.

.
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

. Puasa dan Ramadhan .


Heyyyyy uols!

Ops. Assalamualaikum kawan kawan. Heh. Sopan sikit. Bulan puasa ni mek. Hihi.Bulan puasa je ke kena sopan weh. Teruknya iols niii..

 Belum terlambat lagi kalau aku nak wish Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.. Semoga bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna dan kita semua dapat melipat gandakan amalan kann. Walaupun ayat ni dah macam cliche, tapi aku nak taip jugakk. ;p

Tahun ni, aku puasa dekat Raub. Maklumlah, sedang ber internship kann. Cepatnya masa berlalu, rasanya baru tahun lepas aku sambut bulan puasa dan berpuasa kat Pos Betau. Masa tu tengah praktikum kat Sk Betau. Sumpah, sangat sangat sangat seronok. Hah. Kau tengok berapa kali aku ulang perkataan sangat tu kan. Jadi, memang seronok la weii. Apa tak nya, dah la duduk kuaters free, just kena bayar bil api. Bil air takyah bayar sebab air fresh dari bukit. Makan pulak free. Di ulangi, free. Free sebab makan kat dewan makan asrama. Memang kakak tu masak lebih untuk warden kat situ. So, kami menumpang la. Dah GB offer kan. Kat situ, cikgu je puasa sebab pelajar orang asli. Non Muslim. T_T
Warden pulak tak ramai, sebab student pon sikit je. ustaz Shuk, cikgu Meor, cikgu Adele, cikgu Aidil, dengan abang Din. Kau tengokkkk, lelaki semua. Muehehehe. 

Tahun ni dekat Raub. Tapi, no makan free lagi ye. Semua sendiri tanggung.  = =' . Sendiri tanggung tu maksudnya mak ayah yang tanggung, sebab elaun belum di kreditkan lagi. Phewww. Mencabar sungguh weh. Ayah aku asyik talipon. Tanya cukup ke belanja, sebab ni kan bulan puasa, kot kot la aku nak makan sedap sikit. Dia taknak aku tahan selera makan sebab tak hade duit. Oh God. Sebak aku. Sebakkkk. Ayahhhhhhhhhhh. Ayah la ayah yang paling baik di duniaaaaa! Macam nak menangis. Tapi tahan je la. Dont cengeng-cengeng. ;'(


Ok la uols. Mood dah lain macam. Bai!




Saturday, July 21, 2012

. selamat berpuasa! .





Assalamualaikum wahai sahabat!




Tak sangka yea, tiba juga bulan yang di nantikan. Bulan Ramadhan! Terasa baru semalam menyambut hari raya bersama keluarga. Kini Ramadhan tiba lagi. Semoga amalan kita bertambah pada Ramadhan kali ini. Amin. :)








Aku juga ternanti-nanti, bilakah saatnya aku menyambut bulan Ramadhan bersama suami. :)
*gatal pulak aku rase! Haha.



p/s : 23 Julai 2012-21 Sep 2012 aku akan berpraktikum di suatu tempat yang tak de line fon and internet! Huwaa. Jammed! Tapi aku harus harunginya! So afta dis, entry2 kat blog aku ni hanyalah scheduled post!





Sunday, October 30, 2011

.kakibalik=obesiti.






Aku sangat takut nak hadapi cuti sem. Heh? Kenapa? Patutnya hepi lah kan...? Haih. PELIK nyee.....?


Ok. Meh nak cakap. Aku takut sebab. Sebab.. Err. TAKUT GEMUK laa. Alahai. Skang ni pon dah debab kann. Cuti depavali seminggu ni pon rasa dah baham macammacam. Dah berkilokilo nasik aku telan. Tak kira benda lain lagk. Aiyo. Macam mana ek?


Wuwuwuwuwu.. Susahnya nak tolak makanan yang ada di depan mata. Kalau kat kampus kan. Sekali sehari je makan. Kat rumah? Perghh. Asal lapar je makan. Lapar je makan. KALAU TAK LAPAR PON MAKAN JUGAK. Hehehe. Kalau keje agakagak boleh la kurangkan makan. Tapi, macam malas pulaT nak keje. Hari tu berkobarkobar nak keje. Huhu.


' Ala. Bukan selalu cuti lamalama. Setakat sebulan lebeh. Duk rumah jela. Rest2. '


Hah. Dengar je macam tu, terus rasa nak lepak je kat umah. Tapi, aku rasa, aku ni kakibalikrumah.com. hahaha. Selalu kot balik. Dari tahun lepas lagi rasanya. Haha. Dah boleh jadik pengerusi PBSM = Persatuan Balik Setiap Minggu! Hihi.

Wat evalah. yang penting. Naik sem depan aku kena berusaha keras untuk turunkan berat. :D







#memanglah orang kata kita kena bersyukur dengan kurniaan ni. Tapi kita kenalah berusaha untuk jadi lebih sihat dan berkeyakinan.! #



katasaya :: Aku sangat tak yakin dgn diri sendiri kalau aku rasa ak gemuk. Tapi tak sedar diri jugak. Makan banyak jugak! Apa boleh buat. Memang suka makan! :D