.

.

Sunday, January 24, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 3 - Sky Bridge .


Hari ketiga, pukul 7 pagi kami keluar breakfast. Awal gilaaaa, kat kafe time tu tak ramai lagii. HAHA. Semangat nak gi Oriental Village. Sebab melalui pembacaan aku, kat sini selalu ramai orangg. Tambah tambah lagi kalau time cuti sekolah.So, pukul 7.30 kami gerak. Hampir jam 8 kami sampai di Oriental Village. Haaa, kat sini la letaknya Sky Cab dan 3D Art Museum. Kat satu tempat je. So, boleh pilih nak masuk yang mana dulu.

Oriental Village

Aku decide nak pegi Sky Cab dulu sebab tak nak berebut. T_________T. Aku sampai je, kaunter belum bukak! HAHA. Pukul 8 kot time tuh. SO, aku suvey harga. If beli asing-asing, maksudnya, beli Skycab dan 3D Art Museum tu asing-asing... mahal. So, aku pilih combo.. SkyDome+SkyCab+3D Art Museum



Rate harga :
Sky Cab              : Dewasa RM 30, Kanak-kanak RM 22 ( warganegara ) - gondola biasa
3D Art Museum   : Dewasa  RM 30

Kalau beli asing-asing memang mahal. So kami ambik yang combo

SkyDome+SkyCab+3D Art Museum = RM 47. 



Ada jugak express line, korang tak payah nak tunggu. Tapi harga pun 'express' lah kann. HAHA. Pembelian guna kredit kad pun boleh.

Kaunter tiket dan entrance


Di sebabkan aku ambik pakej combo, so kami berlima dapat masuk trip yang pertama, mula mula masuk Sky Dome dulu. Dalam ni macam tayangan jela. Macam kau masuk 6D motion! HAHA. Gambar atas sebelah kiri tu Sky Dome. :)


 Dari dalam gondola tu, boleh nampak air terjun. Adakah tu telaga tujuh? Heee. Syud dan Cah gayat. Kesian dorang. Saa pun gayat gak. Aku je yang aktif dalam gondola, selfie kemain. HAHA

Sampai je atas, akan ada 2 stesen. stesen 1 biasa biasa je. kat situ boleh la ambik gambar. if korang nak terus naik ke puncak pun boleh. so, bila gondola berhenti, kau tak payah turun. nanti dia akan terus naik ke stesen kedua, haaaa kat situ lah letaknya skybridge. tapii kami berhenti kat stesen pertama. :)


kami beratur untuk naik gondola ke stesen kedua. kat sini ada skybridge dan dua menara tinjau macam dalam gambar atas tuuu.


nak pegi ke menara tu, kena la jalan sikit. naik tangga.


menara tinjau 1

menara tinjau 2.  boleh nampak skybridge dari sini.

sky bridge. nak ke sky bridge korang kena bayar lagii. RM 5. tapi nak sampai ke sana, kene jalan lebih kurang 200M kot, lupa pulak aku. agak penatt la. tapi ok sebab cuaca sejuk sikit kan.

time aku pegi ni, dorang tengah siapkan skyglide kot untuk turun ke skybridge. so tak payah la jalan jauh jauh lagi. tapi harganya RM 15.

ok dah sampai! HAHA. excited mek sitiiiiiiiii.


kalau nak acah acah sweet, boleh la korang pos poskad kat wife husband tunang pakwe makwe dari atas gunung ni. HAHA.


Cah, me, Saerah, Syud


Hampir dua jam jugaklah kami kat atas sana. aku siap boleh duduk lepak layan feeling sorang sorang lagi. haha. kekdahnyeeee. bayar mahal mahal. konpomlah menghayati pemandangan kannn. gitewww. fyi, kat sini ada banyak aktiviti boleh buat sebenarnya. aku teringin nak main kat sky adventure park. tapi memandangkan tak plan dan aku datan sini pun pakai ala ala jangokkss gitew. tak sesuai kot nak main aktiviti lasak. so next time kena ajak geng lasak datang! hahaha.

 so nextttt, 3D Art Museum!


Traveling, it leaves you speechless, then turns you into a storyteller


happiness is real when shared ;)


LINK :


Saturday, January 23, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 2 - Part 2 .


Selepas penat ber-island hopping. Kami rest sejam setengah kat hotel. Lepas tu kami bersiap, plan asal nak ke Makam Mahsuri. Tapiii, too bad! Hujan pulak. Pasrah jelah. So, kami skip je. kami terus ke Pekan Kuah. cari Restoran Pak Haji Ya Nasi Ayam yang femes sangat tu kan. Restoran ni kat Kuah.

Di sebabkan masa aku sampai tu hujan renyai renyai, so aku tak sempat nak keluarkan fon dan snap pic depan kedai tu. Hmm, ambil kat internet aje leee. Mintak halal ye. Copy kat trip advisor. :P

Rasa dia? Ok sedap.  

Then kami gerak ke kedai Haji Ismali Group, hari ni kami ke kedai-kedai HIG yang kecik area Kuah. Ada dua buah kedai. Boleh tahan nak shoping okkk.Kami datang suvey je dulu. Kalau terus beli kang cairr coklat tu. Hari last baru nak menyopim.



Tak susah pun nak cari HIG ni. Kalau korang ada google maps pun dah cukup. tak pun tanyalah orang kat tepi tepi jalan. malu bertanya sesat jalan uolsss. :p Dua-dua kedai kami masuk. Syud nak suvey backpack. Aku? Coklat jelahhhh.


