Rahsia Minum Air Lemon Setiap Pagi
Walau apa jua rutin yang diamalkan , sudah pasti ia mempunyai keberkesanan dan kebaikan yang tersendiri terutama untuk tujuan kesihatan dan kecantikan .

Antara manfaat dan rahsia minum air lemon setiap pagi adalah :
Detoksifikasi
Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin . . Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi .
Alkali
Lemon merupakan sejenis buah yang bersifat asid , justeru ianya mempunyai keupayaan untuk mengurangkan alkali yang tinggi dan menyeimbangkan paras pH terutama kepada mereka yang gemar memakan keju , daging atau alkohol .
Sistem Imun
Seperti yang kita tahu , buah-buahan sitrus sememangnya kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selsema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun .
Penghadaman
Kebanyakan orang mengamalkan minum air suam sejurus bangun dari tidur bagi merangsang saluran penghadaman . Air suam yang dicampur dengan lemon dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan hati .
Kecantikan
Umum tahu bahawa buah lemon dapat membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat jika anda mengamalkan menyapu perahan air lemon pada wajah . Selain itu , meminum air lemon suam pula dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan .
sumber : link

0 comments:
Post a Comment