.

.
Showing posts with label MEREPEK dan MERAPU. Show all posts
Showing posts with label MEREPEK dan MERAPU. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

. See u soon .



I wanna go home so badly!!!!!!!

Sekian.

Sunday, September 14, 2014

. fact .


Sekarang ni ramai orang pakat tulis #20fakta tentang diri masing masing. Mostly kat instagram. Heemmm. Aku bukan apa, macam malu lah nak tulis kat IG tuh. baik la aku melalut kat blog ni kan. Ekekeke.

Sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa. Konfius dengan diri sendiri. Mungkin aku ada dua watakkk? Oh. Tentu sekali, dekat sekolah, lain, bila di luar waktu kerja, lain pulak. Semua orang pon macam tu lah!

Fakta tentang aku eh?

1. Suka blogging
2. Suka beli barang online
3. Suka baca novel ( sangatttt !! )
4. Suka coklat. ( addicted !! )
5. Suka makan kek. ( sangat sangat sangattttt !! )
6. Seorang yang suka cuba benda baru dan explore  perkara yang aku tak tahu.
7. Sangat suka travel atau dengan kata lain, suka melancong dan cita cita nak jadi backpackers!
8. Anak sulung.
9. Sayang akan negeri kelahiran beliau sangat sangat sangat!
10. Cita cita nak jadi engineer tak kesampaian

 

11. Pendiam dengan orang yang tak kenal tapiii peramah dengan orang yang rapat.
12. Pendengar yang baik dan selalu jadi ' kaunselor dan pendengar setia ' masalah kawan kawan. ( proved  )
13. Suka dengar muzik! Semua genre aku suka termasuk lagu Ahmad Jais.
14. Sangat addicted dengan kamera dan photoshoot.
15. Suka gadget.
16. Garang.
17. Peminat setia Jozan, Lan Kristal, Hazama, Farid Kamil dan Jepp
18. Tak suka layan stress and let it go.
19. Tak suka panjangkan masalah atau perkara yang remeh and just chill!
20. Suka menipu..... diri dan perasaan sendiri. #ijustwannayoubebymysideafiq!





Friday, June 21, 2013

. kurus ke gemuk? .



Kurus. 

Kurus.

Semestinya perkataan ni menghantui setiap wanita kan. Termasuklah aku dan orang orang sekeliling aku ni haa. Semua nak kurus. Tapi kalau mulut je cakap nak kurus, usaha tak hadeee. Apeeee pon tak boleh. Ye idok? Jangan dok rungsing sebab berat badan naik. Tapi tindakan? Adakah?

Bukan nak bebel ke hape. Cuma aku nak ingatkan diri sendiri je. Hiii. Aku punyalah aim berat macam dolu dolu. Zaman sekolah. Berat 47 49 kg je. Sekarang? Fuhhh.

Aku ni jenis perut dinasor, macam makan ada saka kan. No wonder la zappp zapppp je berat naik. Asal cuti je.. sudahhh. Melahap macam orang kebulur. HAHA. Tapi dulu, sekarang, aku makan je apa yang aku rasa nak makan. Cuma aku kurangkan kuantiti. Tipu la kalau aku cakap aku diet. Sangat menipuuuu. Kalau diet aku tak makan malam malam. Aku tak makan pizza, burger bakar, mcD bagai weh. Haa. See? Aku just kurangkan kuantiti. Heee.

Aku memang tak berkira bab makan. Sebab tak elok kita seksa nafsu makan, perut dan badan kita. Tak payah nak diet gila gila lah. Tak elok oii! Aku cuma beringat bila time makan. Dan yang pentingggg, exercise. Senaman. Bersenam. 

Bukan nak show off ke apa, aku cuma nak share saje. Kalau rase annoying, jangan baca.. HAHA. Ok, back to the topic. Aku ni, kalau nak apa-apa, aku akan usaha sampai dapat. So, after praktikum semester lepas, aku work out gila gila. Sebab berat naik 3 kilo kot. 57 kg kauu. Kau ingat aku boleh tutup mata je tengok berat aku mendadak macam tu? No. No!

So, aku skipping and buat jumpingjack tiap tiap hari. Aku repeattt.. tiap tiap hari! No excuses! Erobik ada lah 2 3 kali kot. Sebab tak hade gengg. And, resultnya. Now aku dah 52kg. Fuhh. 3 minggu punya usaha. See? Kalau kita usaha. Semua tu tak mustahil. Cuma kena rajin dan semangat itu pentinggg! Cuma kat rumah memang aku tak work out la. Susah beb. Susahhh. T_T

Alhamdulillah. Aku akan teruskan usaha aku. Now kat hostel, senangla aku nak buat kegiatan aku kann. Hee. Berape target aku? Hmm. Untuk raya aku just nak turun hingga 50kg. Tapi kalau lebih, alhamdulillah... Aku nak berat aku masa dolu dolu. 47-49 kg. AMIN.




Siapa tak excited bila ada orang tegur kau dah kurus??? Haa. Mama kepada BFF cakap, kenapa kurus ni? tak makan ke? diet ke long? 

Aku senyum jela. Makan hati mama! Mana tak kurus! HAHA.


Bila ada junior tegur aku makin kurus. Macam blink blink gitewww kat mata. Awww! Aiyooo. Macam ni la gayanya orang gemuk bila dah kurussss. HAHA. 




Wednesday, May 29, 2013

. kawan? .



Mahu dihargai dan menghargai. Ya. Aku pasti semua orang nak dihargai kann. Kadang-kadang kita buat something untuk someone. Tak kira la BF ke. BFF ke. KAWAN ke. HOUSEMATES ke. ROOMATE ke. Kita bukannya nak balasan. Kita cuma mahu dihargai. Kita nak dia hargai apa yang kita buat untuk dia. Cukup. Cukup sekadar menghargai usaha kita. Say Thanks. Tu tanda kita concern kat dia.

Kita buat semua tu, hanya nak dia tahu, kita ikhlas kawan and buat semua tu untuk dia. Persetankan apa yang dia rasa, dia anggap tentang kita. Tapi, betulkan orang cakap, satu kejahatan akan tutup seribu kebaikan or kenangan manis kita bersama someone tu. :)  Its so true beb.

So, aku banyak dah belajar daripada kesilapan masa lalu dan masa sekarang. Semua tu bekalan untuk aku jadikan pedoman pada masa akan datang. Lebih baik berhati-hati dalam berkawan. Jangan terlalu baik. Terlalu menjaga hati. Terlalu menyanjungi mereka jika akhirnya kita disakiti. Dan nasihat aku, jangan terlalu menjaga hati orang lain jika orang tu sendiri tak pernah nak fikirkan perasaan kita.

DAN, jangan cuba-cuba jadi KAWAN yang bersama bila senang. Tapi bila susah. Zaapppppppp! LESAP!

So, berkawan biar berpada-pada agar tidak memakan diri.





Pada kesempatan ini, aku nak minta maaf kepada semua kawan-kawan aku yang kenal aku. Tak kira sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, PLKN, IPG, kawan sekampung. Kawan blogger. Kawan Twitter, Fesbuk dan semua yang bergelar KAWAN. Maaf kalau aku ada sakiti hati korang. Terkasar bahasa. Perlakuan yang mengguris hati. Sebab kita ni manusia, kadang kala, kita sendiri tak sedar, bicara atau kelakuan kita tu buat kawan-kawan terasa hati. ( emosi ni emosi )

Aku memilih untuk menjadi seorang yang kebal. Errr. Maksudnya, seorang yang tidak sensitif. Sebab aku taknak kawan-kawan rimas dengan aku. :)


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkawan dengan aku hingga kini. Terima kasih kepada mereka yang bernama kawan, yang selalu membantu aku tak kira masa. Korang memang the best!


Akhir kalam, hoiiiiii. Aku penat dah merepek. Blah dulu beb!. :)






Thursday, January 17, 2013

. oppa Yana style! .




Lagi tentang adik bongsuu. Sesungguhnya aku suka bercerita pasal dia. Haa. Semalam dia ada mesej-mesej aku. Rindu leteww. Dah tak hade orangg nak 'ngosekkk' dia time nak tidur. Apiss pon kerja. Kimie pulak tinggal kat hostel. Sebulan sekali je balik. Begitulah nasib si bongsuuu! Kuikui. Bersabar la dik.

Aku nak cerita pasal Apiss ngan Yana. Sorang umur 22 tahun, sorang umur 10 tahun. Tapi dedua perangai macam budak-budak. Ma aku selalu cakap Apiss tu anak 'bonggsu'. Kalau kitaorang pegy makan kat luar, Apiss jarang ikot. Then Ma aku mesti cakap kat Ayah, ' nok beli gapo ko anok bosu(bongsu) kito drumoh nu hae..'

Sebab apa anak bongsu? Haa. Sebab dia ni sensitip. Kelantanese said, 'tok leh letey angin, nyettok slalu'. Maksud dia, cepat merajuk kot! :p. Maybe sebab beza umur dia ngan Kimie, 8 tahun. 8 tahun jadi anak bongsu, tetiba Kimie lahir, so dia tak leh terima kenyataan. HAHA. Sebab tu dia agak manja dan 'anti' dengan Kimie. Tapi aku tahu, dia sayang adik-adik. #kalau dengan adik-adik, dia rapat sikit dengan Yana.


Apis ni suka sangat menyakat si Yana. Yana pulak cepat nak marah. Cepat melentingg. Si Apiss pulak, lagi Yana marah, lagi dia buat. Ada saje idea dia nak kenakan Yana. Yana ni pesen suka makan. Kalau boleh, everytime nak makan. Baru je pelahap nasik. Tetiba lapar balik. Kat tangan dia tu ade saje makanan. Si Apis pulak mula lah nak menyakat. Hoi Apiss, kau macam bercakap dengan cermin je! Hahaha. XOXO



Idea dia nak menyakat Yana. Siap lukis dekat Yana punya whiteboard kecik. Style! Ayah dengan Ma aku gelak je tengok 'peel' dedua budak ni.

Aku pon nak tergelak tengok gambar ni. HAHA.
 



#gambar hiasan. Ni Yana punya Kaklongg. HAHA. Ayat dah macam kelingg! Nak jugak interframe or Kelantanese called, NYEPAA.

Monday, December 24, 2012

. mentua vs menantu .




Pernah tak korang rasa macam ni.. Apa perasaan korang bila first time pegy  rumah bakal mentua. Biasa lah kan. Tapi apa rasanya kalau first time korang masak kat rumah mentua? Seram sejuk jugak kan? Walaupun korang dah lama kenal dengan family bakal suami koranggg, tapi, bila first time kena masak bagai, heiiii, cuak jugak weh.

Tambah-tambah kalau kat rumah memang jarang masuk dapur. Tapi kalau selalu masuk dapur pun, cuak jugak weiii. Macam-macam dalam kepala. Nak masak apa, dorang suka pedas ke tak. Dorang ni suka ke makan ni. Eh, dorang suka ke kalau aku masak macam ni.

Bukan tu aje, benda-benda remeh pon macam was-was jugak.  ' Eh, masin ke tak ni? Ke kurang garam? Nak tambah lagi ke tak? '

' Eh, air ni banyak ke ae? Kang lembik nasik aku, karang mentah pulak. '

Lepas tu empat lima kali try makanan tu, takut tak sedap. Haha.

gambar hiasan


Haa. Macam-macam hal. Biasa la, first impression kan. Mesti la nak kena buat yang the best giteew. Tapi, bagi aku, setiap orang mesti di beri peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Tak boleh la kita terus hukum mereka bila dorang buat satu kesalahan yang kecil.

Orang selalu anggap, perempuan tak pandai masak tak boleh dijadikan isteri. Bagi aku, semua tu boleh belajar. Semua orang pun bermula dari TAK PANDAI kepada PANDAI. Kan? Benda boleh belajar, hanya perlu kesungguhan dan niat kita untuk ubah diri. Kann?


#sekadar perkongsian.


p/s : lelaki tanya perempuan, awak pandai masak untuk saya tak? kita MESTI tanya dia balik, awak boleh jadi imam untuk saya tak?  :)

Tuesday, October 23, 2012

. tangan sejuk tangan panas .




Bosan-bosan study, aku teringat pulak kat blog kesayangan aku ni. Hmm. Update lah kejap. Err. Masalahnya, aku study ke? Or sekadar buat nota? :P

Ok. Berbalik kepada tajuk di atas. Ayah aku cakap, bukan semua orang boleh menanam. Ada tangan sejuk dan tangan panas. Errr. Ada jugak ke? Maksudnya di sini, ada yang tanam pokok, tapi pokok tu tak hidup pon. Terus innalillah. Haa. Itu namanya tangan panas. Ooo. Macam tu ae?


Alkisahnya, mak aku suka la jugak menanam. Maklumlah, full time house wife kann. Masa kat rumah lama dulu, macam2 bunga ada kat rumah aku. Penuh pokok bunga. Macam taman u know! Lepas pindah, banyak bunga yang rosak, mati and pasu pon pecah. So, rumah sekarang, ada bunga yang biasa je. Suam-suam kuku je la.

Tapi, mak aku suka pulak tanam pokok yang boleh di makan. Haa. Tanah sendiri kan. Suka hati la nak buat apa pon. :P CILI. Banyak sangat pokok cili kat rumah aku ni. Sebab apa? Sebab aku dengan ayah suka sangat makan cili. Aku ni lagi la, cili tu aku buat ulam je. Tak de cili tak sah! Tak selera la makan gamaknya. Aku suka pedas sangat2. Kaw kaw punyalah. Kawan-kawan semua teruja dengan aku. Haha.

Pokok cili kat rumah aku tu, kalau time aku tak balik bercuti, cantik je tengok. Merah je buah.. Lebat dan rimbun je buah. Bila aku balik je. Nasib la cili tu. Habis aku kutip. Haha. Nak makan je, petik. Nak makan je, petik. Fresh wa cakap lu. Nasib lah wahai cili. 

Benda lain yang mak aku tanam...


SERAI. Haa. Ni pon banyak kat rumah aku. Berumpun-rumpun...


Pokok ubi. Memang banyak jugak! Sebab kami suka makan pucuk ubi tu! buat ulam. Ubi kayu tu sedap kalau di rebus!



POKOK BETIK. Haa. Banyak jugak. Tapi, aku hairan. Kenapa tak berbuah? Bunga bukan main lebat. Ayah aku cakap, mak aku tanam betik jantan! Haha,,,

Aku nak sangat tengok pokok-pokok betik mak aku berbuah macam ni...

 
 Ermm. Nak makan betik pulak dah...  = ='


Sekian untuk hari ini. Nak sambung study pulak. :P




Friday, November 4, 2011

.jodohORANGsini.



Rumah saya ke rumah awak?


Haa. Tadi pegi umah nenek aku. Dekat je. Naik kete lam 5 minit tak sampai. Berbekalkan pisang goreng dan ubi goreng, aku, adik, mak ngn ayah sampai la umah nenek. Paklong aku tengah cat rumah masa tu. Boleh dikatakan 95% dah siap. 8.12.2011 ni majlis bertandang Pak Cik aku yang keje kat Sarawak tu dan majlis kawen Maksu aku. Wah. Sangat bz yea. Nak buat itu. Nak buat ini.


Sekarang dok kalut pasal nak pergi Kedah. Pak Cik aku kawen ngan orang Kedah. Mak Su aku pulak dengan orang sini je. So, tadi bincang pasal nak bertolak bila, berapa buah kereta nak pegi, sewa homestay berapa bijik, makan macam mana. Huh. Sangat tinggi bajet yea.

So, ayah aku dok cakapcakap. Kawen dengan orang dekat dekat je senang. Aku senyap je. Malas nak menyampuk. Memang dah bagi hint tuh. Haha. Kalau boleh aku nak kawen dengan jiran sebelah rumah ni je. Tapi malangnya, sebelah kiri hutan, belah kanan, anak lelaki dia baru darjah satu. =='





Ayah ada sebut pasal Kuala Berang. Hape ntah, aku buat tatau je. Adoi. Dia cakap, kalau dapat besan orang sane, susah nak sembang. Sebab orang sana cakap piawww derr! 'Pekat' loghat Terengganunya. :P Aku senyap. Haha. :D Macam mana ayah boleh 'bomm' aku dengan orang Kuala Berang? Haih. =='


Jangan risau ayah. Saya nak cari orang Kelantan jea. Senang nak balik raya! :D







Haa. Gambar atas ni Cik Diya yang post kat wall pesbuk aku. Haa. Salah satu nak yang dekatdekat sebab nanti tayah peningpening nak balik raya! Heee. Satu jalan je. Kalau balik dari Selatan, jumpa rumah saya dulu. Kalau dari Timur, jumpa rumah dia dulu. Haa. Persoalannya, siapa DIA? :D




notakaki :: tak pernah berubah. hanya kamu. :)