.

.

Sunday, September 30, 2012

. kursus ke kurus? haha ;p .




Weekend yang agak berilmu lah minggu ni aku rasa. Haa. Why? Why? Why baby? Ahaks! Sebabnya, aku join kursus kawen. Pergh. Bunyi macam dah dekat sangat walimatul urus nye kan? Padahal entah ke mana lagi kan. Tapi, tak salah pon nak ambik kursus pra perkahwinan ni awal-awal. Nanti nak kawen, tak payah nak sibuk2 ambik dah. Kannn? 

Kursus ni dua hari je. Sabtu and Ahad. Oh my weekend! Kena bangun pagi-pagi, lepas tu tadah telinga dengar ceramah. Nasib baik lah penceramah lain-lain. Means, satu slot, sorang penceramah. Ada 6 slot sehari. Hmm. Ada yang buhsannnnz. Ada yang best. Tapi, adatlah kan. Dah namanya pun kursus cik kiah oiiii. Hihi.

Yang paling bernanah telinga aku, ialah afta lunch. Pergh. Mengantuk tahap cap ayam brand kau. Kena pulak penceramah yang suam-suam kuku. Memang meleleh la air liur basi jawabnya. Hehe. Tapi, kursus ni banyak la beri ilmu walaupun kebanyakan yang diajar tu, dah pun kita belajar dalam subjek Pendidikan Agama Islam masa sekolah menengah kan. Cuma bab-bab yang Tuttt.. Tutt... tu je ilmu baru. Haha. Syhhh. Senyap-senyap sudah. Orang yang dah ambik kursus kawen je tahu k. Haha. :P




Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sijil ni tiada tamat tempoh sah laku. Eh. Macam belit-belit lak ayat aku kan. Hm, maksudnya, sijil ni laku seumur hidup la cik kiah. Hihi. So, get ready. AKu dah selangkah maju ke hadapan tahuuuu!



Miss Housemate yang datang berpasangan dengan pasangannya. Err.. Aku datang dengan sape lak? Uhuu. Sila sedih oke. Aku datang sorang tanpa pasangan. Nak buat macam mana, tunggu calon dari ayahanda tercinta kan. :P 
#aku nampak macam ibu-ibu mengandung uols...!#



 

Lastly. Dapat sijil dannn....korang perasan tak apa yang aku perasan? Huh. Thambiyyyyy kat dahi aku tuh! Betul2 kat tengah lak tu. Stress betul aku. Dah sebulan lebeh dah thambiyyy tu melekat kat dahi. Ops. Bukan thambiyy betul. Itu parut oke. Macam mana ek aku nak hilangkan? Malu la nak jumpa bakal mak mentua kalau macam ni. =='



Perkahwinan adalah satu ibadah. :)



Semoga Allah permudahkan segala urusanku. Amin. 

0 comments: