.

.

Wednesday, May 20, 2015

. Kenapa tak kahwin lagi cikgu? .


LUAHAN HATI SEORANG MUSLIMAH


Aku ni muda lagi sebenarnya .

Umur pun baru 27 tapi kawan kawan sebaya aku memang ramai yang dah kahwin dah ada anak 3 ke 4 orang .
Adik adik aku pun dah kawen .
Dah ada baby lagi .
Cume Aku je yang tak kahwin lagi .

Macam2 perancangan dalam hidup ni yang aku nak buat sebelum melangkah ke alam itu . 

Tapi disebabkan kawan2 baya aku dah ramai yang kawen , maka ramai orang sebok bertanya kat aku , bila ko nak kahwin? , dah ada calon ke? , kau bila lagi? , dah ade pakwe blm? bla bla bla....

Aku tak kisah pun diorang nak tanya macam tu , aku bahagia dan selesa begini lagi pon aku tak usik orang .
Makan minum pun sendiri tak mintak orang tak mintak kau . Kan ?

Cuma masalahnya kita kahwin awal , bukan bermakna kita hebat mencari pasangan .
Ia hanya kerana sudah sampai jodoh kita . 

Kita dapat anak cepat dan ramai , bukan bermakna kita hebat dalam soal suami isteri , kerana rezeki kita telah ditetapkan Allah . 

Kita hidup lama atau tiba2 mati , bukan kehendak kita .
Allah jua sebaik2 perancang .

Jadi jangan la sebok bertanya , bukan tanya aku je tapi jangan tanya soalan soalan macamni kat kawan kawan lain juga .

Hati diorang mana kita tahu , mungkin akan terluka .
Soalan macamni pun sensitif bagi setengah orang .

Jadi , jaga tutur kata .

Kerana lidah bisa menghumban kita ke neraka


perkongsian daripada fb ustaz nasir ( link )

0 comments: