.

.

Sunday, March 12, 2017

. Tenom Trip : Hotel Tenom .


Macam rajin pulak nak buat hotel review ek. Sebenarnya aku terrrrrlupa nak buat review pasal hotel ni. Trip ke Tenom ni dah lamaaaaa. Macam mana boleh lupa nak up entry ni --'


Tenom ni pekan kecik je. Kampung-kampung banyak kat ulu. Tapi hotel boleh tahan banyak sebab adaaaa yang menarik kat sini. Heee. Aku dapat nombor telefon Hotel Tenom ni dari laman web negeri Sabah. Kalau nak booking thru booking.com or agoda, tak banyak hotel yang berdaftar kat situuu. So, aku search and terus call. 


Reception hotel ni. Owner dia cina, tapi humble gila. Friendly kot. 


Laluan antara bilik. Serius lawa hotel ni. Colourful. 


Bilik kami. Kami bertiga. So, kami ambil bilik yang ada empat katil. Yang tu saja available. Satu katil queen, dua lagi single- double decker. Selesa sangat uols. Besar, luas, selesa dan bersih.



Ada tv yang cinonet, tapi tak kisah la. Datang sini bukan nak duduk dalam hotel tengok tv kan? Kalau datang honeymoon dengan laki, takpe jugak. Mereput dalam bilik, ye dakk? Ahahaha



Dalam bilik air pun jubin colourfull. Kau hade? HAHA


Depan hotel ni ada kedai serbaneka, bank dan kedai makan. Kalau nak ke stesen kereta api atau teksi pun, jalan kaki je. Memang kondusif dan senang nak akses ke mana-mana. Heee.


Nak datang Tenom? Sila booking hotel ni ok. Highly recomemmended! Rate biliknya sangaaaat murah. Tapi aku lupa dah berapa. RM140++ untuk dua malam kot? Serius lupa. Sebab dah lama sangat. Tahun lepas kot trip aku ke Tenom ni haaaa. Maklumlah, otak banyak sumbat dengan data-data kerja. Heee. ;p


happiness only real when shared ;)

0 comments: