.

.
Showing posts with label free advice. Show all posts
Showing posts with label free advice. Show all posts

Monday, January 21, 2013

. awesome feeling .








"I hope we'll be friends forever, together we'll always be. I don't think you understand just how much you mean to me. And one day when we part our ways, we'll think back to the past and think about how happy we are 'cause our friendship will always last."







Monday, December 24, 2012

. mentua vs menantu .




Pernah tak korang rasa macam ni.. Apa perasaan korang bila first time pegy  rumah bakal mentua. Biasa lah kan. Tapi apa rasanya kalau first time korang masak kat rumah mentua? Seram sejuk jugak kan? Walaupun korang dah lama kenal dengan family bakal suami koranggg, tapi, bila first time kena masak bagai, heiiii, cuak jugak weh.

Tambah-tambah kalau kat rumah memang jarang masuk dapur. Tapi kalau selalu masuk dapur pun, cuak jugak weiii. Macam-macam dalam kepala. Nak masak apa, dorang suka pedas ke tak. Dorang ni suka ke makan ni. Eh, dorang suka ke kalau aku masak macam ni.

Bukan tu aje, benda-benda remeh pon macam was-was jugak.  ' Eh, masin ke tak ni? Ke kurang garam? Nak tambah lagi ke tak? '

' Eh, air ni banyak ke ae? Kang lembik nasik aku, karang mentah pulak. '

Lepas tu empat lima kali try makanan tu, takut tak sedap. Haha.

gambar hiasan


Haa. Macam-macam hal. Biasa la, first impression kan. Mesti la nak kena buat yang the best giteew. Tapi, bagi aku, setiap orang mesti di beri peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Tak boleh la kita terus hukum mereka bila dorang buat satu kesalahan yang kecil.

Orang selalu anggap, perempuan tak pandai masak tak boleh dijadikan isteri. Bagi aku, semua tu boleh belajar. Semua orang pun bermula dari TAK PANDAI kepada PANDAI. Kan? Benda boleh belajar, hanya perlu kesungguhan dan niat kita untuk ubah diri. Kann?


#sekadar perkongsian.


p/s : lelaki tanya perempuan, awak pandai masak untuk saya tak? kita MESTI tanya dia balik, awak boleh jadi imam untuk saya tak?  :)

Tuesday, May 1, 2012

. Allah sayang kita ♥ .





~ TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA ~

Diberikan kesedihan..
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya..

Diberi kesakitan..
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya..

Diberikan kesusahan..
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha..

Di berikan kehilangan..
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah..

Di berikan penderitaan..
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah..

Diberikan kemiskinan..
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya..

Diberi kehinaan..
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya..

Oleh itu...
jangan terlalu banyak ketawa..
jangan terlalu bersuka ria..
kerana Allah akan jauh dari kita..



Kasih Allah Kasih Sejati :) ♥




Thursday, April 5, 2012

. realiti hidup .




Realiti kehidupan. *apebenda la aku nak merepek ni*


Minggu ni, banyak perkara yang 'annoying' dan buat aku tertekan. Alhamdulillah, aku dapat atasi. Sebab aku jenis cool. Rilek. Jangan campur masalah peribadi dengan kerja. *macam dah keje* Aku ni tak suka terbawa-bawa mood yang tak ok tu depan kawan-kawan or mudy masa buat keje or tengah mengajar. Sebab aku consider la kawan2 sekeliling kan. Spoil pulak mud org tu kan. Even kadang-kadang aku termudy jugak. Nobody's perfect kan. ^^

Bila aku pikir2 semula. Banyak dugaan sepanjang praktikum ni. Masalah itu. Masalah ini. Kawan buat hal. PRINTER buat hal. Macam-macam. Sampai satu tahap, aku tak boleh nak kawal. MENANGIS. Tu je lah boleh buat aku LEGA. Dan aku ni tak suka nangis sorang2, kena ada someone yang dengar. Haha. Annoying kan? ;p


Thanks kepada dia yang sudi 'teman' aku nangis. Yang sudi bagi nasihat. Yang sudi melayan mood aku. Thanks a lot!


Think positive! Maybe ada la pengajaran di sebalik apa yang berlaku. Mungkin Allah nak 'buka' mata kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin dugaan tu juga cara Allah nak 'tegur' kesilapan kita. Ya. Kita tak sedar kita dah lakukan kesilapan yang membuat Dia murka. Jadi, Dia 'tegur' kita supaya kita sedar and cepatcepat perbaiki kesilapan tu. Dont do it again! Sebab apa Dia bagi ujian tu. Sebab Dia masih sayangkan kita. ^^


Mungkin juga kita ujian dan dugaan tu sebagai balasan atas amalan-amalan kita yang tak elok. Bila aku renung balik. Ingat balik apa yang aku buat. Apa yang aku cakap. Ya. Terlalu banyak khilafnya diri ini. Ya Allah. Sehingga aku sebak sendiri. Ampunkan aku Tuhan. Aku akan cuba sedaya upaya mengubah perangai. Sikap. Cara percakapan. Tapi aku perlu kekuatan dariNya. Aku akan terus mencuba. Mungkin berdiam diri itu lebih baik.



Thursday, August 18, 2011

:: pilih jalan yang selesa utk diri sendiri ::






Haa. Apa pulak aku nak merepek ni. Korang baca je lah yea. Kalau rasa tak nak bace. Sila-sila tekan Ctrl+F4 yea. Hihi. Tak paksa. :)


Dalam hidup kita ni kan. Kita mudah sangat memberi. Err,,,maksud aku... Memberi cinta. Memberi kasih sayang. Kepada orang yang belum tentu menyayangi kita seperti mana kita sayang kat dorangg. Am i rite? Haaa..banyak da yang terjadi. Tak usah cakap kat orangg la. Diri sendiri pon pernah. >.<

Pendapat aku la. Tak bagus kot buat macam tu. Memang la kita ada hak untuk mencinta dan menyayangi orang lain. Tapi bukannya sayang dia bermati-matian. Apa maknanya kalau kita menangisi cinta yang di kejar. Apa gunanya sedih bila tahu dia sebenarnya bukan milik kita. Sedangkan dia tak de apa-apa perasaan dan tak kesah pon tentang perasaan kita?

Bagi aku, kalau nak sayang someone tu, tak salah. Tapi jangan terOVER la kann. Tak bagus taww...Hihi. Diri sendiri jugak yang sakit. Buat rilek2 sudah. Aku bercakap ni berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan. Pengalaman banyak mengajar kita kan.

DAN, kita jangan selalu menyakiti hati sendiri. Jangan terlalu mudah menangis kerana perkara yang tak sepatutnya kita tangisi. Jangan bazirkan air mata kita. Cuba untuk jadi kuat dan letakkan sedikit ego. Jangan biarkan diri kita dilukai. Sekali sekala cuba hargai diri dan hati kita. Jangan mudah sangat ia di sakiti. ^^,

Cinta ni kan. Tak semestinya kena bercinta. Cinta tak semestinya memiliki. Aku sekarang selesa dengan jalan yang aku pilih. Mungkin saat ni, ketika ini, aku selesa bersendirian. Selesa untuk berkawan sahaja dengan semua orangg. Aku ingin mengenali diri aku dengan sepenuhnya. Ambil masa untuk kenal diri sendiri sebelum beri perhatian kepada orang lain. Aku nak sayang diri aku dengan sepenuhnya sebelum aku sayang orangg lain. Cuba fikir, cukup tak kasih dan sayang kita untuk diri sendiri? >_<

Aku suka macam ni. Lebih rileks dan selesa. Tak perlu nak fikir perasaan orang. Tak perlu nak jaga hati sesiapa. Tak perlu fikir perkara yang kadang-kadang leh buat kita mudy. Kita stress. Kannn.. Mungkin belum masanya untuk aku lebih serius. MASA. Aku perlu itu. Mungkin aku sudah jemu bermain dengan perasaan ni. Jemu bermain cinta. Sampai satu tahap, aku tak de perasaan untuk itu. Malas. Malas untuk memikirkan tentang cinta. Sebab ape ek? Sebab aku selalu dan pernah di sakiti? Atau balasan Tuhan kerana aku pernah menyakiti? Ahaa.. Biar aku dan Dia sahaja yang tahu. :)


Pengalaman mematangkan diri kita. Hidup ni bukannya sentiasa indah. Kadang-kadang kita kena fikir tentang diri sendiri. DAN, janganla buat keputusan melulu. Fikir sebelum berkata-kata. :)



katasaya :: hidup hanya sekali. hargai diri dan masa yang telah diberikan. >.<




notakaki :: Mud jiwangjiwang derr.. Tak leh blah btol kannn.

Monday, August 15, 2011

:: don't give up yeahh....! ::







Hidup ni bukan senang. Ye tak? Susah. Banyak dugaan dan cabarannya. Sekarang ponn aku dah rasa banyak dugaan yang perlu aku tempuhi. Apatah lagi ayah dan mak aku yang dah berpuluh-puluh tahun hidup dan menyara aku dan adik-adik? Lagi besar tanggungjawab dan cabaran yang mereka perlu hadapi. Aku mula memikirkan nasib aku. Hmm....

Bukan senang untuk senang dan tak susah untuk jadi susah.
Kita perlu ingat. Bukan senang dan mudah Allah nak bagi kesenangan, kejayaan dan kegembiraan kepada kita. Kita perlu berusaha. Don't give up. Jangan mudah mengalah. Kita perlu sabar dan sentiasa berusaha.

Tapi betullah, kita manusia ni selalu alpa dan mudah putus asa jika usaha kita lambat membuahkan hasil. Namun kita perlu ingatkan diri kita. Tuhan itu Maha Adil. Dia akan tunaikan apa yang kita hajati dan apa yang kita usahakan. Sama ada cepat atau lambat jep. :)

Kadang-kadang aku pun give up. Tapi aku cepat-cepat lawan perasaan tu. Mungkin Allah nak uji kita. Sejauh mana kita berusaha dan terus tawakal kepadaNya. Kannnn? Mungkin kita tak cukup berusaha. Siapa tahu? Mungkin belum tiba masanya kita dapat apa yang kita hajati itu. Dan mungkin juga kita akan dapat lebih dari apa yang kita hajati. Sebab tu Tuhan lambat tunaikan permintaan kita. ye takk? Hanya perlu yakin dan percaya. Dia Maha Adil. Ok kawannn?


Ok lahh. Cukup untuk kali ini. Aku nak packing barang lak. Esok nak balikk! Uols pon take care yeah. Be good! :)




katasaya :: Hanya yakin dan percaya kepada Dia. >.<




notakaki :: aku sedang berusaha. don't give up! * abaikan gambar yang tak de kaitan tuh yea! :P*