.

.

Monday, January 27, 2014

. najwa latipp la sangat .



aloha! Kalau sebut nama Najwa Latif, konpem punyalah ramai yang kenal. Kalau yang tak kenal, cakap je, yang nyanyi lagu Cinta Muka Buku tuu... hehe.

Serba salah sebenarnya aku nak taip entry ni. Kang ada yang cakap perasan, annoying pulak. Tapi tak kira lah, aku nak taip jugak. jari dah laju ketuk ketak ketuk ketak ni. Tak boleh nak stop. ;p

Rumours ni lama dah aku dengar. Entah budak budak ni menganjing aku ke betul betul. Depa cakap aku iras iras Najwa Latiff. Hehhhh. Ada ke? Lama aku telek cermin. Sumpah tak hade iras langsungg. Korang biar betul. Menganjing aku letewww!




Seingat aku, si Adam la mula mula post kat wall aku beserta gamba NajwaLatip, dia cakap aku ni kemborrr si Najwa tu. Aigoo. Kes ni terus menular ke serata budak IPG Afzan. Ramai yang mengiyakan spekulasi Adam tuh. Haha. Gelak golek golek aku. Lepas tu ramai la yang panggil aku 'kak wa'. Budak budak junior pon siap cakap kat aku. Memang iraass. Tenkiu la adik adik. kak tak de coki coki nak bagi kat korang time tu. nanti kak dah keje, datang tuntut eh. hihi

Ada junior yang bernama  'L' tu siap suruh aku nyanyi lagi time pesta.Walaweh, korang ingat suara aku sedap macam najwalatip ke ape. Aku penah test suara kat karaoke jamban je. kat tempat open belum lagi ye. soryyy, kang hujan tak pasal. :p si junior ni tiap kali jumpa aku mesti panggil aku kak najwa. huwaaaa... rindu jugak la kat junior junior yang suka tegur aku macam tu. hahhaa.



Mien pulak siap buat entry kat blog dia lagi. Saja lah tu nak propa! hahha. Budak budak kelas aku apa lagi, perli habisss. Gosip ni menular hingga ke kawan kawan sekampung aku. Dah post kat wall, satu dunia boleh baca mak enon oii. Siap kena 'pangkah' lagi kat geng sekampung. Good job. haha. Malu pon hade jugak bila time raya kawan kawan dok pakat perliii. Malu ke? Bukan malu weh, geram nak tonyoh tonyoh muka hampa! hahaha


Paling aku nak gelak, aku terjumpa junior aku, Basyar nama dia. Terjumpa kat kedai buku  Popular, dia sengih kat aku lepas tu buat isyarat nak sign. Haha. Aku gelak sungguh sungguh time tu. Kelako pulak. Feeling retissss giteww kau!


Bukan setakat tu je, masa aku praktikum 3 bulan kat SK Gali. hari pertama aku masuk sekolah, aku ingat lagi, after assembly, sorang ustaz tegur aku, " awak kakak najwa latif ke, muka sama lah.."

sungguh tak leh blah. biru muka aku time tu. ada ke tegur macam tu. hahaha.




dan tadi, aku baru je 'friend' dengan budak budak kaki novel. then sorang mamat ni ingat aku ni najwa latif. hmmmm. one day aku nak bergambar dengan najwa latif, nak tengok jugak, tang mana same. :D





Sunday, January 26, 2014

. happy birthday Abe Dhar .







Happy Birthday Abe Dhar a.k.a King of comeback. Hehe. Actually birthday Abe Ghaddar ni  1 Januari 1984, Tapi hari ni baru kena 'mandi tepung'. hehe. Tak pelah, baru la surprise kann.

Semoga Abe Dhar kito main dengan cemerlang untuk musim ni. Score gol banyak-banyak. Welcome to The Red Warriors bro! Kami rindu aksi 'tamak' dan 'selfish' anda. Hehe. Main sore pom jadi asal sumbat gol.  Ingat tak siapa penjarin gol tunggal utk TRW pada final Piala FA 2012, TRW 1 vs Sime Darby 0? Abe Dhar kito mak enon dio weii. Hehe. Even penalti, gol jugok. Ghaddar sokmo la jadi penyelamat, sumbat gol saat saat gentingg. We love u. Hehe.






Harap tahun ni TRW bukan 'pasukan belasahan' yang dok heboh kat fesbuk tuh. Hope so. Amin. Pesanan penaja untuk fans, jange sorok tekko meney kalu xse sokong tekko kaloh. ;')

Friday, January 24, 2014

. berangan tak sudahhh .



kalau bab bab berangan, kasi kat aku lah. juara segala juara. haha.
berangan boleh bawak ke mimpi. haa. hebat tak hebat. sampai afiq pon cakap aku suka berangan. haha :p

kalau nak cerita pasal angan angan. memang banyak la wehh. angan angan aku yang paaaaaaaling aku nak jadikan kenyataan ialahhhh...

jeng jeng jenggg!

nak ada ruang untuk novel di rumah aku sendiri! haaaa. rumah aku dengan suami aku nanti la. hehe. kalau rumah sewa, maybe letak rak je. dan bila ada rumah sendiri, aku nak design sendiri rak untuk novel dan of course la nak penuhkan ruang tu dengan koleksi novel aku. hahaha

tak sabar rasanya nak ada rumah sendiri. haha. even keje pon tak lagi, aku harus rancang dari sekarang. hoyeh! hahahaha.

amacam? kan aku dah kata, aku suka berangan kannn. so be prepared! ;p

tapi orang kata, sesuatu kejayaan atau perkara yang berlaku tu bermula dari angan-angan. ye ke idokk?




haaa. ni lah rak yang aku gigih google siang malam sampai aku jumpa yang berkenan di hati. seriously awesome!

sekali dengan wallpaper aku suka. sumpah beb. heiiii, cepatlah keje. cepatlah dapat laki. cepat sikit dapat rumah sendiri. XOXO