.

.

Thursday, December 27, 2012

. aku syakkkkk...





Musim cuti sekolah. Musim hujan. Dedua musim ni jika bergabung dan berlaku serentak, maka hasilnya = gemuk!

Percaya ke tak? Huuu. Sila percaya uols. Aku kalau kat rumah, makan kalah anak jin. Kejap-kejap ngunyah. Kejap-kejap ngunyah. Time cuti ni la nak berjalan sana sini. Bercuti. Then, konpem makan banyak punyeee. Dah tu, musim hujan, duduk kat rumah, konpem la rasa lapar aje.

Bila tak tahu aku nak kurus. Angan-angan jela. Skang, aku syak pipi aku makin tembam dan badan aku makin mengembang. = ='






Monday, December 24, 2012

. mentua vs menantu .




Pernah tak korang rasa macam ni.. Apa perasaan korang bila first time pegy  rumah bakal mentua. Biasa lah kan. Tapi apa rasanya kalau first time korang masak kat rumah mentua? Seram sejuk jugak kan? Walaupun korang dah lama kenal dengan family bakal suami koranggg, tapi, bila first time kena masak bagai, heiiii, cuak jugak weh.

Tambah-tambah kalau kat rumah memang jarang masuk dapur. Tapi kalau selalu masuk dapur pun, cuak jugak weiii. Macam-macam dalam kepala. Nak masak apa, dorang suka pedas ke tak. Dorang ni suka ke makan ni. Eh, dorang suka ke kalau aku masak macam ni.

Bukan tu aje, benda-benda remeh pon macam was-was jugak.  ' Eh, masin ke tak ni? Ke kurang garam? Nak tambah lagi ke tak? '

' Eh, air ni banyak ke ae? Kang lembik nasik aku, karang mentah pulak. '

Lepas tu empat lima kali try makanan tu, takut tak sedap. Haha.

gambar hiasan


Haa. Macam-macam hal. Biasa la, first impression kan. Mesti la nak kena buat yang the best giteew. Tapi, bagi aku, setiap orang mesti di beri peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Tak boleh la kita terus hukum mereka bila dorang buat satu kesalahan yang kecil.

Orang selalu anggap, perempuan tak pandai masak tak boleh dijadikan isteri. Bagi aku, semua tu boleh belajar. Semua orang pun bermula dari TAK PANDAI kepada PANDAI. Kan? Benda boleh belajar, hanya perlu kesungguhan dan niat kita untuk ubah diri. Kann?


#sekadar perkongsian.


p/s : lelaki tanya perempuan, awak pandai masak untuk saya tak? kita MESTI tanya dia balik, awak boleh jadi imam untuk saya tak?  :)

Thursday, December 20, 2012

. eksiden lagi .





Accident. Kemalangan. Huh. Sungguh akuu fobia. Trauma. Sumpah beb! Aku ni kalau dah trauma. Memang berbulan-bulan lah aku ketoooor (gigil) lutut nak memandu. Kecuali motosikal. Aku memang tak pernah trauma. Sebab tak pernah alami dan kalau tengok orang eksiden pon, aku macam tak takut nak bawak motor lagi. Lain pulak kalau kereta. Trauma habisss.

Sebab apa eh? Maybe kereta tu besar? Eh. Ada kaitan ke? Serius cakap, aku suka bawak motor. Kawan-kawan aku ramai yang 'kureng' dengan motor. Alah, gegurl kan. Sopan-sopan sikit kalau pandu kereta. Tapi aku, wahh. Motor lagi best. Leh cilok-cilok. Kalau hujan baru menggagau cari kunci kereta, Ye idokkk? Hiii. Nak kata aku ganazzz, tak hade pon. Pakai swit-swit macam kaum perempuan lain kot.


Ni gambar eksiden dua hari lepas, depan UITM Machang, dekat dengan rumah aku. Punyalah terkejut. Eksiden ni melibatkan tiga buah kereta dan sebuah lori. Seorang meninggal. Kejadian betul-betul depan 7 Eleven pada pagi Selasa lepas. Lori tu terbabas langgar divider then langgar dua buah kereta. Then, kereta tu terbabas dan rempuh kereta yang parking kat tepi jalan.


Seorang yang meninggal tu kawan mak su dan pakcik aku. Mak su aku cerita, semalam (Isnin) dia ada datang kat kedai makan mak su and biasanya dia ni suka buat bising. Kalau dia (allahyarham) pergi kat kedai, mesti kecoh. Masa dia datang tu, mak su tanya la, nak minum apa, then dia cakap, 'tak de selera'..
Terkejut betul mak su aku bila pagi Selasa tu dapat tahu dia dah tak de. Ajal dan maut ni kita tak tahu bila kan. Huhu

Tapi memang la. Depan Uitm ni aku trauma kot. Huhu. Divider tu selalu jadi mangsa langgar lari. Haha. Siyes bahaya. Peringatan untuk diri sendiri supaya berhati-hati kat depan UITM tu. Semoga kejadian sama tak berulang kembali. :)





Inilah divider yang amat bahay iteuuuuwwww. Hihi. Malu pulak kalau ingat. :P
#gambar dari arah bus stand. Tempat kejadian tu depan lagi..


Kawasan depan Uitm ni selalu sibuk. Jalan besar. Highway, mesti la sibuk kan. Student Uitm memang guna jalan ni untuk melintas. Tapi, kalau kita hati-hati boleh kita elak kejadian yang tidak di ingini. Ada seorang hamba Allah ni komen, dia cakap, ' kadang2 driver lori ni macam celake'

Heloo bro! Suka hati lu je kan. Pemandu kereta pon kadang-kadang ada yang macam @#$%^&* jugak kan. Jangan la suka nak menuduh atau maki orang. :)


p/s : AES? Suka atau tidak? Tak pernah lagi aku kena saman.