.

.

Wednesday, August 27, 2014

. Xplore Borneo: Bandar Lawas, Sarawak .



Sudah terlambat rasanya aku nak cerita pasal bandar tempat aku menetap sekarang atau lebih sesuai aku panggil pekan. Oh. Punyalah lama tak up story, lepas tu bila mula gila blogging, up story yang latest dulu. Pasal PEKAN LAWAS aku tak describe banyak pon kan. Hehe.


Kalau korang tengok dalam peta Malaysia, Lawas ni kat hujung Sarawak, sempadan Sabah. Sempadan juga dengan negara Brunei. Haaa. Sebab tu aku rilek je pegi Brunei. Bhaaa. Seronok kan? No wonder la time mula mula aku sampai sini, orang orang sini slank dia lain bah. Melayu Brunei + Sabah baaaah. Tak de la kamek kitak semua tu. lagipun bandar Lawas ni ramai Cina. Nak cari tempat makan yang halal ada beberapa tempat je.

Syukur aku dapat mengajar kat sekolah area pekan. Nak apa apa senang. Lepas balik sekolah, jalan kaki je ke pekan. Balik rumah pon boleh jalan kaki. Tak jauh dan tak dekat. Ok ok bhaaa. Rumah sewa pulak superb best! Dua tingkat, fully furnished, 5 bilik, 2 bilik air = RM 900. Ok sangat dah. Share pulak dengan 4 orang lagiii. Murah sangat dah weiii. Alhamdulillah.



Hausmates sengal. Mula mula kami dapat sewa kereta kancil. Sumbat la 6 orang. Macam sardin kot. Tapi layann. HAHA



Kat sini la aku mantapkan skill drive kereta manual selain aku menjahanamkan kereta Apis kat kampung nuuu. Haha. Boleh dah la bawak manual tanpa ragu-ragu sekarang. Prektis makes perfek. HAHAHA



Pekan Lawas ni letaknya tepi sungai. Seberang sungai sana ada perkampungan Melayu dan ada la tempat makan. Yang menariknya, bot untuk ke kedai seberang sana free of charge! Tapi for those yang nak pegi makan kedai sana jela. Kalau nak pegi round kampung seberang sana, memang kau bayar sendiri lah derr! HAHA



Kami dengan muka tak malu siap bergambar lagik kat tepi sungai ni. Then, kami siap sewa bot, roung sungai lawas. Pft! Kalau ingat balik. Oh my! Jakunnnesss nya weols. Hehe. tapi nak buat macam mana, first time kan. Macam rusa masuk kampung pon ada.



For those yang pernah pergi Kuala Lipis, Pahang. Haaa. Lebih kurang macam tu la keadaan dia. Ada KFC je kat sini. KFC pulak dekat trafik light. Sebijik Lipis! Oh, I mss Lipis damn much. Even bandar kecik, tapi dekat dengan rumah. 4 hours only! Emmm,  Bank ada banyak, no worries.. Tapiiii, pekan Lawas ni lepas isyak dah sunyi kot. Lipis macam ok sikit. Dan yang sadissss, kalau weekend, memang sunyiii lah. Lagi lagi kalau kau round malam minggu, kau boleh berjoget atas jalan raya. Boleh langgor je lampu merah tanpa was was. T_T





Orang orang kat sini pulak peramah and baik baik ajaa even Chinese and Lun Bawang pon memang baik. Kawasan perumahan aku tu kawasan orang Melayu. Depan rumah ada makcik jual lauk pauk lagi. Haaa. Memang seronok la. Selesa sangat dah.




First time naik bot. Macam jakunnnesss. HAHA



Haaa. Yang ni paaaaalingg aku teruja. Lumba perahu tapi kayuh pakai tangan. Perghhhh. Lenguh tuuu. Kami kagummmm gila kot tengok. Wah Wahh. Kuat ek dorang nih.


Haa. Satu lagi aku nak share dengan korang. PASAR. Kat sini ada pasar jugak. Of kosss lah hade oii. HAHA. Tapiiii, ada saaaatuuuuuuuuu lagi pasar yang special punyaaa. Emmm. Emmm. Tapi aku tak pernah nampak pulak pasar ni bukak and ada orang kelaur masuk pasar tu. After few months kat sini, last week ( 23 Ogos). Aku ngan kawan aku keluar pagi2 lagi sebab kami nak ke Sipitang. Then lalu la area pasar tuu. Nahhh. Amek ko. Aktiviti jual beli 'benda' tu. Ooooooo. Betul la hausmate aku cakap, dorang bukak pagi2 je. Huhh. Nak tau pasar apa? Tengok gambar bawah!



Ok. Sampai sini saja! Hahaha.


Have a nice day ahead uols!


Happiness only real when shared ;')

2 comments:

Angelica Augustine said...

Kak... sy nak tau rumah sewa akak tu d mana.. puas dh mncari rumah sewa tp xdpt jg. Sy krja hsptal lawas. Bru ja posting sni. Kalo ada nombor owner rumah sewa tu kalau la ada ruma yg available , sy nk minta ya.. wtsap or mesej sy +601136351402. Urgent ni kak. Thnks sgt.

Angelica Augustine said...

Tolongggg... T_T