.

.

Wednesday, October 14, 2015

. pasir mas.. again? .


bukan isu daerah mana kau datang. tapi........... erm.

im just exhausted. tired being in a relationship. maybe?

when a man approached me, the first thing i will ask him...and i really did it

' asal mane?'  dah memang aku tahu dia asal kelantan, tapi aku nak tahu daerah mana.
and he said  "pasir mas"

and i was like.... errr...... again and again and again?

aku ni kena sumpahan dengan orang pasir mas or what? tak dela fobia. cuma takut. bimbang.
the first 'cinta monyet at school'. he came from pasir mas.
then the second main main cinta, that time aku kat maktab perguruan, the guy also came from pasir mas.

then bila aku matured enough untuk bezakan cinta monyet dan cinta serius... aku jatuh cinta lagi. also from pasir mas. third time! im really in love. tipu lah kalau tak pernah berangan nak kawen dengan that guy. 4 years kot. i love him so much. at last apa jadi? hmm... sampai sekarang tak move on lagi. mulut je cakap nak move on. tapi hati?

and now,( forth time) a man approached me. also from pasir mas. what i should say to him?

" oh please, im tired being in a relationship with the pasir mas guy."
like that? hahahahaha

sebenarnya bukan dari masa asal die. cuma aku masih kunci hati untuk lelaki lain. aku masih gigih harap he come back to me and ask me to marry him. gila kan? tapi kadang-kadang aku rasa penat weii bercinta. please leave me alone. aku boleh apa hidup sorang. serabut dengan relay yang entah apa-apa. bagi aku masa untuk setlle down. untuk lepaskan semua rasa yang aku bina untuk dia. susah untuk buang rasa sayang yang setinggi klcc tu. susah.

lagi susah sebab dekat phone contact pun still aku mark as favourite. and, aku put 'on' facebook notification for every his single activity. kau rase? ok. ni first time aku bukak rahsia kat public. hahaha. as a aku tak reveal siapa dia, ok kot kan.

the main point is, aku tak bersedia untuk kawen, untuk serius relationship dengan orang lain lagi. ' rilek dulu. bia bia la dulu'

one day,  we ( siblings ) chat on whats app,
 kimi ask me " aku bila nak dapat abang ipar?"
then apiss tolong jawab " mii, kalu mu nak dapat abe long, tunggu tompok ( our kucing ) bertanduk dulu lah "

hahaha. see?



Friday, September 18, 2015

. Xplore Borneo : My Waiting List .


Aloha guys. Mood update blog tiba tiba muncul. So, hari ni aku nak up pasal my waiting list. Waiting list? Of course lah list tempat tempat yang aku nak pegi sementara masih single dan available ni. :p

Sebenarnya aku ni memang suka berjalan sana sini sejak lahir lagi kot? Zaman belajar dulu, pantang ada peluang, zassss! Terus panjang langkah. Hehe. Ni pulak dah keje, memang makin menjadi-jadi la perangai kan. Makin panjang langkah kata orangg. FYI, ayah aku pun cakap, time ni la nak berjalan, kenal tempat orang. sementara masih muda ( muda ke? ), single, tak ada komitmen pada sesiapa. hah! green light tu. so apa lagi? Ayah approve dah. Ok letewww.


Actually, wishlist sementara ada kat bumi borneo ni ha. Round setakat nakkk. esok esok kalau dah pindah semenanjung, memang tak ada peluang dah nak berjalan kat sini. ye dok? ;p

So, my wishlist? 

1. Gunung Kinabalu - 27 Mac 2015. done!
2. Pulau Mabul - 29 Ogos 2015. done !
3. Bohey Dulang - 30 Ogos 2015. done !
4. Kundasang - 4 Oktober 2014. done !
5. Miri - ( waiting list )
6. Kuching & Serikin - ( waiting list )
7. Labuan - 2 Mei 2015. done!
8. Brunei - 16 Ogos 2014 / 7 Februari 2015. done !
9. Sandakan - ( waiting list )
10.Tips of Borneo, Tg. Simpang Mengayau, Kudat / Pulau Banggi - waiting list
11. Pulau Manukan & Mamutik - 17 April 2014. done !
12. Tanjung Aru, KK - lupa tarikh.. Februari 2015. done !
13. Sg. Padas, Tenom/Keningau - waiting list
14. Penang - waiting list!
15. Langkawi - waiting list!


 tempat pertama aku terjah of course la Sipitang. Sebab sebelah je dengan tempat aku kerja kan. Sini kalau nak lepak makan satay, tengok sunset ok la.

 Then kalau ke KK, tak complete kalau tak cuba stimbot or makan seafood kat Tanjung Lipat. Hari tu, yu, aku din dan ainul buat day trip je ke KK. semata-mata nak makan stimbot sambil nengok sunset. T____T



first shortgetaways aku bila tiba di borneo ialahhhhhhh ke pulau! hahah. time tu baru dua minggu jejak kaki kat sini. gigih nak pegi pulau. dah la tak bergaji lagi! this is Pulau Mamutik & Manukan.




Then, makin panjangkan langjah ke Brunei Darussalam. drive je ke sana. hehe. tak sampai 3 jam pun. untung kan kerja kat sini.. boleh jalan selalu ( kata kawan-kawan ). T_T ni tahun 2014. lepas tu, Feb 2015, datang lagi, trip farewell mimi kat sini.







Kundasang! top wishlist tu. sebab aku dah banyak di sogokkan dengan trip trip ke kundasang ni haaa. hehe. time ni raya haji tahun 2014. cuti  hari. tak berbaloi nak balik. tiket cecah ribuan ringgit. jadi marilah merawat luka di hati dengan trip jalan jalan di kundasang.

1. Sabah Tea
2. Desa Fairy Farm
3. Poring Hot Spring

4. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti. ( fish massage )



dannnnnnnnnnnn. my top top toppppp wishlist! Gunung Kinabalu! And i make it true guys! its real! bukan mimpi atau fantasi. betul betul aku daki sampai puncak. weiii... serius aku tak sangka aku boleh daki gunung tu. over tak kalau aku cakap aku bangga dengan diri sendiri? hahahha. lol!




Labuan. sini boleh buat day trip je sebenarnya. tapi sebab kawan aku ada kat sana, stay satu malam kat rumah dia.



tempat teringinnnnnnn sangat nak pegi sejak zaman study. Pulau Mabul! puas sangat bila jejak kaki kat sini. boleh dah nak pindah semenanjung pun. sebab gunung dah daki, mabul dah sampai. hahahaha ( angan angan nak pindah tu tinggi weiii )


Bohey Dulang. aku tahu kewujudan tempat ni after aku kerja kat borneo ni haa. lepas tu fall in love and dok npikir, bila buat trip ke sini. hehe.



Now, aku dok berkira kira nak ke mana dulu. hahah. obses jalan jalan pun payah. bila la nak kumpul duit kawen haa? hihi. ala,, jodoh tu dah di tetapkan. ada duit ke, tak ada duit ke, tetap kawen kaalau dah tersurat kan. hahahhaa. gitewww!

sekarang aku dok gigih kumpul duit dalam sampul sampul wishlist destination aku. kalau la kumpul duit nak kawen segigih ni.. dah lama kawen kot sitiiii oi! hahaha.

Kalau obersiii pulak. Aku tak demand sangat. Sebab bajet pun ciput je kan. Aku just pernah pegi Singapore. dua kali. time study dan last year. pegi USS.

Merlion Park

time ni duit poket pun cukup cukup makan. so tak de la jalan sangat. day trip pusing pusing sentosa, merlion park. lepas tu jalan sampai lebam. tahun 2010 kalau tak silap.

then last year baru aku buat trip ke sini. hoyehhh. sakit kaki berjalan kat USS sampai dua kali pusing! haha.

link : Trip ke USS


 Bandung. Tahun 2012. trip kelas aku ke bandung. shoping sampai lebam! hahaha. excited gila dapat pi indon time nih. walau flight delay berpuluh jam. gigih jugak nak pegi kan. 

link : Bandung Trip

So, my waiting list or should i say my AsiaJourney? hahaha. poyo!

1. Siem Reap, Kemboja
2. Ho Chi Minh, Vietnam
3. Lombok
4. Jakarta

ok sekian saja angan angan mektii untuk hari ini. dan sekarang mekti sedang gigih kumpul duit nak melancong. orang lain gigih simpan duit beli rumah beli kereta beli tanah etc etc. mekti pulak dalam otak dia pikir nak jalan sana sini. macam mana tu?

ok bai.

happiness is real when shared ;')

Monday, September 14, 2015

. The Short Vacay : MasBro Village .


Hakak rasa, blog hakak ni dah macam blog travel tips, travel trip dan seangkatan dengannya. sejak sejak kerja kat borneo ni, panjang saje kaki ni melangkah. tapii, itu bukan bermakna hakak semakin meninggi ye. kaki je panjang langkah. tapi tuannya katikkk, T_________T  apa apa pun, syukur alhamdulillah. hehe

ok, now aku nak share pasal satu tempat ni, memang masuk dalam bucketlist, wishlist semua lah! tapiii, malas la nak terjah sorang sorang kan. so, aku kumpul bala tentera dulu untuk ke tempat tuuu.

MasBro Village! 

sumber : google search

MasBro Village ni kat Melaka. Sebab apa aku tertarik? Sebab design dia ohsem kot. dah tak payah ke lu ar negara bagai. kat melaka pun ada. untuk keterangan lanjut, klik link FB MasBro Village kat atas tu haaaa.

sedikit info :

Paya Rumput, Melaka
GPS Coordinate N2.28651, E102.2135
Call / whatsapps +6013-3136872 (Mazlan)





kemudahan :

- Boutique Homestay
- Open for rental at RM250.00 per unit for 1 night (promotion price) Maximum 6 pax per unit more then 6pax we charge RM30 perpax
- Living hall with dining table, sofa, and tv.
- Kitchen equipped with microwave, refrigerator, water kettle and utensils.
- 2 queen-sized bed (first floor) and 1 sofa bed (ground floor)
- Fully air-conditioned. 2 toilets with water heater.
Check in 3pm chekout 12pm
- Ample parking
- Gated
- 7 km to Malacca Town
- 12 km to Tg. Bidara
- 6 km to Ayer Keroh
- 5 minutes walking to Tesco Cheng Stadium Hang Jebat
- 7km Gadek Hot Spring Pool
- 10km Jongker Walk
- Just halal foods pls take seriously.. !!!
- No beer !!!
- No pet !!!
- Penalty - No refund check in deposit
- Call or Whatsapp : 0133136872 Mazlan





 gambar : sumber fb masbro village

serius lawaaaa! memang sangat sangat sangat teringin nak pergi! wait for me okeh. memang plan to have short gateway kat sini. ohh. tak savaaaarrrrrrrrr. !



happiness is real when shared ;')