.

.

Wednesday, December 23, 2015

. bucketlist : Tempat Menarik di Langkawi .


Bulan mood up entry kot. Berjujukss entry baru. HAHA.

Jom kita tengok mana tempat best kat Langkawi. Kredit to this website ( klik sini )

http://www.percutianbajet.com/sites/default/files/pictures/map-of-langkawi.jpg

Mukim-mukim di Langkawi :
  • Air Hangat
  • Bohor
  • Kedawang
  • Kuah
  • Padang Mat Sirat
  • Ulu Melaka
 How to get there?

Bot / feri
  • Dari Pulau Pinang
  • Kuala Kedah ( 1 jam 45 minit - 2 jam )
  • Kuala Perlis ( 1 jam 5 minit )
  •  Satun, Selatan Thai
Flight
  • Air Asia / MAS / Firefly / Silk Air (Spore) / Singapore Airlines 
Pulau apa yang ada?

  • Pulau Dayang Bunting ( boleh ambil pakej island hopping untuk ke sini )
  • Pulau Singa Besar ( terletak antara Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting )
  • Pulau Beras Basah
  • Pulau Tuba ( ada Gua Kelawar, ada kelip-kelip pada waktu malam )
  • Pulau Rebak ( ada resort eksklusif )
  • Pulau Timun
  • Pulau Langgun ( tiada penghuni )

Pantai yang konpom ohsem

  • Pantai Cenang ( paling terkenal, wajib pegi. banyak motel resort chalet hotel area situ )
  • Pantai Tanjung Rhu ( dibuka jam 10pagi-5.30 ptg untuk pelancong, penghuni resort 24/7)
  • Pantai Tengah ( berhampiran cenang. ada chalet/hotel juagk )
  • Pantai Kok ( dekat dgn cable car )
  • Pantai Teluk Burau ( berdekatan Gunung Mat Chincang )
  • Pantai Teluk Datai ( pantai tercantik di Langkawi )
  • Pantai Pasir Hitam ( tak sesuai untuk mandi )
  • Pantai Teluk Yu
  • Pantai Batu Hamparak
  • Pantai Beringin
  • Pantai Teluk Baru
  • Pantai Pasir Tengkor

Tempat-tempat menarik.

Beras Terbakar
Sebuah kampung, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat. Cerita dulu-dulu, kampung ni tempat beras disembunyikan dari pihak musuh dalam peperangan. Bila tewas, kawasan ni dibakar bagi mengelakkan jatuh ke tangan musuh.

Dataran Helang
Berhampiran jeti Kuah. Tempat wajib pegi la sebab mercu tanda Langkawi
Kampung Kristal Langkawi
Terletak di Pulau Rabak. Terdapat banyak barang kristal.

Makam Mahsuri
Terletak di Kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Sini memang tempat tarikan lah. Sebab sejak dari kecik lagi kita semua di momokkan oleh cerita lagenda Mahsuri ni. So please marked this place ya guys.

Kampung Air Hangat
Kawasan air panas semulajadi. Yang menariknya, air panas dia masin!

Under Water World
Terdapat pelbagai spesis ikan. Berhampiran Cenang.

Langkawi Wildlife Park
Dulu taman burung. Sekarang dah jadi taman binatang.

Taman Agrotek Mardi
Terdapat pelbagai pokok buah.

Telaga Harbour
 Tempat kapal-kapal berlabuh. Sini boleh la korang lepak-lepak tengok kapal and snap gambar ala-ala oberseassss gitewww. Macam yang aku buat kat Jesselton Point kat Sabah. HAHA

Evening at Telaga Harbour Park

Galeria Perdana
Hadiah daripada Tun Dr.M. Ada barangan seperti kristal, perak, tekstil, alat permainan, senjata, seramik, alat muzik and so on lah. Nak tahu kena la pegi ya!

Oriental Village
Terletak di Telaga Harbour Park. Tempat beli belah dan ada aktiviti menarik seperti menunggang kuda dan aktiviti lasak.

Mangroves at Kilim Geoforest Park
Boleh tengok pokok-pokok bakau dan batu kapur.

Laman Padi Langkawi
Terletak di Pantai Cenang. Sini ada sawah padi dan aktiviti berkaitan padi lah! Sini jugak ada tempat makan. Ohsem. Wajib try!

Air Terjun Telaga Tujuh
Air terjun yang berpunca daripada tujuh punca air yang berlainan. Ada tujuh kolam yang dikelilingi hutan.

Taman Lagenda Langkawi
Sebuah taman yang bertemakan kisah dongeng dan mitos Langkawi. Ada 4 buah tasik dan 17 monumen.

Taman Buaya Langkawi
Terletak di Kubang Badak ( 32 KM dari Kuah ).

Muzium 3D di Oriental Village
Muzium 3 tingkat. Ada 3 zon, ilusi optik, akuarium, safari, interaktif1&2, fantasi, zon klasik, zon tema Mesir, istana lama dan zon Malaysia.

Aktiviti yang menarik? Wajib cuba?

SkyCab
Terletak di Gunung Mat Chincang. Terdapat 3 stesen.

File picture - Langkawi Skybridge picture

Island Horses
Menunggang kuda. Tapi berbayar la ye. Hehe

Sewa Helikopter
Untuk tengok pemandangan sekitar Langkawi

JetSki

SkyTrex Langkawi
Aktiviti lasak. Yang memang dalam wishlist. One day ok yanggg.

Pulau Payar
Snorkeling dan mandi kat sini. Memang ada pakej khas. Pepandai la google search ya.

Tempat Penginapan?

Dont worry guys. Banyakkkkkkk sangat hotel, motel, chalet, resort, homestay dan dorm yang afordable kat sini. Just named it, mana koranag nak stay. Cuma kena pandai la cari kan. Mesti nak yang murah dan selesa.
Tapi, aku suka yang tepi pantai, senang nak lepak, nak cari makan and yang penting nak tengok sunset plus sunrise ( kalau rajin kuar pas subuh..hahaha )

So, sekian saja. See you on my next bucketlist ya! HAHA

Langkawi, checked!

happiness is real when shared ;')

0 comments: