangla bukan hebat sangat. Kulit aku ponnn suam-suam kuku je. Tapi, sebab aku tahu kan pasal penjagaan muka ni. So, aku share lah. :)

Toner ni pakai afta cuci muka. Wajib..!





MOISTURISER (RM 43)

Haa. Yang ni jugak penting. Tak leh la pakai pencuci and toner je. Tak lengkap.! Kalau masak tu ibarat tak letak garam la. Hihi. Siyes benda ni penting. Untuk kembalikan kelembapan kulit kann. Toner je pon dah oke. Tapi, LAGI BAGUS dan PATUT pakai la benda ni. Dan dari pemerhatian aku la kan. KEBANYAKANnya tak pakai ponn. Kannn? :)

Afta tenyeh toner tu, tempek la moisturiser ni pulakk. Pakai waktu siang je taw. :)





NIGHT LOTION (RM 55)

Ni ganti MOISTURISER tadi la. Kalau moisturiser kita pakai waktu siang. Yang ni untuk malam. Nama pon NIGHT Lotion kann. :) Macam biasa lah. Cuci muka. Tenyeh toner then tempek lotion ni. :)




TEA TREE OIL ( RM 28 )

Ni macam ubat jerawat. Err.. Buruknye nama. Haha. Yang ni lak juz untuk muka bermasalah. Kalau ada ACNE tuh, haa..tempek je. Lagi kawww kalau korang picit ACNE/JERAWAT tuh then letak benda ni. Memang pedih tahap ayam la kann. Kawan-kawan aku ramai yang 'mintak' nak guna and dorang cakap memang berkesan. :)

Ni boleh pakai waktu malam la. Afta tempek NIGHT LOTION tadi, tempek la benda ni oke. :)



FACIAL BLOTTING TISSUES

Yang ni untuk sapu muka korang. Agak-agak muka dah rase ada 1 kuali minyak tuh. Haa... Tenyeh le benda alah ni. Macam tisu TEA TREE gak la. Sapu je. Minyak-minyak masak kat muka tu hilang la. Yang ni juz add-on je k.




BS ni buka leh suka-suka je korang beli. Kena tengok sesuai tak ngan muka korang. Sebab ada bermacam-macam jenis. Untuk kulit berminyak, pakai la set TEA TREE ni. Kulit biasa pakai set lain plak. Aloe Vera ponnn ade. haa.. Korang kena pegi tanya sendiri kat BS oke. :)

Aku dah pakai sejak 2008. Sekarang dah 2011. Memang berbaloi la. Nampak perubahannya. Tapi slow sikit la perubahan tuh. Kene la sabar kann. Oke wat. Dari produk yang pakai seminggu dua minggu, dah jadik putih ala-ala Mat Salleh gitu. Siap menggelupas lagik. hehe. Semua produk menghakis kulit. Tapi bezanya antara KUAT or TAK je hakisannya. Kann? Aku bukan demand. tapi produk ni je sesuai dan KENA dengan muka aku. So, tak salah kot aku teruskan guna BS ni.


SET TEA TREE = RM 301. Sekian. :)
Starter Kick = RM 79. ( Clease, Toner, Nite Lotion, Day Cream ) * depends on set pencuci tuh.


kata saya :: tak salah pakai yang mahal-mahal. Asal puas hati. Dari yang murah tapi bahayakan kulit. :) Tapi, ikut kesesuaian muka jugakk la kann. Tak semestinya kena pakai yang mahal je kaann. Up to you. Hihi.




7 comments:

Syahbinar Shuib said...

wohoo.. tak mampu kite nak pakai, huhu~

Nur Farah Hani said...

ma aih./.. beratus2 campur tolak untuk semuanya.. uhuhu...

btw body shop emmang best ar.. baunya pun wangi2.. botol pun cantik3.. ahahaha.. tapi fara ta leh gune yang mahal2.. sebab ta sesuai ngan kulit.. hak3.. kulit murah.. T_T

♥ cik kieranaa ♥ said...

SS >> bila keje nnt mampu la. hihi.

♥ cik kieranaa ♥ said...

farah hani >> eleh. ne ade istilah kulit murah. hihi...kulit sy ni cerewetnye..nk body shop je...haha.

Inspirational Jewelry Wholesale said...

suke jugak produk bodyshop, tapi stakat ni x pnh cuba any skin care die..=)

Iqlima Azmi said...

saya baru nak try. awk guna lagi tak now? camna skrg? :)

♥ cik kieranaa ♥ said...

@Iqlima Azmi

still guna. hehe. :)