.

.

Wednesday, October 2, 2013

. aku yang dulu bukanlah yang sekarang .



Ini entry bukan mau riak. Bukan mahu show off eh. Hanya sebagai perkongsian memandangkan ramai yang tanya. Kalau rasa annoying, maafkan saya. Sila tekan X kaler merah kat belah kanan atas sekali tu eh. :') No hard feeling kawan. 

Junior, kawan-kawan, Mama BFF and besfren aku sendiri tanya aku.. 

BFF : Tak makan ke ni. 'seghoh' sangat badan ni. Jangan nak diet sangat long. (seghoh means susut)
MAMA BFF : Kaklong, sekali balik, makin kecik, balik lagi sekali, makin kecik mama tengok
Junior (Fyzah) : Kak ct, nak tanya, wak gane, napok sangat perbezaan ni. Makin kurus. Kabo laa..
Kawan (Zati psv) : Kak ct, kurusnya sekarang. 

OK. Cukup la eh. Nanti korang termuntahh pulak. Lantak ler, korang nak menyampah ke ape. Tapi aku is happy. Usaha aku selama ni berbaloi-baloi la kan. Tak sia-sia orang kate. Kalau kau, kau hepi tak bila orang puji kau? HAHA. Walau orang tu nak ambik hati kite kan. HAHA. Hade guwa kesah jahhh? 


Kalau korang tanya aku, macam mana nak kurus? Payah aku nak jawab beb. Sebab benda ni depends pada seseorang tu jugak.


Macam aku jenis payah yang amattt nak kurus and turun berat badan. Naiknya cepatttt. Sedeeyhhh! Ada sesetengah orang, tak makan malam je boleh turun 'kg'. Aku ni takkkk. ;'(  


Tipu la kalau aku tak pernah cuba supplement ape ape kan. Aku pernah try Herbalife. Tapi tak jalannn. Tak kurus pon..! Jenis lemak tepu kot! HAHA. So, aku decide nak workout or bersenam. Aku just skipping and jumpingjack. Setiap petang aku akann buat kalau tak de kekangan ape ape. Aku ni jenis kalau aku nak, aku akan usaha sampai dapat. Satu lagi, aku jenis rajinnn. (bukan nak puji diri sendiri eh. haha. ). Aku ni jenis yang rajin turun petang-petang. Skipping semua. Time ni rasa la badan macam ringan je kan.


Aku just nak share, after raya baru ni, berat aku cecah 57kg! Kau bayangkan. Dekat 60kg tuu. Tak pernah aku berat sampai macam tu sekali. Tipu la kalau aku tak rasa down and rendah diri. Tak yakin dengan diri sendiri. HUHU.


So, after terkejut dengan berat mendadak macam tu, aku lebih kerap exercise. Actually aku start exercise ni dah lama. Tapi still tak ada perubahan. Tak pe, aku sabo je. Mungkin lambat effect kot. Aku ni memang jenis makan je. Diet tu macam mustahil la. Cuma, aku jenis tak boleh nak makan over banyak sangat. Kalau tak, hmmm.. pedih ulu hati la.. sakit perut la.. muntah la.. Malam pon jarang aku makan benda berat-berat. Kang pagi esok, sakit perutt. 


Cuma aku nak cakap, yang aku memang tak diet. Just kurangkan makan dan perut aku dah terbiasa dengan pengambilan makanan yang sedikit. So, kalau masuk banyak je, perut memberontakk. HAHA. Dan, tipu la kalau aku cakap aku tak makan fast food, kek segala bagai tu. Aku ni penggemar tegarrrr kek dan coklat kot! Dan lagii. Aku kurangkan minum air manis a.k.a bergulaa dan ais!


OK. TENGOK GAMBAR JOM!

Sumpah weh, aku memang pikir 10 kali nak letak gambar-gambar lama. HAHA. Malu seyh tengok diri sendiri! Tapi aku kena la terima hakikat kan. Dah tu memang diri aku. Sekurang-kurangnya ada perubahan dan ada kesedaran diri. 



Dulu dan sekarang.

Time ni memang gemokkks. Perut muncittt. Peha dan lengan gelebeh habiss. 

Kalau orang cakap aku ni tak bersyukur dengan apa yang ada. Aku akan jawab, 

Siapa kau nak cakap aku tak bersyukur. Aku bersyukur dengan apa yang Allah beri. Dia cipta aku dengan sempurna. Aku bukan nak ubah apa yang Dia cipta. Aku tak ubah ciptaan Dia. ;')


Aku buat semua ni semata-mata untuk kepuasan diri sendiri. Untuk tambah keyakinan diri nak hadappp manusia atas muka bumi ni. Kau tak rasa. Tapi aku rasa. Rasa tak yakin dengan diri sendiri bila berada dalam kalangan orang yang selimm melimm. Kau paham? Rasa down bila orang bercakap pasal berat badan. Tapi aku tak tunjuk la aku down ke ape kan. 


Aku muhasabah diri sendiri. Takkan aku taknak ada perubahan langsung. Takkan nak macam ni je. TAPI, Kalau sekadar niat nak kurus, tapi tindakan tak de, buang masa beb. Aku selalu tanam azam dalam diri. Aku boleh jadi macam mereka. Aku kena usaha. Aku kena rajinn. Aku kena sabar. Sabar tu penting, bukan semua usaha yang kita buat, hasil dia cepat. Mungkin lambat. Mungkin bukan sekarang hasil die kita nampak. Aku start exercise daripada awal tahun lepas, tapi result tetap mengecewakan. Tapi sekarang, hasil dah mula nampak. See? SABAR itu penting beb. 


Ok. Macam serius pulakk. HAHA.

Now kita close up muka pulak yea. Ready tak? Arghh. Aku pulak macam tak readyy. Malu weh malu. ;p


Jangan bingung kawan-kawan. Itu memang aku! Memang aku! Arghh. Aku tak sangka begitu rupanya wajah aku dulu. HAHA. Photoshoot kemain. Gila gambarrr. Masa tu konfiden je posing kann.. Tak rasa diri gemukk. HAHA. Kat pipi tu aku pakai lotion Fellina, tu pon kadang-kadang je pakai. Maklumla pelupa. :p


Sekarang baru sedar diri ye Cik Siti. Kohkoh. Mohon bekas kekasih jangan menyesal ye. HAHAHA (ayat taknak kalah! hahaha).  Maaflah, hormon tengah menggelegak. Tu yang taip ayat perasan habis tuu. Hihi.


Pengakuan penting ni, sumpahh aku nak kurus bukan sebab nak bekas gewe aku tu balikk dan bukan sebab frust. Tak hadee maknanya! Makan banyak and makin gemuk ade la. Stress putus cintooo katenye. HAHA.


Tadi aku ushar-ushar gambar. Ada pulak gambar dari tepi haaa. So, letak jela eh even macam segan kan. HIHI


Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.. -.-

Jangan konfius eh. Dedua tu aku. AKU. Banyaknya la spare tyre. HAHA. Berlipat-lipat haaa. Perubahan yang aku sendiri rasa, dah diri sendiri, mestila perasan kan.


Kalau dulu time jalan rasa bergesel je peha, sekarang kurang dah. Dulu seluar saiz 29, 30. Sekarang 28+belt. Dulu lengan macam batang balak je besoo. Sekarang kecik. (aku ukur ok! HAHA). Bahagian tutttt dan tutttt pon rasa mengecil. ;')


Baju lama time aku kurus dulu pon dah boleh pakai. Baju time gemuk aku tak pakai dah. Gelebeh. Mostly baju kurung la kan.Nasihat aku la, kalau kita ambik supplement sekalipun, exercise tu perluu. Supaya tak menggelebeh je kulit tu. ;')


Aku nak share pulak workout yang aku hari hari buat kalau tak hade kekangan. Aku buat INSANITY. Benda ni macam Home Fitness Program la. Kita lakukan gerakan ikut video. Ada banyak stage. So kita ikut jela jadual yang ada. Free je beb. ;') Benda macam ni banyak je, just pilih je. Serius aku ketagih beb buat benda ni. Kalau sehari tak buat rasa macam tak bestt. HAHA. Now aku dah tak skipping lagi sebab skipping tu rasa macam biasa. Insanity ni lagi hard core! Seram kata kawankawan aku. 

Percayalah pada exercise! Hihi



Satu lagiii. Banyakkan minum air masak. Kalau aku, aku minum 5 botol sehari. Sebotol = 700ml.



This is my gojesss besties. Adawiyah. Cita-cita aku nak kurus macam die. Berat 45kg je. Hii. Sikit lagi Sitiii. Sikit je lagii. Aja Aja Fighting!

 i'll work for what i want


OK. SEKIAN SAHAJA ENTRY POYO PERASAN. HAHAHA. Peace!

p/s : ni bukan iklan ubat kurus okayyy! iklan untuk home fitness kot! HAHA

5 comments:

nadia farahida said...

cantiknyaaaaaaa cikguuuuuuuu :)
konpemmmmm ex bf siti putih mataaaaa :p

Hunny Kitty said...

really like the motivation given!

Nory Zoulkefle said...

haishh..jeles tgk org kurus2 slim ni...nak slim melim jugak...hukhukhuk

Unknown said...

ye la..anak dara kan..mesti la kena jaga badan supaya cantik.nanti dah jadi mak2 bila gemuk siksa nak kurus..silap2 tak merasa nak kurus..jadi tengah bujang ni la nak kurus pakai cantik2..kan??

Nour Eyza said...

waaa.. kurusnyaa.. saya lagi gemuk tau awak.. hihi.. seronok sgt tgk dri gemuk ke kurus. hebat tahap kerajinan awak. tahap istiqomah awak buat latihan. sbb sy pun mls buat workout. hihi.. apa tips lagi? bagi la lagi.. hihi