.

.

Wednesday, July 24, 2013

. usah mendongak ke langit .





Jangan pandang orang sebelah mata.
Jangan menghina orang yang miskin.
Jangan memandang rendah orang yang tiada berharta. Kita mungkin tidak tahu, harta mereka 'di sana' lebih banyak daripada kita.

Jangan memperlekehkan orang yang kelihatan miskin di mata kita. Mungkin di mata Allah dia lebih kaya daripada kita.
Jangan terlalu berbangga dengan kekayaan yang dimiliki, kerana semuanya dari Dia. Sekelip mata Dia boleh tarik balik.

Janganlah kita ego kerana kelebihan diri. Jangan kerana kelebihan itu, kita sentiasa infiniti kan ego. Sentiasa tidak kisah akan perasaan orang lain. Kerana, setinggi mana kedudukan kita, sekaya mana kita, ada lagi orang yang lebih daripada kita.
Mungkin juga suatu hari nanti kita juga perlukan pertolongan. Kerana dunia ini berputar seperti roda. ;')

 Jangan kita pandang orang yang kerja 'biasa biasa' tu miskin. Jangan ingat kerja 'makan gaji' berduit teballll. Jangan sangka orang yang naik kereta kancil tu sengkek, jangan anggap mereka yang memandu kereta honda tu poket tebal. Kerana siapalah kita untuk menilai seseorang. Don't judge a book by it's cover.

Mungkin mereka kerja 'biasa biasa', tapi bebas dari hutang, mungkin mereka 'makan gaji', tapi hutang keliling pinggang. Walau mereka nampak selekeh, tak bergaya sakan macam YB, tapi mereka hidup senang. Mungkin rumah mereka kecil, bukan seperti istana, tapi mereka bahagia. Siapa kita nak menilai oranggg. ;')


Hidup ni jangan terlalu mendongak ke langit. Sekali sekali kita perlu tunduk memandang bumi. Kerana kita juga bermula daripada bawah. Dan tidak mustahil juga kita akan jatuh kerana dunia ini ibarat roda, kadang kala di atas, adakalanya kita di bawah. Sama-sama lah kita muhasabah diri.


1 comments:

Ayriss Arissa said...

Tersentuh sangat :') Mohon izin untuk share dengan kawan kawan .