.

.
Showing posts with label kurus. Show all posts
Showing posts with label kurus. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

. Tips SIhat : Khasiat Kunyit .


Kunyit bukan sekadar untuk letak dalam masakan. Kunyit ni banyak kegunaannya. Jom kita baca!


1. Kunyit membantu menyembuhkan luka lebih cepat, sebagai antiseptik alami.

2. Kunyit kurangkan kemungkinan terkena kanser karana punya sifat anti-kanser.

3. Kunyit memberikan kontribusi dalam pertumbuhan sel dan meremajakan sel. Dengan cara ini, Anda dapat memperlambat proses penuaan.

4. Dapat mendetoksifikasi racun berbahaya dan bahan kimia dari tubuh Anda.

5. Rheumatoid dapat disembuhkan dengan kunyit karena mengandung anti-inflamasi.

6. Kunyit dapat memainkan perannan penting dalam mencegah leukemia.





7. Memasukkan kunyit dalam diet harian anda dapat membantu meningkatkan ketahanan sakit tubuh Anda. Selain itu juga menjaga Anda aman dari berbagai penyakit.

8. Jika anda ingin menurunkan berat badan, ianya dapat meningkatkan metabolisme dalam tubuh anda, membantu anda mengelola berat badan Anda secara efektif.

9. Kunyit dapat menyembuhkan pigmentasi yang disebabkan oleh sinaran matahari.

10. Mencegah proses penuaan kerana mempunya sifat antioksidan.

11. Sebagai salah satu komponen yang membantu melembapkan kulit dan mengurangi kekeringan.

12. Menyembuhkan memar dan mencerahkan luka bekas terbakar.

13. Membersihkan kulit wajah, membuat kulit anda bersinar, dan warna kulit cerah.

14. Membantu melawan gangguan kulit, seperti eksim, psoriasis, dan ruam merah, juga membantu meringankan stretch mark atau selulit.


Jom cuba!


Tips Sihat
Kenapa Minum Lemon Awal Pagi?
Air Detox Ikut Keperluan
Kebaikan Minum Air Lemon
Khasiat Serai Wangi

Saturday, December 26, 2015

. Tips Sihat : Khasiat Yang Tersembunyi .


Hari ni nak share ngan korang tips tips sihat yang aku jumpa kat feacebook. Take a look ya! ( sumber )

1. Air Kelapa

 
 
1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6.  Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

 2. Air Barli Lemon



Bahan-Bahan:
Barli biji
Madu
Lemon

Methodology:
[+] Basuh barley & rendam seketika.
[+] Masak barli sehingga lembut.
[+] Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.

Kebaikan :
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah
  

3.Daun Pegaga


 
1. Serikan Wajah :
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

2. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka :
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

4. Mengubati Sakit Kepala :
Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

 
4. Kulit Manggis

 1. Memberi tenaga)
2. Prevents inflammation
3. Mencegah sakit urat saraf
4. Mencegah Ulcer
5. Mencegah kemurungan
6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Mencegah kanser
8. Tingkat system pertahanan badan
9. Awet Muda
10. Membuang toksid dalam badan
11. Membunuh kuman
12. Mencegah kulat
13. Mencantikan kulit
14. Membuang kolesterol dalam badan
15. Untuk kesihatan jantung
16. Mengurang tekanan darah tinggi
17. Kurangkan gula dalam darah
18. Kuruskan badan
19. Cegah batu karang
20. Mengimbangi seluruh badan.

Caranya Menggunakan kulit manggis
1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

Tips dan perkongsian: utk luka kencing manis ambik kulit manggis baru tumbuk tampal pd luka..luka cepat kering..dah terbukti keberkesanannya.

5. Kurma
 

1. Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2. Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3. Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6. Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.


Selamat Mencuba guys!
  

Tips Sihat
Kenapa Minum Lemon Awal Pagi?
Air Detox Ikut Keperluan
Kebaikan Minum Air Lemon
Khasiat Serai Wangi

Thursday, May 28, 2015

. Tips Sihat: Air Detox Mengikut Keperluan Berbeza .


Korang semua mesti lameeee dah tahu pasal detox ni kan? Memang boleh buat sendiri. Senang saja bha. Tapi aku jenis tak suka minum ais. Air detox ni kena simpan dalm peti ais satu malam. Errrr... tu yang jadi masalah. Tapi aku cuba untuk amalkan. Anything for my body. Yehuuu. hehe.




beberapa jenis buah dan herba yang ada khasiatnya yang tersendiri bila dibuat Air Detox

1) Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
2) Oren – membantu peredaran darah
3) Halia – imun booster
4) Rasberi – mempunyai ciri-ciri anti radang
5) Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
6) Anggur – melawan kanser
7) Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
8) Kulit Kayu Manis – penggalak metabolisme
9) Strawberi – anti oksidan
10) Limau – anti penuaan
11) Nenas – membantu melegakan sakit sendi
12) Pudina -menyokong sistem penghadaman

Membuat Air Detox Untuk Keperluan Yang Berbeza.

1) Untuk Pembakaran Lemak, Pencernaan dan Sakit Kepala – campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.
2) Untuk Menstabilkan Gula Dalam Darah dan Penghadaman – campurkan timun, strawberi dan kiwi
3) Untuk Penghidratan, Pencernaan dan Kawal Selera Makan – campurkan timun, lemon dan limau nipis.
4) Untuk Pertahanan Imun, Pencernaan dan Pedih Ulu Hati – campurkan limau nipis, limau dan lemon
5) Untuk Kempiskan Perut – campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia

Cara Buat Air Detox

1) Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri.
2) Masukkan potongan buah-buahan ke dalam jar, kemudian tambahkan ais diatasnya.
3) Tambahkan air hingga penuh satu liter dan tutup jar tersebut.
4) Biarkan semalaman dalam peti ai

sumber : link

Saturday, November 1, 2014

. jangan hangat hangat tahi ayam saje ! .



Macam seronok pulak nak membebel pasal diet. workout. bersenam. homefitness. hari nii. haha.

for those yang kenal aku. tahu lah aku ni macam. sejak sejak serabut, stress  dan annoying dengan perkataan 'gemuk' ni, aku jadi seorang sangat sangat sangatttt kesahbab berat badan dan bentuk tubuh badan. u see? how people around me affect me so damn much! arghh. kekadang aku rasa bodoh sebab selalu stress dengan cakap cakap orang. kekadang aku patut say thanks kat dorang sebab jadi pemangkin aku. hmmm.. entah la. kecelaruan minda sudah.


dulu kan, memang aku tembam ya rabiii! lepas spm, aku kena ikut plkn. time plkn tu makan tak hengat. sedap kot makanan and wajib makan tak boleh skip. so, what should i do? makan sajo lah! hahah. after plkn, terus ke matrikulasi. haaaa. time ni memang kaw kaw punya makan! maklumlah, ada peneman di samping makanan yang kena dengan selera. matrik changlun is syurga makanan uols!. siang malam pagi petang hadap makanan. kau rase? macam mana aku tak jadi tong dram kan. kehkeh

2008, masuk ipg. hah. time ni memangggggg lah macam doremon pompuan. hahhaa. seriussss!


After tahun kedua masuk degree. Barulah aku sedar diriii. HAHA. Lepastu mula lah aku meroyan nak kurus. Aku ni spesis malas nak joging. Sumpah malasss. So, aku just skipping tiap-tiap petangg. Diet? Oh, tak pernah berjayaaa. Aku cuma avoid dinner dan kurangkan makan. Just like that haaa? Yeszzaaaa. Macam tu saje. I lost almost 6-7 kg. Then lepas tu, aku ajak kawan kawan buat erobik. Last year, ada member bagi kat aku video homefitness. Then, start hari tu, aku gilaaaaa buat homefitness. Kau tengok video and ikut dia buat ape. Serius sangat sangat berkesan! And im addicted!!! Sampai sekarang aku masih buat. Insanity. ;'))))


Tipu la kalau aku cakap aku takkk pernah cuba ambil supliment or ubat kurus. Kalau kau tanya, aku jawab, yesss. aku pernah cuba. tapi, non hadeee effect kauuu. so, aku give up gila gila. malas lah nak shake for no reason sebab aku tahu, tak berjaya kannn. maybe badan aku ni tak boleh terima ke apa ke kan. huuu. so, aku just teruskan bersenam till now. paliiiingggggggg malas pon aku akan skipping and push up. then aku banyakkan minum air putih. paling sikit  liter and paaalinggg banyak 4liter+++. memang kembung perut. malam malam dua atiga kali bangun pi toilet. heheh

so, apa yang aku nak highlight kannn, kalau kau berazam nak kurus and nak bersenam, jangan hangat hangat tahikkkkkk ayam sajo. 1st week kau semangat gila. masuk 2nd week kau dah lemau. 3rd week memang tak buat langsung. memang tak jalan laaa weiii. at least kau buat la 3 kali seminggu pon dah cukup. dah tu kawal la makan sikiiit. ni takk, bila tengah malam kau lapar, kau telan sepinggan nasik. acane??????

aku, ok je kalau ada orang nak ikut aku workout kan. tapii aku tak suka yang tak seriusss. hahaha. kejam nauuu ayat kannn. tapi itulah aku, aku akan usaha sampai aku dapat and capai target. no main main kayyyy. yang penting semangat kau mesti kuattt. konsisten itu perluuuu. ok beb?


ok, sekian saje tips yang merapu dari aku. bai! hahahahhaa



apa yang kau impi mesti kau dapat kalau kau usaha lebihhh. trust me.

Wednesday, October 29, 2014

. Tips Sihat: Petua melangsingkan badan, membuang lemak dan menurunkan berat badan .



Bismillah...

Hari ni rasa nak berkongsi pulak amalan aku untuk turunkan berat badan dan nak kekal langsing. Selain senaman dan kurangkan makan. Aku cuba something new for me but benda ni sebenarnya dah lama.Amalan minum air asam jawa. :)))

Selalunya asam jawa ni guna dalam masakan saje kan, then asam jawa yang muda tu, kalau cicah dengan gula or kicap pedas,, memang kawwww lah rasanya. aku ni is peminat tegarrr asam asam nih. Asam jawa muda antara fevret jugaklah. but now, aku try guna asam jawa untuk kesihatan.

Air asam jawa ni boleh jadikan sebagai minuman harian. Alahhh, macam orang sekarang nii, minum suplimen macam macam kan. Aku bukan tak percayaaaa, tapi takottttt. T_T

Ok, caranya,

1. ambil sebuku asam jawa or kuantiti kau rasa sesuai
2. ramas dan letakkan air sebanyak satu gelas.
3. simpan dalam peti ais kejap, kasi sejuk.
4. minum selepas lunch or dinner.

in case, kau tak suka yang sejuk, boleh buat yang suam. no worries! ;')))

Memang kesan dia cepatlah. Errr, maksud aku bukan kau minum, esoknya kau terus langsing macam Nora Danish. tak hokehhh. melampau nauuu laaa. Maksud aku, kesan nak berakkkk! Kahkahkahhhhh!!

Aku minum setengah jam selepas lunch sebab aku jenis tak makan malam. Lebih kurang sejam++, perut mula meragam. Fuhhh, 2 3 kali jugak la ke tandas. Tapi i likeeee! Lega rasa. Hahaha. Aku ni jenis perut keball, kau makan la masam ke, pedas ke, memang tak hade nye nak sakit perut. Tapi bila minum air asam jawa, memang thorrrrrbaikkk! Heeee. So, jom amalkan. Murah dan berkesan. :'))))

Tapi, kau kena pastikan kau memang tak de kerja or tak masuk kerja la lepas lunch and lepas kau minum air asam nih. Bimbang pulak akuu, kang korang asyik pegi toilet, tak jadi keje pulak kangggg. Aku pon minum if petang tu aku tak ada aktiviti petang kat sekolah. :')

Selamat mencuba!




 i'll work for what i want


Wednesday, October 2, 2013

. aku yang dulu bukanlah yang sekarang .



Ini entry bukan mau riak. Bukan mahu show off eh. Hanya sebagai perkongsian memandangkan ramai yang tanya. Kalau rasa annoying, maafkan saya. Sila tekan X kaler merah kat belah kanan atas sekali tu eh. :') No hard feeling kawan. 

Junior, kawan-kawan, Mama BFF and besfren aku sendiri tanya aku.. 

BFF : Tak makan ke ni. 'seghoh' sangat badan ni. Jangan nak diet sangat long. (seghoh means susut)
MAMA BFF : Kaklong, sekali balik, makin kecik, balik lagi sekali, makin kecik mama tengok
Junior (Fyzah) : Kak ct, nak tanya, wak gane, napok sangat perbezaan ni. Makin kurus. Kabo laa..
Kawan (Zati psv) : Kak ct, kurusnya sekarang. 

OK. Cukup la eh. Nanti korang termuntahh pulak. Lantak ler, korang nak menyampah ke ape. Tapi aku is happy. Usaha aku selama ni berbaloi-baloi la kan. Tak sia-sia orang kate. Kalau kau, kau hepi tak bila orang puji kau? HAHA. Walau orang tu nak ambik hati kite kan. HAHA. Hade guwa kesah jahhh? 


Kalau korang tanya aku, macam mana nak kurus? Payah aku nak jawab beb. Sebab benda ni depends pada seseorang tu jugak.


Macam aku jenis payah yang amattt nak kurus and turun berat badan. Naiknya cepatttt. Sedeeyhhh! Ada sesetengah orang, tak makan malam je boleh turun 'kg'. Aku ni takkkk. ;'(  


Tipu la kalau aku tak pernah cuba supplement ape ape kan. Aku pernah try Herbalife. Tapi tak jalannn. Tak kurus pon..! Jenis lemak tepu kot! HAHA. So, aku decide nak workout or bersenam. Aku just skipping and jumpingjack. Setiap petang aku akann buat kalau tak de kekangan ape ape. Aku ni jenis kalau aku nak, aku akan usaha sampai dapat. Satu lagi, aku jenis rajinnn. (bukan nak puji diri sendiri eh. haha. ). Aku ni jenis yang rajin turun petang-petang. Skipping semua. Time ni rasa la badan macam ringan je kan.


Aku just nak share, after raya baru ni, berat aku cecah 57kg! Kau bayangkan. Dekat 60kg tuu. Tak pernah aku berat sampai macam tu sekali. Tipu la kalau aku tak rasa down and rendah diri. Tak yakin dengan diri sendiri. HUHU.


So, after terkejut dengan berat mendadak macam tu, aku lebih kerap exercise. Actually aku start exercise ni dah lama. Tapi still tak ada perubahan. Tak pe, aku sabo je. Mungkin lambat effect kot. Aku ni memang jenis makan je. Diet tu macam mustahil la. Cuma, aku jenis tak boleh nak makan over banyak sangat. Kalau tak, hmmm.. pedih ulu hati la.. sakit perut la.. muntah la.. Malam pon jarang aku makan benda berat-berat. Kang pagi esok, sakit perutt. 


Cuma aku nak cakap, yang aku memang tak diet. Just kurangkan makan dan perut aku dah terbiasa dengan pengambilan makanan yang sedikit. So, kalau masuk banyak je, perut memberontakk. HAHA. Dan, tipu la kalau aku cakap aku tak makan fast food, kek segala bagai tu. Aku ni penggemar tegarrrr kek dan coklat kot! Dan lagii. Aku kurangkan minum air manis a.k.a bergulaa dan ais!


OK. TENGOK GAMBAR JOM!

Sumpah weh, aku memang pikir 10 kali nak letak gambar-gambar lama. HAHA. Malu seyh tengok diri sendiri! Tapi aku kena la terima hakikat kan. Dah tu memang diri aku. Sekurang-kurangnya ada perubahan dan ada kesedaran diri. 



Dulu dan sekarang.

Time ni memang gemokkks. Perut muncittt. Peha dan lengan gelebeh habiss. 

Kalau orang cakap aku ni tak bersyukur dengan apa yang ada. Aku akan jawab, 

Siapa kau nak cakap aku tak bersyukur. Aku bersyukur dengan apa yang Allah beri. Dia cipta aku dengan sempurna. Aku bukan nak ubah apa yang Dia cipta. Aku tak ubah ciptaan Dia. ;')


Aku buat semua ni semata-mata untuk kepuasan diri sendiri. Untuk tambah keyakinan diri nak hadappp manusia atas muka bumi ni. Kau tak rasa. Tapi aku rasa. Rasa tak yakin dengan diri sendiri bila berada dalam kalangan orang yang selimm melimm. Kau paham? Rasa down bila orang bercakap pasal berat badan. Tapi aku tak tunjuk la aku down ke ape kan. 


Aku muhasabah diri sendiri. Takkan aku taknak ada perubahan langsung. Takkan nak macam ni je. TAPI, Kalau sekadar niat nak kurus, tapi tindakan tak de, buang masa beb. Aku selalu tanam azam dalam diri. Aku boleh jadi macam mereka. Aku kena usaha. Aku kena rajinn. Aku kena sabar. Sabar tu penting, bukan semua usaha yang kita buat, hasil dia cepat. Mungkin lambat. Mungkin bukan sekarang hasil die kita nampak. Aku start exercise daripada awal tahun lepas, tapi result tetap mengecewakan. Tapi sekarang, hasil dah mula nampak. See? SABAR itu penting beb. 


Ok. Macam serius pulakk. HAHA.

Now kita close up muka pulak yea. Ready tak? Arghh. Aku pulak macam tak readyy. Malu weh malu. ;p


Jangan bingung kawan-kawan. Itu memang aku! Memang aku! Arghh. Aku tak sangka begitu rupanya wajah aku dulu. HAHA. Photoshoot kemain. Gila gambarrr. Masa tu konfiden je posing kann.. Tak rasa diri gemukk. HAHA. Kat pipi tu aku pakai lotion Fellina, tu pon kadang-kadang je pakai. Maklumla pelupa. :p


Sekarang baru sedar diri ye Cik Siti. Kohkoh. Mohon bekas kekasih jangan menyesal ye. HAHAHA (ayat taknak kalah! hahaha).  Maaflah, hormon tengah menggelegak. Tu yang taip ayat perasan habis tuu. Hihi.


Pengakuan penting ni, sumpahh aku nak kurus bukan sebab nak bekas gewe aku tu balikk dan bukan sebab frust. Tak hadee maknanya! Makan banyak and makin gemuk ade la. Stress putus cintooo katenye. HAHA.


Tadi aku ushar-ushar gambar. Ada pulak gambar dari tepi haaa. So, letak jela eh even macam segan kan. HIHI


Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.. -.-

Jangan konfius eh. Dedua tu aku. AKU. Banyaknya la spare tyre. HAHA. Berlipat-lipat haaa. Perubahan yang aku sendiri rasa, dah diri sendiri, mestila perasan kan.


Kalau dulu time jalan rasa bergesel je peha, sekarang kurang dah. Dulu seluar saiz 29, 30. Sekarang 28+belt. Dulu lengan macam batang balak je besoo. Sekarang kecik. (aku ukur ok! HAHA). Bahagian tutttt dan tutttt pon rasa mengecil. ;')


Baju lama time aku kurus dulu pon dah boleh pakai. Baju time gemuk aku tak pakai dah. Gelebeh. Mostly baju kurung la kan.Nasihat aku la, kalau kita ambik supplement sekalipun, exercise tu perluu. Supaya tak menggelebeh je kulit tu. ;')


Aku nak share pulak workout yang aku hari hari buat kalau tak hade kekangan. Aku buat INSANITY. Benda ni macam Home Fitness Program la. Kita lakukan gerakan ikut video. Ada banyak stage. So kita ikut jela jadual yang ada. Free je beb. ;') Benda macam ni banyak je, just pilih je. Serius aku ketagih beb buat benda ni. Kalau sehari tak buat rasa macam tak bestt. HAHA. Now aku dah tak skipping lagi sebab skipping tu rasa macam biasa. Insanity ni lagi hard core! Seram kata kawankawan aku. 

Percayalah pada exercise! Hihi



Satu lagiii. Banyakkan minum air masak. Kalau aku, aku minum 5 botol sehari. Sebotol = 700ml.



This is my gojesss besties. Adawiyah. Cita-cita aku nak kurus macam die. Berat 45kg je. Hii. Sikit lagi Sitiii. Sikit je lagii. Aja Aja Fighting!

 i'll work for what i want


OK. SEKIAN SAHAJA ENTRY POYO PERASAN. HAHAHA. Peace!

p/s : ni bukan iklan ubat kurus okayyy! iklan untuk home fitness kot! HAHA