.

.

Friday, September 18, 2015

. Xplore Borneo : My Waiting List .


Aloha guys. Mood update blog tiba tiba muncul. So, hari ni aku nak up pasal my waiting list. Waiting list? Of course lah list tempat tempat yang aku nak pegi sementara masih single dan available ni. :p

Sebenarnya aku ni memang suka berjalan sana sini sejak lahir lagi kot? Zaman belajar dulu, pantang ada peluang, zassss! Terus panjang langkah. Hehe. Ni pulak dah keje, memang makin menjadi-jadi la perangai kan. Makin panjang langkah kata orangg. FYI, ayah aku pun cakap, time ni la nak berjalan, kenal tempat orang. sementara masih muda ( muda ke? ), single, tak ada komitmen pada sesiapa. hah! green light tu. so apa lagi? Ayah approve dah. Ok letewww.


Actually, wishlist sementara ada kat bumi borneo ni ha. Round setakat nakkk. esok esok kalau dah pindah semenanjung, memang tak ada peluang dah nak berjalan kat sini. ye dok? ;p

So, my wishlist? 

1. Gunung Kinabalu - 27 Mac 2015. done!
2. Pulau Mabul - 29 Ogos 2015. done !
3. Bohey Dulang - 30 Ogos 2015. done !
4. Kundasang - 4 Oktober 2014. done !
5. Miri - ( waiting list )
6. Kuching & Serikin - ( waiting list )
7. Labuan - 2 Mei 2015. done!
8. Brunei - 16 Ogos 2014 / 7 Februari 2015. done !
9. Sandakan - ( waiting list )
10.Tips of Borneo, Tg. Simpang Mengayau, Kudat / Pulau Banggi - waiting list
11. Pulau Manukan & Mamutik - 17 April 2014. done !
12. Tanjung Aru, KK - lupa tarikh.. Februari 2015. done !
13. Sg. Padas, Tenom/Keningau - waiting list
14. Penang - waiting list!
15. Langkawi - waiting list!


 tempat pertama aku terjah of course la Sipitang. Sebab sebelah je dengan tempat aku kerja kan. Sini kalau nak lepak makan satay, tengok sunset ok la.

 Then kalau ke KK, tak complete kalau tak cuba stimbot or makan seafood kat Tanjung Lipat. Hari tu, yu, aku din dan ainul buat day trip je ke KK. semata-mata nak makan stimbot sambil nengok sunset. T____T



first shortgetaways aku bila tiba di borneo ialahhhhhhh ke pulau! hahah. time tu baru dua minggu jejak kaki kat sini. gigih nak pegi pulau. dah la tak bergaji lagi! this is Pulau Mamutik & Manukan.




Then, makin panjangkan langjah ke Brunei Darussalam. drive je ke sana. hehe. tak sampai 3 jam pun. untung kan kerja kat sini.. boleh jalan selalu ( kata kawan-kawan ). T_T ni tahun 2014. lepas tu, Feb 2015, datang lagi, trip farewell mimi kat sini.







Kundasang! top wishlist tu. sebab aku dah banyak di sogokkan dengan trip trip ke kundasang ni haaa. hehe. time ni raya haji tahun 2014. cuti  hari. tak berbaloi nak balik. tiket cecah ribuan ringgit. jadi marilah merawat luka di hati dengan trip jalan jalan di kundasang.

1. Sabah Tea
2. Desa Fairy Farm
3. Poring Hot Spring

4. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti. ( fish massage )



dannnnnnnnnnnn. my top top toppppp wishlist! Gunung Kinabalu! And i make it true guys! its real! bukan mimpi atau fantasi. betul betul aku daki sampai puncak. weiii... serius aku tak sangka aku boleh daki gunung tu. over tak kalau aku cakap aku bangga dengan diri sendiri? hahahha. lol!




Labuan. sini boleh buat day trip je sebenarnya. tapi sebab kawan aku ada kat sana, stay satu malam kat rumah dia.



tempat teringinnnnnnn sangat nak pegi sejak zaman study. Pulau Mabul! puas sangat bila jejak kaki kat sini. boleh dah nak pindah semenanjung pun. sebab gunung dah daki, mabul dah sampai. hahahaha ( angan angan nak pindah tu tinggi weiii )


Bohey Dulang. aku tahu kewujudan tempat ni after aku kerja kat borneo ni haa. lepas tu fall in love and dok npikir, bila buat trip ke sini. hehe.



Now, aku dok berkira kira nak ke mana dulu. hahah. obses jalan jalan pun payah. bila la nak kumpul duit kawen haa? hihi. ala,, jodoh tu dah di tetapkan. ada duit ke, tak ada duit ke, tetap kawen kaalau dah tersurat kan. hahahhaa. gitewww!

sekarang aku dok gigih kumpul duit dalam sampul sampul wishlist destination aku. kalau la kumpul duit nak kawen segigih ni.. dah lama kawen kot sitiiii oi! hahaha.

Kalau obersiii pulak. Aku tak demand sangat. Sebab bajet pun ciput je kan. Aku just pernah pegi Singapore. dua kali. time study dan last year. pegi USS.

Merlion Park

time ni duit poket pun cukup cukup makan. so tak de la jalan sangat. day trip pusing pusing sentosa, merlion park. lepas tu jalan sampai lebam. tahun 2010 kalau tak silap.

then last year baru aku buat trip ke sini. hoyehhh. sakit kaki berjalan kat USS sampai dua kali pusing! haha.

link : Trip ke USS


 Bandung. Tahun 2012. trip kelas aku ke bandung. shoping sampai lebam! hahaha. excited gila dapat pi indon time nih. walau flight delay berpuluh jam. gigih jugak nak pegi kan. 

link : Bandung Trip

So, my waiting list or should i say my AsiaJourney? hahaha. poyo!

1. Siem Reap, Kemboja
2. Ho Chi Minh, Vietnam
3. Lombok
4. Jakarta

ok sekian saja angan angan mektii untuk hari ini. dan sekarang mekti sedang gigih kumpul duit nak melancong. orang lain gigih simpan duit beli rumah beli kereta beli tanah etc etc. mekti pulak dalam otak dia pikir nak jalan sana sini. macam mana tu?

ok bai.

happiness is real when shared ;')

1 comments:

CikguAyudotMy said...

Bila dah khatam semua tu,
jemputlah pulang ke semenanjung. :)