.

.

Wednesday, April 15, 2015

. Xplore Borneo : Trip to Gunung Kinabalu: Laban Rata TO Low's Peak PART 4 .


Misi 4090 1.0 PART 4 .


Trip to Gunung Kinabalu - Misi 4090 1.0 Part 1
Trip to Gunung Kinabalu - Misi 4090 1.0 Part 2 
Trip to Gunung Kinabalu - Misi 4090 1.0 Part 3 .


Okeh guys. Kita sambung cerita pendakian. Part 3 hari tu aku cerita tentang Laban Rata. Then, hari yang sama, pukul 2.30 pagi kami berkumpul di depan kafe Laban Rata. Time tuh macam macam perasaan ada. Excited. Takut. Risau. Sejuk! Haha. Bergabung jadi satu. Kami bertiga saja perempuan. Geng lain boboy. Hope kami semua tak malu kan kaum gigirl! Haha. Cuak weiii cuak. Tepat 2.45 pagi, kami bergerak mendaki. Bukan grup kami sahaja, tapi bersama grup grup yang lain. Ramai weiiii. Berderet deret. Ikut turn.Semua wajib pakai headlamp. Sebab time mendaki tuh, tak de la kau sibuk sibuk pegang torchlight. Mana nak pegang tongkat lagi. Then ada tempat yang kena guna tali. So, memang headlamp perluuuu sangattt!


Ni lah salah satu lereng bukit yang kami perlu daki. Memang kena rapat ke kiri. Kanan memang curam. Time mendaki tu gelap kan. So aku fokus pada tali saja. Langsung tak tahu apa benda kat tepi. Bila time turun, siang hariii.. omaigadddd. terkejut aku. lereng ni ke aku panjat tadi??????????????

 sumber  : link

Memang time naik tu. Aku pandang bawah jee. Sebab takut pening bila pandang atas.Sebab pakai headlamp. Then raaaaaaaaaamaiiii sangat orang kat depan kauu dengan headlamp memasing. Just fokus menapak je. Naik perlahan lahan sebab gelap kan. Tangga sebelum sampai lereng gunung tu memang tinggi and curam.  Sesekali aku pandang belakang. Wahhhhh... berderet deret manusiaaa. Kau boleh nampak deretan lampu jauuhhhhh kat bawah sana.



Gunting Lagadan. Tempat ni memang aku tak perasan pun time naik. Maklumlah gelap and fokus je kan.. kahkahkah. Aim aku hanyalah Low's Peak, Puncak gunung! Jyeahhhh!!

Satu lagi, time mendaki ke puncak ni, udara memang sangat nipis. Pening tu biasa kata guider kami. So, aku pun buat buat terer la kontrol pernafasan. Alhamdulillah aku tak ada masalah untuk bernafas. Time mendaki ni tak penat macam naik dari Timpohon Gate. Maybe sebab daki perlahan lahan kot.


Ni gambar waktu dah siang. Time daki ke Low's Peak, still gelap. Kau kena check in sini dulu sebelum teruskan mendaki. Pondok Sayat Sayat. Kat sini baru lah aku jumpa Alip, Nik, Din, Fetri, Jambu. Kami rest kejap. Cuaca memang super duper sejuk. Lagi sejuk dari Laban Rata.

Then aku tiba di South Peak, 8KM. Tinggal lagi 500M ke puncak.. Time tu subuh, so aku solat siap siap kat sini. Shame on me. Time solat aku terpaksa solat duduk sebab memang kaki dah tak kuat. Allahuuu. Nasib baik sempat solat. Ok. Apa tu South Peak? Haaa. Korang tengok duit singiit. Tu la South Peak! Puncak Selatan Gunung Kinabalu.

KM 8.0 ( 3929 M )

  South Peak
Gambar ni ambik otw turun. Time naik tu gelap.

  
 Pendakian untuk ke puncak. Tengok. Ramai lagi kat bawah tuu.

http://ahmadjunaidi.com/wp-content/uploads/2014/05/E01_0705.jpg 
500 M lagi untuk ke puncak. Ni gambar aku cilok dari brader Junaidi.

500 M kau rasa macam 5KM oiii. Punya jauh sebab mendaki kan. Aku tekad jugak nak sampai sebelum pukul 6.30 pagi. Maap Yu, aku terpaksa jalan dulu. 30 M lagi nak sampai puncak. Orang pertama yang aku nampak Fetri. Dia menjerit kat akuuu ' tu sitiiiiiii. sikit lagi. cepat.. sikit je lagi. boleh punyaaaa'

Whoa. Terus semangat tu ada. Jambu, Alip, Din, Nizam, Nik, Shahnaz... semua cakap sikit je lagi. Bila sampai tempat dorang lepak, Fetri suruh aku tinggal beg pada dia and naik Low's Peak. Ambik gambar kata dia. :"))

Akhirnya. Pukul 6.35 pagi, 28 Mac 2015, Gunung Kinabalu aku tawan! Puasss. Sampai jugak aku kat sini. Biarlah merangkak, berguling pun. I make it real guys! Thanks a lot kawan kawan yang banyak sapot. Lebiu allllll. Haaaa. Gitewww la perasaan dia. Oh Allah. Sungguh sungguh aku tak percaya.


Yunijaaaaaaa. Kawan yang banyak bantu aku, time nak pitam. Haha. tenkiu Yu. Kalau bukan sebab mu, aku turun doh wehhh. Wakakaka.


Reunion di Puncak Kinabalu. Geng PISMP BM Ambilan JAN 2010. Ipg Afzan.

Nik selalu hilang kan? = ='

Kerana kita bersaudara.

Ultras. Hahahaha.



Wallahi. Ini kenangan yang takk akan aku lupa sepanjang hidup aku. Segala susah payah kita bersama akan aku ingat. Serius saat aku taip entry ni, aku rindu korang semuaaaaa. Even dua hari bersama, tapi kita create macam macam kenangan.

Alip, Jambu, even baru kenal dua hari, rasa macam dah geng bertahun tahun! Kak Sara, ko memang sempoi kak. Even kat maktab dulu tak pernah bertegur sapa. Tapi kita geng! Daus and Shahnaz, even korang macam malu malu meowww, tapi korang ohsem. Nizam, Din. Korang klasmate yang ohsem. Jaga kami gigirl ni baikbaik. Abang abang sangat! Syahid, tenkiuuu, jadi kameraman kita oranggg. hehe. Fetri, geng 10 langkah. Tenkiu weh.. trip ohsem sangat! Nik, even kita tak banyak sembang, tapi kenangan time saya silap kejut awak tido memang tak dapat lupa. Haha. Boleh pulak tertukar awak ngan Fet. :P Satu lagii, Nik geng sakit lutut. Seiring sejalan turun gunung gitewwww. Mucho lovesss you all. Will miss this trip damn much. 


 The best view comes after the hardest climb ;)

happiness only real when shared ;')

0 comments: