.

.
Showing posts with label bebel je keje. Show all posts
Showing posts with label bebel je keje. Show all posts

Tuesday, December 8, 2015

. what the elders sayyyyy .


orang tua-tua cakap, pegi majlis kahwin or kenduri kawan kawan untuk ambik berkat. betul ke? masalahnya dah berpuluh-puluh majlis aku pegi. tapi satu pun tak melekat berkatnya. hahahha

pada pandangan aku pulak, jodoh memang tak datang bergolek, kita kena usaha. walaupun dah ada boipren, tapi kita kena usaha untuk halalkan hubungan itewwwwww. ada boipren yak semestinya jodoh datang cepat. ada je yang kapel bertahun-tahun masih tak kawen. ada jugak yang kenal 3 4 bulan terus kawen. itu di namakan jodoh.

so, stop pertikai kenapa dia kawen awal. kenapa dia tak kawen lagi. kenapa adik dia kawen dulu. kenapa dia tak kawen lagi sedangkan dia cun/hensem, hoiiii. tu semua ketentuan Allah. siapa kita nak pertikai. yang dah kawen, jaga hubungan yang korang bina tu baik baik. kepada yang belum kawen macam aku....

perbaiki diri. jadi manusia yang lebih baik. mungkin kita belum cukup sayang diri sendiri, sebab tu Allah tak hadirkan seseorang untuk kita sayang sepenuh hati.

mungkin juga kita belum jadi yang terbaik untuk diri sendiri. jadi, perbaiki diri. mungkin sebab itu Allah belum temu kan kita dengan si dia. jadi yang terbaik untuk diri sendiri dan bakal suami/isteri. think positive. setiap apa yang Allah aturkan itu semuanya baik. Dia beri apa yang kita perlu. bukan apa yang kita nak.

orang yang kawen awal, berpeluang berbakti pada pasangan. sedangkan kita, yang belum kawen, rezeki kita untuk lebih lama berbakti kepada parents. Allahuuuuuuakbar!  Hebat sungguh takdir yang Allah tetapkan. percaya pada Allah. Dia sebaik-baik perancang. tapiiii, jangan putus putus doa supaya di temukan dengan jodoh kita dan di permudahkan segala urusan. InsyaAllah Dia bantu kita! Allah kan sayang kita. :)

#teamsedapkanhatisendiri

happiness is real when shared

Sunday, October 12, 2014

. banyak jenis manusia .


mood melalut datang sudah.

macam tengah emosi je mektii. tapi aku taip ni dalam keadaan terkawal okayyy.

so, manusia. banyak jenis banyak ragam dan banyak kerenah. penat kadang kadang layan manusia ni.

ada jenis, sukaaaaaaa sangat cari salah orang lain. sedangkan salah sendiri besauuuu gajah pon tak nampak. asyik nak kondem orang saje. sendiri salah kau tak sedorrr. punaya punya manusia.

ada jugak jenis sukaaaaaa nasihat orang. ok, bagusss sebenarnya dorang ni. nasihat menasihati. tapiiii kekadang dia punya nasihat dan kekerapan menegur tu buat kau annoyinggg. eh, macam aku ni anak kau. macam aku ni teruk yang teramat, apa kau ingat kau bagus la eh. tengok jugak diri sendiri. jangan nasihat tapi kau pun buat jugak benda tu.

ada jugak yang selalu komplen, ' aku tak suka orang macam ni macam tu and so on'
ok. memang adat manusia la, masing masing aa benda yang tak suka. tapiii, reflek diri kau, apa benda yang kau buat yang orang tak suka. mestiiii ada la peranghai tak semengah kau yang aku pon meluat nengok.

contoh aeee, kau tak suka orang tetiba moody or tak bercakap. konon mogok or mood swing or kau ada terkasar bahasa sikit dengan dia. then kau terus claim orang tu perangai tak semengah. heyyyy, cuba kau tengok pulak diri kauuu, time ko penat letih tak cukup tidur or kau mood swing. kau pun buat benda yang sama kan. moncong 14 depa. elok sangat lah macam tu kan.

haaaa. dunia ni adil. karma ok karma.


so, pengajaran dia. reflek la diri. just peringatan untuk diri aku dan korang korang.



Monday, January 27, 2014

. najwa latipp la sangat .



aloha! Kalau sebut nama Najwa Latif, konpem punyalah ramai yang kenal. Kalau yang tak kenal, cakap je, yang nyanyi lagu Cinta Muka Buku tuu... hehe.

Serba salah sebenarnya aku nak taip entry ni. Kang ada yang cakap perasan, annoying pulak. Tapi tak kira lah, aku nak taip jugak. jari dah laju ketuk ketak ketuk ketak ni. Tak boleh nak stop. ;p

Rumours ni lama dah aku dengar. Entah budak budak ni menganjing aku ke betul betul. Depa cakap aku iras iras Najwa Latiff. Hehhhh. Ada ke? Lama aku telek cermin. Sumpah tak hade iras langsungg. Korang biar betul. Menganjing aku letewww!




Seingat aku, si Adam la mula mula post kat wall aku beserta gamba NajwaLatip, dia cakap aku ni kemborrr si Najwa tu. Aigoo. Kes ni terus menular ke serata budak IPG Afzan. Ramai yang mengiyakan spekulasi Adam tuh. Haha. Gelak golek golek aku. Lepas tu ramai la yang panggil aku 'kak wa'. Budak budak junior pon siap cakap kat aku. Memang iraass. Tenkiu la adik adik. kak tak de coki coki nak bagi kat korang time tu. nanti kak dah keje, datang tuntut eh. hihi

Ada junior yang bernama  'L' tu siap suruh aku nyanyi lagi time pesta.Walaweh, korang ingat suara aku sedap macam najwalatip ke ape. Aku penah test suara kat karaoke jamban je. kat tempat open belum lagi ye. soryyy, kang hujan tak pasal. :p si junior ni tiap kali jumpa aku mesti panggil aku kak najwa. huwaaaa... rindu jugak la kat junior junior yang suka tegur aku macam tu. hahhaa.



Mien pulak siap buat entry kat blog dia lagi. Saja lah tu nak propa! hahha. Budak budak kelas aku apa lagi, perli habisss. Gosip ni menular hingga ke kawan kawan sekampung aku. Dah post kat wall, satu dunia boleh baca mak enon oii. Siap kena 'pangkah' lagi kat geng sekampung. Good job. haha. Malu pon hade jugak bila time raya kawan kawan dok pakat perliii. Malu ke? Bukan malu weh, geram nak tonyoh tonyoh muka hampa! hahaha


Paling aku nak gelak, aku terjumpa junior aku, Basyar nama dia. Terjumpa kat kedai buku  Popular, dia sengih kat aku lepas tu buat isyarat nak sign. Haha. Aku gelak sungguh sungguh time tu. Kelako pulak. Feeling retissss giteww kau!


Bukan setakat tu je, masa aku praktikum 3 bulan kat SK Gali. hari pertama aku masuk sekolah, aku ingat lagi, after assembly, sorang ustaz tegur aku, " awak kakak najwa latif ke, muka sama lah.."

sungguh tak leh blah. biru muka aku time tu. ada ke tegur macam tu. hahaha.




dan tadi, aku baru je 'friend' dengan budak budak kaki novel. then sorang mamat ni ingat aku ni najwa latif. hmmmm. one day aku nak bergambar dengan najwa latif, nak tengok jugak, tang mana same. :D





Friday, December 13, 2013

. ponin den. kau hado? .



Pepatah ada mengatakan,

Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Macam mana ntah aku nak hurai mende tu eh. Bila pikir-pikir balik, macam tak kena pulak pepatah tu.

Haaa. Kalau lagu Ukays, ' Disini Menunggu Disana Menanti' tu sesuai sangat  la kot.


Macam mana kalau macam ni,

Kau berkawan rapat dengan someone. Bukan sehari dua, tapi sepuluh tahun since kau sekolah menengah. Kau memang rapat kaw kaw lah dengan lelaki tu. BFF katanya. Bespreng poreber. Apebenda pasal kau yang dia tak tahu, semua dia tahu. Apebenda rahsia dia yang kau tak tahu, semua dia story kat kauu. Macam tu punya rapattt.


Tetiba pulak, kau tahu dia memang berperasaan cinta kat kauuu. OK. Fullstop.

Satu lagi, teman tapii mesra kau. Kau tak kapel dengan dia, tapi kau macam... ala, TTM. Haaa.

Mana kau pilih. Hehhh. Aku malas la nak fikir weh. Lagi aku fikir, lagi aku pening. Better aku ignore dedua.
Adil. Kawan sampai matiiii. Tak gituuu.



Tuesday, October 8, 2013

. kosongg bak kata Najwa Latiff .



Pernah tak korang rasa nak menaip. Nak hapdet. Tapi kosongg. Macam tu la aku rasa sekarang. Nak hapdet blog tapi rasa kosongg.

Apa benda la yang aku fikir.

Sejak dulu lagi aku fikir satu benda ni. Sampai sekarang aku tak dapat jawapan.

Mungkinkah sepasang kawan baik or orang orang sekarang panggil BFF menjadi suami isteri?

Mungkinkah?

Aku masih berfikir. Bolehkan mereka sesuaikan diri nanti?
Sepanjang hubungan as friend or bestfriend, mereka tak ada langsung rasa malu. Tak ada rahsia. Jujur. Percaya. Tapi, bila dah jadi sepasang kekaasih atau lebih tepat sebagai suami isteri, hubungan mereka kekal seperti dulu?

Adakah tingkah laku mereka same as before?

Mungkin mereka hanya keliru di antara sayang dan cinta?
Apa beza sayang dan cinta?
Ya, mereka tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. Mereka saling melengkapi.
Ya, mereka serasi bersama. Ya, mereka saling memahami.
Tapi, adakah itu cinta? Bukan sayang sebagai seorang sahabat baik sahaja?
Kelirukah mereka?

Dek kerana si lelaki tergelincir daripada landasan sebagai seorang sahabat, dan wujud perasaan cinta,  keadaan menjadi semakin runcingg.

Namun, si perempuan juga takut kehilangan si lelaki yang dianggap sebagai bestfriend. Kenapa dia takut? Kerana si lelaki itu lah peneman di kala dia suka dan suka. Peneman kemana dia ingin melangkah. Yang itu jugalah sabar melayan kerenah mengada si perempuan. Sahabat itu jugalah tempat mengadu segala cerita. Sahabat itu jugalah penyelesai masalah. Yang selalu ada di sisi.


Ahh. He is my bodyguard, kata si perempuan. Kata si lelaki pula, you are my princess. Dah macam belangkas dua sahabat itu. Kemana saja berdua. Kau suka apa? Aku suka apa? Semua dalam otak fikiran mereka. Bersandarkan reaksi muka sahaja mereka dapat menebak apa yang bermain di fikiran si sahabat. Sungguh, mereka begitu serasi. Serasi yang amatt.


Kata kawan-kawan, kau orang berdua memang sepadan bersama. Tak salah jika status bestfriend forever itu bertukar kepada status yang halal.


Namun, mampukah si perempuan membalas cinta si lelaki? Sahabat baik bertukar menjadi kekasih? Siapakah yang sedang keliru?  Si perempuan? Si lelaki?



Betulkah?

Bertuahkah seorang wanita itu jika sahabat baik, kekasih dan suami adalah orang yang sama?



Take a chance and never look back.


Thursday, July 25, 2013

. belajar ;') .



Kadang-kadang kita rasa kita susah. Tapi ingat, ada lagi orang lain yang lagiiiiiii susah.
Kalau kita rasa kita sedih, ada orang lagi sedih daripada kita.
Kita rasa dugaan yang datang pada kita tu dah hebat. Kita jangan lupa, orang lain lagi hebat dugaan mereka.


Aku pernah hadapi situasi macam ni. Aku rasa aku susah, sedih. Beratnya dugaan ni. Walaupun aku senyumm. Act like nothing happen. Buat rilek. Selalu buat tak tahu. Tapi dalam hati. Menggelegak. Sakit hati. Terasa hati. Macam-macam ada. Bercampur baur perasaan. Tapi aku buat tak endah. Sakit dalam. Makan dalam orang kata.


Bila aku rasa tak boleh nak tanggung, ya, aku luahkan. Pada seseorang yang aku boleh percaya.


Tapi bila aku dengar dugaan orang lain. Masalah orang lain. Aku termenung. Aku berfikir sejenak. Rupanya orang lain lagi hebat dugaan daripada aku.


Sabarlah. Semoga dengan sedikit kesabaran, kita boleh menghadapi segala dugaan. Amin.


Allah tak uji seseorang tu jika dia tidak bersedia. Allah juga tak uji seseorang tu kalau dugaan tu di luar kemampuan seseorang tu.


Mungkin hari ni bukan hari kita. Mungkin esok mereka pula di tempat kita. Mungkin hari ini mereka tak hiraukan perasaan kita. Tak pernah nak jaga hati kita. Mana tahu, esok, orang lain buat benda yang sama pada mereka. Kan dunia ni macam roda. Berputar pada paksi yang sama. Bulat. ;')


Orang senang pon bukan sentiasa senang. Orang susah tak selalunya susah. Bukan dalam semua aspek mereka susah. Jadi, sama-sama lah muhasabah diri.


Mungkin kita rasa mereka salah. Tapi seeloknya kita salahkan diri kita dahulu. Mungkin salah kita membuatkan mereka buat salah. Hah. Berbelit dah ayat aku.


Apa yang penting, kita sama-sama muhasabah diri. Jangan letakkan ego di tempat yang paling tinggi. Tak salah untuk memohon maaf walaupun bukan salah kita. Kerana, minta maaf dan memaafkan orang lain itu perkara yang buatkan kita tenang dan rasa lega. Setuju?



Yang benar,
Aku yang tersakiti, aku yang terkesot hati. ;')


p/s:belajarlah hargai orang lain. belajarlah jaga hati orang. belajarlah jadi orang yang peka terhadap orang lain. belajar kurangkan ego. belajar jadi matang. jangan cepat mmecok mmongoh!




Tuesday, June 25, 2013

. itu dia ujian .




Kenapa kita sedih?

Sebab apa kita sedih?

Kenapa perlu bersedih?

Sedih?


Hmm. Sedih. Sedih.


Sedih tu mesti ada penyebab. Sebab apa? Putus cinta? Putus kawan? Stress? Pointer rendah? Bergaduh?

Huhu. Ya. Ya, aku tulis entry ni sebab aku tengah down. Feel like a loser. Huh. Tak baik rasa diri loser. Sebab masing-masing ada kebolehan dan kelebihan masing-masing kan. Feeling down. Tak patut eh rasa macam tu.

Ya. Orang tu cantik. Orang tu cerdik. Orang tu kurus. Kita? Ingatlah, walau kita rasa kita tak perfect, ada lagi orang yang kurang daripada kita. Sekurang kurangnya kita sempurna.


Ahh. Apa aku merapu ni?


Yang aku tahu, Allah takkan turunkan ujian ketika kita bersedia, Dia turunkan ujian ketika kita tidak bersedia, sebab Dia nak tengok sejauh mana kemampuan kita. Dia nak uji kita. Dan aku berpegang pada satu ayat ni, Allah takkan uji kita kalau diluar kemampuan kita.

Friday, June 21, 2013

. kurus ke gemuk? .



Kurus. 

Kurus.

Semestinya perkataan ni menghantui setiap wanita kan. Termasuklah aku dan orang orang sekeliling aku ni haa. Semua nak kurus. Tapi kalau mulut je cakap nak kurus, usaha tak hadeee. Apeeee pon tak boleh. Ye idok? Jangan dok rungsing sebab berat badan naik. Tapi tindakan? Adakah?

Bukan nak bebel ke hape. Cuma aku nak ingatkan diri sendiri je. Hiii. Aku punyalah aim berat macam dolu dolu. Zaman sekolah. Berat 47 49 kg je. Sekarang? Fuhhh.

Aku ni jenis perut dinasor, macam makan ada saka kan. No wonder la zappp zapppp je berat naik. Asal cuti je.. sudahhh. Melahap macam orang kebulur. HAHA. Tapi dulu, sekarang, aku makan je apa yang aku rasa nak makan. Cuma aku kurangkan kuantiti. Tipu la kalau aku cakap aku diet. Sangat menipuuuu. Kalau diet aku tak makan malam malam. Aku tak makan pizza, burger bakar, mcD bagai weh. Haa. See? Aku just kurangkan kuantiti. Heee.

Aku memang tak berkira bab makan. Sebab tak elok kita seksa nafsu makan, perut dan badan kita. Tak payah nak diet gila gila lah. Tak elok oii! Aku cuma beringat bila time makan. Dan yang pentingggg, exercise. Senaman. Bersenam. 

Bukan nak show off ke apa, aku cuma nak share saje. Kalau rase annoying, jangan baca.. HAHA. Ok, back to the topic. Aku ni, kalau nak apa-apa, aku akan usaha sampai dapat. So, after praktikum semester lepas, aku work out gila gila. Sebab berat naik 3 kilo kot. 57 kg kauu. Kau ingat aku boleh tutup mata je tengok berat aku mendadak macam tu? No. No!

So, aku skipping and buat jumpingjack tiap tiap hari. Aku repeattt.. tiap tiap hari! No excuses! Erobik ada lah 2 3 kali kot. Sebab tak hade gengg. And, resultnya. Now aku dah 52kg. Fuhh. 3 minggu punya usaha. See? Kalau kita usaha. Semua tu tak mustahil. Cuma kena rajin dan semangat itu pentinggg! Cuma kat rumah memang aku tak work out la. Susah beb. Susahhh. T_T

Alhamdulillah. Aku akan teruskan usaha aku. Now kat hostel, senangla aku nak buat kegiatan aku kann. Hee. Berape target aku? Hmm. Untuk raya aku just nak turun hingga 50kg. Tapi kalau lebih, alhamdulillah... Aku nak berat aku masa dolu dolu. 47-49 kg. AMIN.




Siapa tak excited bila ada orang tegur kau dah kurus??? Haa. Mama kepada BFF cakap, kenapa kurus ni? tak makan ke? diet ke long? 

Aku senyum jela. Makan hati mama! Mana tak kurus! HAHA.


Bila ada junior tegur aku makin kurus. Macam blink blink gitewww kat mata. Awww! Aiyooo. Macam ni la gayanya orang gemuk bila dah kurussss. HAHA. 




Friday, January 18, 2013

. geletikss! .



Banyak lagi yang perlu aku belajar dan praktis. Aku nak jadi isteri yang sempurna di mata suami. Skill memasak kena mantap. Skill menjahit pon kene hade. Ye idokkk? Haha. Ape benda la aku merapu ni. Lately, aku asyik pikir ke arah 'itu' je. Mungkin faktor umur kot?




Subjek semester lepas. Kami semua kena buat amali jahitan. :)


Thursday, January 3, 2013

. Tauke Jambu folow gua! .




Terkejut gua bila salah sorang pelawak yang aku suka folow aku kat twitter. Ahhh! Excited! Excited! Kecoh tak semena-mena. Haha. Rasa nak guling-guling. Lantaklah korang nak cakap apa pon. Hade gua kesah? Biarlah kalau Tauke dah folow korang berabad dulu pon. Aku baru je ade twitter.  Hii. Tauke!




Close up sikit. Ngeh ngeh!





 Lepas twit ni la Tauke folow gua. Hiii. Vote Jambu dan Jozan yea semua! Jangan lupa! Apa pon tak boleh!

 p/s : kalau annoying, sila main jauh-jauh. hiii



Wednesday, January 2, 2013

. page 2/365 .



Page 2/365.

Hari kedua pada tahun 2013. Hm. Nothing special. Bored. Bored. Bored! Juz wanna go home. Owh. +_+




Semalam rasanya aku susun kemas-kemas beg ni untuk di bawa ke kampus dengan perasaan yang berat.




Alhamdulillah. Dapat duduk kat bilik lama. Dah 3 tahun menghuni di sini. Aras 1. Aras yang sangat privacy dan ohsem. Maklumlah, hanya ada 5 bilik dan semua budak kelas aku. :) Tak payah berebut tandas pepagi. :) Yang penting, macam bawah tanah je aku rasa bila duduk kat sini.



Hari ni tak de ape pon. Assembly kat hall, then amanat bla..bla..bla.. from HEP. Then dapat kad diskaun ni. Lepas tu, dapat jadual kelas yang fully booking! 8.00 a.m - 4.30 p.m. Wow! Sumpah pengsan! +_+


Rasa macam nak balik lah. Haila...minggu ni  tak boleh. Next week kena cari rumah sewa yang dekat dengan tempat praktikum. Hmm. Raya cina jugak la akhirnya.. :'(


p/s : alone again. :)


Friday, November 9, 2012

. betul ke bohong? .



Aku perempuan. Korang pon perempuan. Tapi kalau yang baca entry ni lelaki, maknanya dia bukan perempuanlah. Kuikuikui..

Hokayy. Perempuan. Apa yang sinonim dengan P.E.R.E.M.P.U.A.N ni??

Shoping?

Make Up?

Hand bag?

Heels?

Dress?


Dan, perempuan ni sinonim la dengan kecelaruan minda nak pakai baju apa bila hang out dengan member, bf or sape-sape jelah. Rite? Macam aku lah, kalau nak pegy jalan-jalan, mesti sehari sebelum tu aku dah carik baju yang kononnya cun. CUN? Euuwww. Geli beb. Aha. Kalau nak pakai baju, mesti nak kena nampak CUN dalam gambar. Kahkahkah. Aku kan suka potosut (photoshoot).



So true...!

Nothing to wear or Can't decide which clothes they want to wear. 



Aku suka fesyen. Tapi aku tak reti berrrrfesyen. Cis. Kolot. Yes. Kolot molot hakuu ni.  Aku tak reti tau nak belit sana sini. Hana Tajima ke. Ape ke. Kalau tanya aku. Aku jawabb takkk.  Huu. Tapi aku akan pastikan, aku pakai baju yang aku rasa cantekkk. Lantak lah orang cakap apa kan? :P




- Cameron-Seberang Takir-Bukit Tinggi-Cameron-


Ok. Aku tak de mende nak tulis sebenarrrrrnya.!



Wednesday, November 7, 2012

. setahun? dua tahun? .



Toiinnggg!

Edisi mengarut nih. Tak hadee benda nak buat, habis benda aku nak print screen kann?

Yahoo Mail! Aku punya la lama tak bukak YM ni. Hari tu terdetik nak bukak. Tengok-tengok, hah! Hamek kauu. 30 ribu++ emel. Yang banyaknya of kos la dari Facebook. Blog pon ade. Semua aku guna Yahoo Mail ni. Akaun scribd, Facebook, Blog. Kalau yang peribadi baru lah guna Gmail. Such as.. Emel pengesahan untuk beli apa-apa secara online ke. Macam tu la.





Satu kerja pulak aku nak mendelete menda alah yang banyak ni. Haa. Aku bukak YM ni pon sebab nak tengok emel dari Nuffnang. Sebab akaun Nuff aku link kan dengan YM ni. So, terpaksalah bukak selalu kan. Hadoii. Serabut mak nenek aku tengok noti's from FB neh. = ='



Last aku cek emel ni, bulan April 2011. Haha. :P




Wednesday, October 3, 2012

. shy-shy cat .









Haa. Pernah tak korang alami situasi macam ni? Haaaaa. Aku? Aku? Kat matrikulasi dulu mungkin! Haha. Kat IPG ni konpem2 la tak de kan. Hihi. Shy2 kucing giteww. Alolo. Cuwit bangat meh!







Sunday, September 30, 2012

. kursus ke kurus? haha ;p .




Weekend yang agak berilmu lah minggu ni aku rasa. Haa. Why? Why? Why baby? Ahaks! Sebabnya, aku join kursus kawen. Pergh. Bunyi macam dah dekat sangat walimatul urus nye kan? Padahal entah ke mana lagi kan. Tapi, tak salah pon nak ambik kursus pra perkahwinan ni awal-awal. Nanti nak kawen, tak payah nak sibuk2 ambik dah. Kannn? 

Kursus ni dua hari je. Sabtu and Ahad. Oh my weekend! Kena bangun pagi-pagi, lepas tu tadah telinga dengar ceramah. Nasib baik lah penceramah lain-lain. Means, satu slot, sorang penceramah. Ada 6 slot sehari. Hmm. Ada yang buhsannnnz. Ada yang best. Tapi, adatlah kan. Dah namanya pun kursus cik kiah oiiii. Hihi.

Yang paling bernanah telinga aku, ialah afta lunch. Pergh. Mengantuk tahap cap ayam brand kau. Kena pulak penceramah yang suam-suam kuku. Memang meleleh la air liur basi jawabnya. Hehe. Tapi, kursus ni banyak la beri ilmu walaupun kebanyakan yang diajar tu, dah pun kita belajar dalam subjek Pendidikan Agama Islam masa sekolah menengah kan. Cuma bab-bab yang Tuttt.. Tutt... tu je ilmu baru. Haha. Syhhh. Senyap-senyap sudah. Orang yang dah ambik kursus kawen je tahu k. Haha. :P




Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sijil ni tiada tamat tempoh sah laku. Eh. Macam belit-belit lak ayat aku kan. Hm, maksudnya, sijil ni laku seumur hidup la cik kiah. Hihi. So, get ready. AKu dah selangkah maju ke hadapan tahuuuu!



Miss Housemate yang datang berpasangan dengan pasangannya. Err.. Aku datang dengan sape lak? Uhuu. Sila sedih oke. Aku datang sorang tanpa pasangan. Nak buat macam mana, tunggu calon dari ayahanda tercinta kan. :P 
#aku nampak macam ibu-ibu mengandung uols...!#



 

Lastly. Dapat sijil dannn....korang perasan tak apa yang aku perasan? Huh. Thambiyyyyy kat dahi aku tuh! Betul2 kat tengah lak tu. Stress betul aku. Dah sebulan lebeh dah thambiyyy tu melekat kat dahi. Ops. Bukan thambiyy betul. Itu parut oke. Macam mana ek aku nak hilangkan? Malu la nak jumpa bakal mak mentua kalau macam ni. =='



Perkahwinan adalah satu ibadah. :)



Semoga Allah permudahkan segala urusanku. Amin. 

Tuesday, July 24, 2012

. nak macam ni! .




Sekarang ni musim orang kawen. Dengan aku-aku sekali excited. Walopon calon tak hade lagi kan. Adui. Stress guwa macam neh. Kawan-kawan RAMAI GILA dah kawen. Tunang pon dah ramai. Err.. kawan-kawan sekolah la, kawan kat Afzan neh tak hade lagi ponn! Hehe.

Lepas tu, boelh pulak aku berangan kan. Haa, 24 jam aku ni berangan. Ish. Ish. Sasau dah agaknya. Berangan macam-macam la, rumah nanti nak macam ni, pelamin macam ni. Baju bersanding kaler tu.. Phuii! Berangan tak sudah! Hahaha!







Bilik anak-anak nanti macam ni. Jimat belanja and anak-anak boleh mengeratkan hubungan. Haa.. da macam dalam tren pon ade aku tengok!. Kiki~




Dapur rumah nak moden macam ni ye sayang.. Haha.




Ruang bahagian atas rumah, ade master room ngan bilik study. Hokeyy?


DAN!


Design rumah macam kat bawah neyy...





Ahaha. Rumah pasir kat pantai boleh r, nak rumah betul, kau kawen la dengan jutawan Cik Kieranaa oiii!



Thursday, July 19, 2012

. muka legend, tapi menjahit : PAPA J .




Alkisah seorang.. err.. segerombolan, eh bukan. Sekumpulan kanak-kanak ribena yang tak berapa nak ribena sedang belajar menjahit. Ops. Bukan menjahit untuk tempahan baju, tapi paksa rela! haha. Sebab AMALI subjek RBT = Reka Bentuk dan Teknologi. Semua WAJIB. Lelaki ke, perempuan ke. Wajibalghunnah. No excuses. haha. Syok jugak tengok budak kelas aku yang macho-macho belaka ni menjahit. Bak kata lecturer BM kami, PAPA J, muka legend, tapi menjahit! Haha. Tak leh bayang aku macam mana budak2 laki ni menjahit siapkan AMALI ni kat asrama. Hiii.. Mesti cute kan ? :PP




Menjahit ye bang? :P




Tekunnye... :P



Sunday, July 1, 2012

. rosakkkk..?! .




Budak-budak zaman sekarang ni, sesuka hati dorang je nak mengeja. Ikot kefale hotakk dorang je kan. Haa. Kan dah kena. Tambah2 lagi bebudak yang tinggal kat bnadar-bandar besar. Selalunya budak2 yang terlebih moden dan maju je mengeja sampai aku pon tak reti nak sebut and baca. Haishh.. Jom la tengok!!!!!!!






See? Betulkan? Haa. Ini lah cabaran untuk aku sebagai seorang guru. Fuhh. Kuatkan semangat!




Monday, May 28, 2012

. bunian amek ke? .



 Misteri...


Aku nak cerita kat korang neh. Misteri Kehilangan Ubat Gigi.
 
Ini bukan main-main atau gurauan. Siyes weh! Lantaklah korang nak suka atau nak gelak guling-guling sekalipun.. Ni dah kali ketiga kes ni berlaku pada diri aku!


Ok. 1st time terjadi. Ubat gigi tuh baru separuh aku guna. Malam b4 tido, macam biasa lah aku berus gigi. Pagi esok, aku bangun pagi-pagi nak pegi kuliah, aku tengok, ubat gigi tuh dah tak hadeee! Wah. Konpius. Aku cek la jugak lam bekas mandi kawan-kawan. Sebab aras 1 tuh geng-geng aku je menghuni! Before tuh, ada sorang chinese guna toilet, so aku was-was jugak la. Tapi aku biarkan je. 


2nd time, masa tuh aku baru beli ubat gigi. Baru je guna dua kali. Pagi esok aku tengok. HILANG lagi! Arghhhh! Sakit jiwa aku! Dah la aku beli yang besar. Pastu hilang pulak! Siyes bengang beb! Siapalah HANTU MALAUN yang curik! Aku sempat gak terfikir, mungkin BUNIAN yang ambik! ==' Logik ke?


3rd time, masa ujung-ujung sem. Means, 3 4 hari lepas. Hilang lagi weh. Masa tuh aku barubeli jugak. And aku guna lam seminggu macam tu la. Nasib baik yang kecik gak. So, aku mula konfius..Adakah BUNIAN yang curik? Mustahil la kalau kawan-kawan amik sebab kami semua guna ubat gigi lain-lain. Means, jenama lain. Hmmm.. Makcik cleaner? Nonsense! Masalahnya yang aku je selalu hilang. Maybe ubat gigi aku tuh MENARIK sangat kot! Haila.... Sabau je la.