Lepas semua selesai, kami ke Pasar Kemboja. Huhh. Gila murah bajuuu! geng geng aku apaaa lagiii, kemain memilih baju. Aku je buat rileksss. Takut lari bajett. HAHA. Lagipun baju dah banyak ( sedapkan hati sambil tahan nafsu ). Semua dah penatt. Kami  decide makan kat gerai dalam Pasar Kemboja tu. Order laksa, tapiiiiiiii ermmm.. aku makan 3 sudu je. T___________T

Pasar kemboja ni bukanlah macam pasar jual ikan tu ye. Sebenarnya macam pasar malam or uptown je. :)



Selfie while waiting Saa, Cah and Cah's hubby shopping! Muka veryyy lesu. tak sabar nak balik hotel tidooooo. Esok nak pi Sky Bridge pulakkk! Yeayy! Stay tuned guys!

bajet day 2  :

Nasi ayam         : RM 7
Laksa                : RM 5
Minyak( Share ) : RM 3

TOTAL : RM 15

happiness is real when shared ;)

LINK :

Wednesday, January 20, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 2 - Island Hopping .


Day 2 : Island Hopping - Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding, Pulau Beras Basah.

Jam 7 pagi kami menapak ke cafe resort untuk breakfast. Keluar je pintu bilik, kami nampak banyaakkkkkkk gila kereta comel. Ada konvoi kot. Apa lagi, kami snap la barang sekeping dua. :P

 Inilah baju yang gigih kami cari sampai round habis kedai baju kat Cenang tu. HAHA. 

 
 Makan kenyang-kenyang, nanti tak ada makanan dijual kat pulau tu ye. Kalau rasa tak tahan lapar, bawak makanan sendiri. Yang pentingg, bawak air mineral. Konpem korang akan haus, sebab nanti kena mendaki sikit nak ke Tasik Dayang Bunting tu.

  Syud, Ct, Saa, Cah

Jam 7 pagi kami dah tercongok kat kafe. Then, menunggu agen untuk pick up kami. Tiba tiba dorang call cakap lambat sebab kereta dah penuh. Kalau nak cepat follow dia dari belakang. So, kami decide follow jela. Nanti lambat kalau tunggu trip kedua. T_________T

Sampai kat jeti, kami diberi sticker dan wajibbbb tampal di baju or tudung or tempat senang  agen nak nampak. Sebab kat jeti tu banyakk agen yang urus pasal Island Hopping ni. So, pakai kat tempat boleh nampak dan jangannnn tanggal.  Kat jeti tu kene menunggu orang lain yang satu bot dengan kami. Kena beratur lagi. Tu sebab datang awal ok guys.




Destinasi pertama, Tasik Dayang Bunting. Korang akan diberi masa satu jam untuk lepak lepak dan mandi kat sini. So, tak payah nak lama-lama sangat ambik gambar kat jeti sebab nak ke tasik tu kena jalan jauh sikit. Naik turun bukit.



Inilah dia rupanya Tasik Dayang Bunting.


 Ni antara jalan nak ke tasik tu. Berpeluh jugaklah.


Tips : kalau nak mandi. boleh sewa jaket keselamatan.


Lake of The Pregnant Maiden



Korang boleh mandi. Tapi dinasihatkan pakai jaket keselamatan lah kalau tak pandai berenang ye. Aku tak mandi pun. Basah basah kaki gitu je. HAHA. Malas nak berbasah basahan.


Second trip ialah Eagle Feeding. Pemandu bot akan bawak korang ke tempat yang banyakkk gila helang. Korang tak payah feeling feeling nak bagi makan helang eh. BIG NO! pemandu bot tu yang akan lempar makanan kat helang tu dan korang hanya boleh tengok, ambil gambar and video. Kat sini lebih kurang 30 minit. Then korang akan gerak ke destinasi terakhir.


Destinasi terakhir, Pulau Beras Basah. Kat sini pun lebih kurang sejam korang nak mandi ke berjemur ke or snorkeling. Aku? Macam biasa lah. Sight seeing je. HAHA. Malas nak mandi... tengah hari butaaa. Konpom la terbakor muka aku nanti. Muka aku baru je pulih akibat berjemur di Pulau Mabul. HAHA. Memang idok ler aku nak mandi. Dorang berempat excited main air. Aku duduk je atas buaian sambil berangan. :P

See you on March guys!


Tips : kat sini banyak monyet. so kalau nak bawak makanan, pastikan letak dalam beg dan tutup or zip rapat rapat. jangan letak dalam plastik transparent. nanti monyet tu nampak, selamber je dia rampasss dari tangan korang nanti. HAHA. Beg kami yang tertutup tu pun monyet ni nak selongkar. Habis wet tissue aku monyet ni gigit. :P


Tips : mesti ingat nombor bot. sebab kat setiap perhentian, pemandu bot akan tinggal korang kat situ dan nanti dia akan datang pick up. so, pepandai la korang hafal nombor bot ok. awal-awal lagi pakcik or abang abang tu akan pesan supaya ingat nombor bot dorang. :D



Selepas sejam lebih melayan perasaan kat pantai, bot kami tiba. Otw balik tu dah penat. Lapaq! HAHA. So, kami decide terus balik hotel, mandi dan rehat kejap lepas tu baru keluar cari makan. Hampir pukul 2 kami tiba kat hotel.

Jeti Tasik Dayang Bunting


See you on next trip guys! :D


happiness is real when shared ;)

LINK :