.

.

Monday, January 18, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 1 .


Perjalanan aku bermula dari Kota Kinabalu. Sabtu, 21 November 2015.Flight ke KL pukul 945 pagi, tiba di KLIA2 jam 12.20. Then next flight ke Langkawi pukul 2 petang. Sampai Langkawi lebih kurang jam 3 petang. Awal-awal lagi aku dah booking hotel + kereta sewa dan pakej island hopping untuk 5 orang. RM1100 untuk 4 hari 3 malam. Berbaloi-baloi. Kami berlima, tapi aku dulu yang sampai. Memandangkan aku yang menguruskan percutian ni, so memang patut lah aku yang paaaaaaaling awal tiba. :D

Hampir sejam aku tunggu sis yang manage pakej ni. Huuu. Mereput kat airport langkawi tuh. Setelah berhuhu kat situ, akak tu pun sampai. Dia bagi aku kereta Picanto. Ok laaa. sebab kami berlima saja. Then aku pun memulakan pencarian. Memang terjah jela... mula-mula cari stesen minyak then cari hotel kami. Sandy Beach Resort.



Berbaloi-baloi. Bilik selesa. Besar. Jalan kaki je ke pantai. Breakfast include. Pagi pagi breakfast tepi pantai. Feeling jiwang sangatt. HAHA. Toiletries, tuala, tv ada dalam bilik. Iron dan iron board pula ada kat luar bilik. Aku untung sebab dapat bilik tingkat satu dan tempat iron kat luar bilik je. Tak payah nak menapak jauh-jauh.


FYI, hotel yang aku menginap ni ada dua. Tepi pantai hanya ada chalet kecik. Boleh request nak kat situ. Tepi pantai tu hanya ada chaket dan reception sahaja. Hotel dan bilik-bilik lain ada kat seberang jalan. Dont worry, dekat saja bah.


Berbaloi lah aku duduk bilik ni bertiga with Syud dan Saerah. Cah dan husband kat bilik sebelah. Setel check in semua. Aku bersiap nak ambik Syud kat airport, jam 5 petang dia sampai. Then terus aku bawa Syud makan kat Pantai Hujung Airport which is famous dengan Laksa Ikan Sekoq. Nalaaaa nesaq ikan dia weh.


Laksa 2 pinggan. Air kelapa 2 biji. RM 18. 



Lepak kejap sambil tengok sunset yang malu malu nak muncul. Tak banyak snap gambarr, malu oiii orang ramai. HAHA. Satu lagi sebab penat. T____________T

Then, lepas Magrib, kami ke airport lagi untuk pickup Aisyah and her husband + Saerah. Lepas kami tu kami round kawasan Cenang tu, cari baju tshirt yang sama untuk pakai pegi Island Hopping esok! Puas hati jumpa baju yang cun dan murah. RM 18.

Selepas tu, kami terus jalan kaki ke Restoran Haji Ramli. Semua muka dah penat semacam. Makan pun kuis kuis je. HAHA. Harus tido awal, esok nak gi Island Hopping katanya!


tips : untuk pakej island hopping, jangan risau. if korang tak ambik pakej awal awalm pun korang boleh walk in je. no worries. banyakkkkkkkkk sangat agen yang urus pasal island hopping adan harganya sama je uols. hotel pun sama. banyak yang murah area pantai cenang tu. so, if korang datang pada hari biasa or bukan pada cuti sekolah or public holiday, tak payah risau. walk in je. Tapiiiiiiiiii, if korang datang time cuti sekolah... aku nasihatkan booking awal awal k. kang tak pepasal melepet tepi kaki lima :P

bajet day 1 :

Isi minyak             : RM 6
Pakej                   : RM 226
Makan                 : RM16
Baju                     : RM 18
TOTAL      : RM 266



happiness is real when shared ;)
LINK :

0 comments: