.

.

Sunday, July 22, 2012

. kuartersku! .




PRAKTIKUM!


Apa tu? Haa. Rasanya student2 kat Malaysia ni semua tahu kot. Tambah-tambahan budak IPG or 'budak maktab'. Kan? praktikum! Perkataan yang menyeramkan? Err.. Yeke? Mungkin lain orang, lain rasanya, kan? Bagi aku, best jugak, takkan nak ngadao buku, kuliah je sepanjang tahun. Tapi, yang tak berapa nak best, time lecturer observed. Fuhh. Mahu terkucil beb! :PP


Untuk pengetahuan korang-korang yang bukan student Institut Pendidikan Guru, kami ni belajar selama 8 sem untuk habiskan degree. Same je macam korang. Cuma kami buat foundation kat IPG jugak selama setahun setengah. sem 1- 4 kami ada PBS, Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu setiap sem. Masuk sem 5, praktikum selama sebulan, mengajar subjek major je. Sem 6, praktikum lagi selama dua bulan, mengajar subjek major dan minor. sem 7, haa.. yang ni lama sikit, 3 bulan. Mengajar major ngan minor.

Fuhh. Semoga aku tabah. Before ni sebulan kat SK Keledek, Kuala Lipis. Stay kat hostel je, sebab dekat. Boleh ulang alik kan. Kali ni dua bulan kat SK Betau. Tempat orang asli toqqq! Jauh pulak tu. 45 minit dari kampus. Terpaksa duduk kat kuarters guru. Alhamdulillah, kami hanya kena bayar letrik je. Sebab air free da. Rumah free. Makan pon free, makan kat dewan makan asrama sekolah tu. Tapi yang jammed nya, situ tak de line fon! So, NO BLOGGING. NO CHATTING! OMG! 


Tapi aku rasa aku dapat harungi semua tu. Wiken, balik la hostel. Apa susah. Kann? Takkan tu pon tak boleh? Orang lain lagi teruk kot. Rumah sewa mahal, makan lagi. Aku ni semua dapat free. Lecturer yang observed pon baik dan sangat ok. So, enjoy sajalah! Yang penting, praktikum kali ni, aku dapat berjimat tahap maksima! Haa. Alhamdulillah, walaupun dapat tempat tak de line, orang asli, tapi Allah itu Maha Adil, dapat lecturer best, semua free. Syukur ya Allah. :)


Inilah rumah aku selama dua bulan. Besar. Luas. Memang berbaloi la. Hii. 2 tingkat kot.








Dapur.



Ruang tamu yang luas. Fully furnished lagi!



1 comments:

Khai Artzfar said...

gua praktikal dekat sekolah awal tahun depan :)