.

.
Showing posts with label Liga Super. Show all posts
Showing posts with label Liga Super. Show all posts

Sunday, January 26, 2014

. happy birthday Abe Dhar .







Happy Birthday Abe Dhar a.k.a King of comeback. Hehe. Actually birthday Abe Ghaddar ni  1 Januari 1984, Tapi hari ni baru kena 'mandi tepung'. hehe. Tak pelah, baru la surprise kann.

Semoga Abe Dhar kito main dengan cemerlang untuk musim ni. Score gol banyak-banyak. Welcome to The Red Warriors bro! Kami rindu aksi 'tamak' dan 'selfish' anda. Hehe. Main sore pom jadi asal sumbat gol.  Ingat tak siapa penjarin gol tunggal utk TRW pada final Piala FA 2012, TRW 1 vs Sime Darby 0? Abe Dhar kito mak enon dio weii. Hehe. Even penalti, gol jugok. Ghaddar sokmo la jadi penyelamat, sumbat gol saat saat gentingg. We love u. Hehe.






Harap tahun ni TRW bukan 'pasukan belasahan' yang dok heboh kat fesbuk tuh. Hope so. Amin. Pesanan penaja untuk fans, jange sorok tekko meney kalu xse sokong tekko kaloh. ;')

Monday, May 13, 2013

. My Captain Marvel 16 .


Entry versi Kelate full




Lamo sunggoh dok hapdet pasal bola. Segaa angin sikek eh. Hehe. Alhamdulillah la. Loni koho napok naik koho jaddi doh TRW kito terr. Kenaley ruk rak ruk rak aku gak bilo ado game Kelate. Kaloh ko, meney ko, sokom semace sek kito. Baguh. Gini la hok kito nok saim saim weh.

Hop terbaru, Piya wak kucha peraghaa. Gi sumbak gol derek from corner kick. Hadoowww. Speaking ore puntisss sikek. Hihi. Hebak weh Piya. Guano dio buleh sumbak gol dr tepi tuh? Gilo. Ganah-ganah. Pah coach Mesia tok sey komen ko pasal Piya ni? :P


Bukey sekali dio sumbak derek gitu. Duo kali boh! Uhuuu. Hebak lah Piya. Salute demo boh! Memey patut la penyokom Kelate sayey bena ko demo abe weh! Sapa fan page luar negaro dok heboh pasal ni. Kemah keming terr!





Nok tengok Piya sumbak derek? Klik sini deh. --->  PIYA


p/s : lambak sero naip daley bahaso kelate ni. hihi.


Thursday, February 7, 2013

. which one? .







Sebelum jersi musim 2013 keluar, banyak keluar design and suruh undi. HAHA.
Walopon da lepas. Aku nak share jugak. Gambar ni aku ambik kat fesbuk.

Dan aku vote the first one. :)


Saturday, February 2, 2013

. bangkit please! .



Benda yang aku tak nak hadapi. Mungkin juga semua rakyat Kelantan taknak benda tu berlaku. Tapi, dah pun berlaku. Musim ni, macam kurengggg sikit. Aiii. Sebab striker maybe?



Kenangan tetap kenangan.



Rindu nak tengok konvoi macam ni lagi. 



Piya! Please do something! Sumbat gol banyak-banyak!

#Piya's KipasSusahMati


Friday, January 18, 2013

. Red Mania! .


-kenapa KEBENCIAN membuak2 laksana BUNGA YANG DI SEMAI?? Segala2nya bermula dgn penhijrahan kontroversi NORSHAHRUL IDLAN TALAHA..sebelum penghijrahan, Mat Yo telah menyatakan keinginan untuk tidak kekal dgn TRW...lalu TMJ mengapproach Mat Yo dgn gaji yg berlipat kali ganda..
PENGHIJRAHAN TIDAK SALAH,ianya normal dalam bolasepak...TETAPI SALAHNYA kerana CARA yg digunapakai tidak MEMATUHI STANDARD/TERMA yg ditetapkan oleh FAM hatta FIFA sendri..
ANDA SEMUA KELIRU WAHAI FAN DTFC,KAMI MERELAKAN PEMERGIAN MAT YO,cuma kami TERKILAN/MAKAN HATI DENGAN PERMAINAN MAT YO..SIAPALAH MAT YO KLU BUKAN KAMI YG MENGGILAPNYA..SIAPALAH MAT YO ANDAI TIADA SOKONGAN KAMI PENYOKONG TRW SEMUA...SIAPA DIA??SIAPAA???
gambar : J Photography

-ibarat memasukkan GARAM KEDALAM LUKA,lagak celupar/tidak matang si ISTERI pula betul2 mencabar kesabaran PARA PENYOKONG TRW...pergilah wahai WANITA,TEMANILAH SANG SUAMI BERJUANG UNTUK PERUTMU,sayangilah dia...semoga KASIH SAYANG KAMU BERKEKALAN..sudah2 lah MENYALAK MELOLONG MENYATAKAN KETIDAKSEMPURNAAN KAMI,KAMU SUDAH KAMI BUANG DR KAMUS SOKONGAN KAMI...

-sedang kami semua MENAHAN AMARAH DI DADA, titik 1501 seakan2 MINYAK YG DICURAH KE BARA YG SEDIA MEMBAKAR SEKAM DARI DALAM...kedatangan ASKAR2 LENGKAP BERSENJATA seolah2 mencabar KEDAULATAN,KESUCIAN negeri kami...
dimana RESPECT yg sepatutnya ditonjolkan oleh tetamu kpd TUAN RUMAH??TIDAKKAH ANDA SEMUA TELAH DIBERIKAN HAK UTK MENONTON DENGAN SELESA??PERSETANKAN PROTOKOL...untuk apa protokol2 klu kamu SEMEMANG IKHLAS DALAM PERJUANGAN KAMU??






gambar : J Photography


katasaya : MatYo tak salah. Tapi cara penghijrahan tu yang 'tak kena'. Mat Yo tak pernah buat statement apa2. Wife dia yang 'lebih sudu daripada kuah'. Sebab tu la fans TRW benci tahap kronik terhadap Mat Yo. 

Kenapa perpindahan Ghaddar dan Nurul Azwan Roya, fans tak kecoh? Sebab mereka 'keluar ikut pintu depan'. :)

Semoga Mat Yo berjaya bersama DTFC. Semoga segala salah faham dapat di selesaikan. :)
 


 


Thursday, January 17, 2013

. sila baca, fikir dan renungkan! .





Terima Kasih!


p/s : Hanya Allah yang tahu. Moral of da story, say no to FITNAH!

Wednesday, January 16, 2013

. This Is Kota Bharu! .




Very da very very ohsem picture by Userun Photography.




THIS IS KOTA BHARU!




. sedih bila negeri kelahiran di hina .



entry di taip dalam keadaan emosi terganggu.


Amaran awal - kalau anda TRW haters, sila jangan baca entry ini.

Kenapa aku mesti baca? Arghh! Menyesalll! Dah tahu diri tu cepat 'naik darah', cepat 'panas', pegy baca jugak komen kat BH online. Sumpah aku panas. Meh sini aku print screen, korang baca sendiri

Gelagat penyokong cipta gelisah pasukan

Kota Bharu: Anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor Darul Takzim (DT) masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam tadi.
Mereka berada di tengah-tengah padang selama kira-kira 30 minit dan hanya dibenarkan keluar dari stadium pada jam 11.30 malam selepas penyokong Kelantan bersurai.

Tindakan penyokong pasukan itu adalah di luar kawalan dan saya meminta maaf bagi pihak KAFA atas apa yang berlaku," Tan Sri Annuar Musa, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
Polis kemudian mengiringi mereka keluar dari stadium untuk menaiki empat buah bas sebelum pulang ke Johor Bahru.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang kesal dengan kejadian itu berkata beliau bagi pihak KAFA berasa kecewa apabila penyokong membaling mercun ke padang selain objek kepada kira-kira 200 penyokong Johor selepas tamat permainan.

Berita Harian


Persoalannya, adakah pihak BH ada di tempat kejadian? Dorang tahu ke apa yang berlaku dalam stadium? Tahu tak mereka fans TRW di provok? Ok, memang salah fans TRW sebab buat kecoh, baling botol bagai. Tapi, kenapa kami sahaja yang di salahkan? Orang yang memprovok tak salah kah?






Baca betul-betul komen di atas.

Kita boleh menilai orang negeri mana yang suka mengutuk, kebanyakan yang mengeji di sini adalah bukan dari negeri Kelantan. Maka nilai sendiri tidak perlu cakap lebih-lebih, yg guna perkataan berbentuk kejian, makian, kata nista disini semua ditujukan kepada orang kelantan. Sebenarnya yang mengata itu adalah lebih teruk daripada yang dikata.
 



Kepada fans TRW yang buat onar. Baling mercun, baling botol, pleasa behave urself. Macam mana orangg nak respect kita? Kalau perangai kita macam tu? Be profesional..! Hanya segelintir yang berperangai 'hudohh'. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Mohon fans yang 'hudoh peel' ni insaf dan fikir sejenak. Kita marah kalau orangg kutuk kita, tapi kita fikir, sikap dan perangai kita macam mana? Orang tak kata kalau kita tak buat. Am i rite? Banyak kali dah admin fanpage kita nasihat supaya kita jaga adab. Behave! Behave!. Aku tengok fans TRW dah mula profesional, tapi tetiba je semalam ada yang 'nyettok'. Aku faham, korang kena provok kan?

Kepada fans negeri lain jugak, bukan semua fans TRW bersikap macam tu. Hanya segelintir. Fans negeri lain pun ada jugak yang 'hudoh peel'. Negeri mana-mana pon sama je. Cuba korang fikir yea!

Soalan : Adakah korang akan berdiam diri kalau di provok? Tipu la kalau tak rasa 'panas' kan?


Moralnya di sini, toksey panah gak, tok soh baco awal-awal. #menyirap darah bila orang kutuk negeri kelahiran aku.


Pemain samo pemain pun berbaik. Tiada sebab kita sebagai penyokong tak kira penyokong kita atau lawan untuk bergaduh sana sini. Tadok buleh gapo skaro baloh pun. Media pun x perlu menulis berat sebelah pasal insiden semale. Bui adil baru ore panggil Media 1 Malaysia..kemah.gkg - KelantanFA.com
Foto : Kelate.net



p/s ; peduli hape aku kalau orangg tak suka negeri aku. listen! listen! listen! let me speak! Im proud to be a Kelantanese!


Tuesday, January 15, 2013

. Darul Naim vs Darul Takzim .



Hari ini dalam sejarah.

 Pasukan STAR vs TRW
Tempe vs Budu
Legoland vs KBMall
Fighter vs Warrior





Kenapa hari ini dalam sejarah? Maybe sebab lately banyak kontroversi team TRW dengan DTFC kot?

Wateverlah. Gud luck to my beloved team, Kelantan FA. GKG! Kalah menang belakang kira. Yang penting, kita harus lawan itu pasukan star..! Yang penting penyokong bagi 100% sokongan. 


Bagi aku, walau kalah sekalipun, aku tetap bersama TRW. Sebab di sini tempat tumpah darah aku. Tempat lahir aku. Tak ade tempat yang palinggg best selain negeri kelahiran sendiri. I'm really really really proud to be a Kelantanese. :)


Sokongan kami bukan bermusim. Sokongan kami zaman berzaman. Gomo Kelate Gomo!


Thursday, January 10, 2013

. antara kelebihan penyokong bolasepak yang sejati .




penyokongtrw1




Antara kelebihan penyokong bolasepak yang sejati ialah mempunyai naluri mampu membaca prediction dalam banyak sudut didalam bolasepak. Ini yang menarik sebenarnya mengenai ketaksuban penyokong sejati iaitu menilai menggunakan agakan yang selalunya akan hampir tepat. Biasa yang dangkal pun prediction mengenai keputusan siapa menang, bilangan kiraan jaringan, siapa first eleven dan pelbagai variasi lagi yang kebanyakannya menjurus kearah perjudian. Itu adalah tahi, tetapi yang benihnya adalah mereka yang tak berjudi, mereka yang menerka dengan kemampuan mengikuti dengan bersungguh-sungguh sukan ini, pasukan yang digemari serta pemain yang di gilai.

Selain daripada itu, keghairahan kepada sukan ini terutama yang melibatkan pasukan tempatan, mereka seperti ketagihan untuk mengetahui serba anika berita terkini pasukan lebih-lebih lagi berita sulit, berita pecah panggung dan kontroversi, maklumat ini mereka akan sebarkan sesama sendiri untuk menunjukkan tahap otai mereka dalam menggali mengenai pasukan. Ada diantara mereka yang meneka sahaja berita dengan mereka-reka cerita sensasi yang menjuruskan kearah kepakaran mereka bahawa rapat nya mereka dengan pasukan tempatan yang mereka ikuti sungguh-sungguh. Perjalanan pasukan sudah dapat dihidu oleh akal peminat sejati ini, selalunya tidak sehaluan dengan pengurusan dan orang dalam pasukan yang betul, kerana keterlaluan mereka dan membijak pandai mengolah isu serta mengkritik basi.


Antara yang berada dekat dengan kem pasukan, mereka akan mengikuti aktiviti kelansungan harian pasukan, merapatkan telinga mereka dengan dinding bilik persalinan pemain, mendekatkan diri dengan orang dalam pasukan, akhirnya tercetus leak source atau sumber tiris maklumat yang dicari untuk kepuasan menyokong, atau lebih tepat lagi sebagai anjakan ketaksuban diri mereka dan sesama mereka sendiri. Selain dari perkara negatif yang kesimpulannya dapat saya huraikan diatas, terdapat juga beberapa input positif yang menjadikan suara penyokong kelihatan lebih pintar, dengan agakan selain sumber tiris, menghairankan staff atau orang dalam pasukan sendiri yang tidak lah mengetahui maklumat kadang-kadang nya jauh ketinggalan berbanding penyokong telinga nipis ini.


Ini membentuk suasana yang sangat mengujakan bagi penyokong baru yang ingin mengenal pasukan, tidak lah mereka tahu ianya perkara yang mengasikkan, khayal dalam berita-berita unik mengenai pasukan. Selain itu perkara yang cemerlang ialah bagaimana hebat penyokong boleh menjangkakan morale atau form pemain, mereka mampu menyukat kemampuan pemain dan coach, seolah-olah mereka berada di tepi padang setiap kali pasukan turun berlatih. Kelebihan penyokong lama yang berpengalaman biasanya mampu mengagak pemain ini bakal menyinar atau merudum. Pemain ini sebegini dan sebegitu, naik muak sebenarnya bagi pemain sendiri merasa risih dengan penyokong seolah-olah menjadi panel penilai yang mengganggu kehidupan seharian.


Ini tidak boleh lari dari ketaksuban. Kerana ketaksuban itu memang sentiasa dihuni oleh dua perkara, iaitu kekarutan dan menjengkelkan. Setelah bercerita panjang lebar mengenai pembacaan minda atau prediksi penyokong, tiba lah saya ke topik sebenar yang saya ingin sentuh. Mungkin topik ini pendek sahaja, tetapi saya panjang kan dengan pendahuluan definasi mengenai serkap jarang atau pun digelar prediksi. Yang paling saya tersentuh dengan pengalaman menyokong bola secara taksub ini kebanyakannya mampu menerka form atau kemampuan pemain yang menjadi tanda tanya. Ianya melibatkan seorang pemain yang dijadikan topik utama perbualan penyokong, pemain yang mempunyai form ala yo-yo, turun naik dan kritikan yang mendahulukan segalanya memang membidas pemain dan jurulatih sendiri, termasuk staff pengurusan. Ini seolah-olah mencabar kewibawaan semua yang terlibat dalam membentuk pemain yang sangat diperlukan tetapi di ragui tahapnya.


Kalau dulu saban musim, Khalid Jamlus, Nizad Ayub, Akmal Rizal, Azlan Ismail dan Mohamed Ghaddar, yang terkini ialah Keita Mandjou. Sebelum itu ramai nama-nama yang menjadi main target, penulis masih ingat kegiatan penulis sendiri mencalar ego pasukan menjadi petualang memohon pengurusan menggugurkan Gustavo Romero, yang hingar bingar nya bukan lah pemain yang sepatutnya terpilih ketika itu. Memang ketaksuban yang macai akan membentuk emosi pembakar rakan sebelah untuk turut sama terasa bahang kemarahan. Itu tak diceritakan hikayat hitam zaman gelap KAFA yang tak manis untuk di bicarakan lagi, biarlah ianya berkubur dipasak di minda penyokong-penyokong zaman mesolitik itu.


Mengenai Mandjou, ramai juga yang berbelah bagi, dan boleh tahan ramai yang menserkap jarang bahawa pemain ini tidak ada kemampuan untuk mengetuai jentera serangan Kelantan FA yang saban musim mengutip jaringan terbanyak, walaupun ternyata melalui pemain tengah juga bercampur aduk, perlunya seorang individu pengukir tanda aras, sebagai orang yang boleh dipasakkan kekuatan selepas pemergiaan the important number 9. Ramai yang merasakan coach yang hadir 4-5 musim terakhir ini, mampu membentuk stability lebih-lebih lagi dengan reputasi graf yang sentiasa menaik dan cemerlang. Mereka-mereka ini merasakan Kelantan FA dihuni oleh individu yang mempunyai Winning Mentality yang lengkap di segenap department bukan lah panik jika tidak mempunyai penyerang yang tumpul. Lebih-lebih lagi di momok dengan kemenangan Chelsea di Uefa Champions League walaupun mempunyai hanya penyerang terpaling kontroversi tahun 2012.


Walau bagaimana pun, keresahan sentiasa mewarnai ketaksuban. Panik adalah perkataan yang sesuai bagi sekelompok besar kuantiti penyokong yang berbondong-bondong berhabisan ke stadium dan menjadikan trademark pasukan, mempunyai pemain kedua belas yang terkuat didalam liga. Ini dipadu dengan vokaliti mereka, kuantiti mereka dan jurang kualiti tidak perlu dinyatakan lagi, kerana sememangnya api kemeriahan ini di bentuk oleh orang-orang ini, mereka risau dengan compang-camping pasukan yang tidak nampak menuju kesempurnaan tetapi mereka akan sentiasa yakin dengan pilihan jurulatih, yang menolak Pertratos yang tertanya belum teruji didalam selut kompetetif liga. Kalau tiga perlawanan pasukan gagal memaksimumkan kutipan mata mengatasi pasukan lain, akan dapat dihidu kelemahan berpunca dari Mandjou walaupun mungkin ada seribu sebab lagi menyebab kan sebuah pasukan gagal beraksi baik, lebih-lebih lagi tekanan dari pasukan lain yang mengorak langkah menyenaraikan import terbaik, dengan dua penjaring terbanyak liga 2012 kekal didalam liga dan ditambah dengan kehadiran penyerang antarabangsa yang ternama pasukan dari selatan.


Ini cabaran yang tersendiri secara individunya bagi pemain, dan secara overallnya bagi pengurusan. Rebana musim 2013 akan bertabuh pembuka selera, gerak tari pemain akan diperhatikan, suara yang memuji berbuih mulut dan suara yang menghentam mengkritik akan berpercikan air liur. Ibarat menonton tayangan perlawanan bolasepak di channel High Defination, rumput berkocakan gelimpangan hasil dari cengkaman Stud kasut bola menyebabkan tumpuan mata tidak berpaling kearah lain. Selamat datang Malaysia Super League 2013.


¥ betterman@kelate.net ¥





Wednesday, January 9, 2013

. TRW vs PKNS .




Puas hati tengok bola malam ni. Walaupun gol di saat-saat terakhir. Semoga TRW kekalkan rekod musim lepas. Rekod tanpa kalah di tempat sendiri. Amin!

Sejak akhir-akhir ni, aku gigih tengok bola walaupun live streaming je. Huuuu. Ni aku nak share streaming2 yang biasa siar live game TRW.








Semoga TRW kekalkan prestasi dan ingat, game baru je mula. Kita semua jangan riak, ' jange agah, kecek besaa' dan sentiasa bersyukur yang pentingg, doa! GKG!


Video



FT : KEL 2 - PKNS 1


p/s : nampak gayanya aku kena jugakk kawen dengan orang Kelantan. Fanatik sesangat dgn TRW. Kang husband orangg negeri lain, gaduhh pulakkks time tengok bola... XOXO

Tuesday, January 8, 2013

. Pahang vs DTFC



Oh. Gamat! Gamat! Malam ni Pahang vs DTFC.

Aku gigih me'refresh' home pesbuk. Nak tengok update dari kawan-kawan dan TRW fanpage pasal game malam ni. Aku rasa majoriti, eh bukan majoriti kot, semua fan TRW sokong Pahang malam ni? Sebab ape? Haaaa. Faham-faham sendiri la ye!

Kelaka pulak aku baca status kawan-kawan aku yang memang majoriti 'sek-sek Klate'. 

Status yang sempat aku baca #banyak sebenarnya#

'Hahahha. juara treble lah sangat'  - kan DTFC nak treble tahun ni! hahha.

' Man City Mesia terr.. pft! ' - kes beli pemain Mesia ramai sangat

' Booo for JDT. Koya ngat. Gomo Pahang Gomo'


- from facebook.


Hoho. Tatau nak cakap apa. Bermusuh pulak fan TRW dengan DTFC nanti. Haha. Apa-apa pon, kita jangan takbur dan riak sangat. Kita tengok 15 Jan nanti, apa yang akan jadi. Welcome to Kota Bharu DTFC.


contohilah semangat tok gajah..walaupun ketinggalan 2 gol separuh masa pertama,namun pahang berjaya bangkit..pengajaran mlm ni,w'pon team byk star x semestinya "hebat" dan w'pon ketinggalan masih dapat ku kejar...-facebook


          Full Time Pahang FA 3-2 Johor Darul Takzim FC
 
 
'Home' fesbuk aku penuh dengan ucapan tahniah kepada Pahang kerana menang 3-2 ke atas DTFC. Harap player TRW pon ada semangat macam tu. Gud luck to team TRW untuk game esok!
 
 
 
p/s; habislah aku. pasni ke 'mark' dgn geng2 dtfc. =='


Saturday, January 5, 2013

. Jadual Liga Super 2013- TRW .




Update status dalam keadaan sedih akibat Kelantan kalah penalti dengan ATM. Walau kalah, aku tetap sokong. Fikir positif. Panjang lagi perjalanan TRW untuk musim ni.


Mungkinkan kejadian treble bakal berulang dengan kekalahan pado
piala sumbangsih pada tahun ini. Sejarah bakal berlaku lagi seperti musim
lepas. Nama piala tersebut mungkin tidak sekunrasi dengan pasukan kelate.- kelab penyokong TRW




Ni jadual Liga Super musim ni. Boleh la kalo sep2 awop nak apply cuti awal-awal nak pegy tengok bola. #geli pulakkkkksss kite cakap luar ni wakk.. haha #
 

Sila fokus pada tarikh 15 Januari 2013 - Kelantan vs D.Takzim FC :)



#setinggi mana stadium, kami akan penuhkan.  #

Sekitar perlawanan semalam, sepakan penalti menghampakan ribuan penyokong. Tapi chill la korang. Kita tetap sokong, panjang lagi perjalanan untuk musim ni. Semoga sokongan kita dapat mengubat kesedihan hati pemain. :) Penalti kann. Nasib tak menyebelahi kita untuk bawa balik piala. Kita harus berterima kasih pada Syazwan sebab dia dah buat yang terbaikkk. GKG!

kekalahan akan terus mematangkan pasukan..harap2 gitu la. Sap gadduh nyetoq sep kito. Pialo banyok lagi tu. - www.kelate.net






We're born to be the champion! I'm so proud to be ORE KLATE .No matter what people say.We will always unite & protect each others together.


p/s : sedih sebab Apek tak beraksi, Mat Chah pon sakittt.