Trip to Gunung Kinabalu - Misi 4090 1.0 Part 1
Kali ni nak sambung story pasal trip ke Gunung Kinabalu.
Sebenarnya dah lama kami rancang trip hiking GK ni. September 2014. If betul betul nak hiking. Memang kena booking awal. Sebab kita kena ikut dorang punya scheduled. Macam ikut turn jugaklah baru dapat naik sana. So, beria lah kami booking. Bayar deposit RM200. Pakej kami harga dia RM450. Seriusss sangat sangat murah untuk orang semenanjung. FYI, harga memang berbeza-beza. Anak jati Sabah pakej dia lagi murah dari orang lain. Tu keistimewaan dorang lah kan. Sebab tempat sendiri kan. Kita dah tak boleh pertikai.
Satu lagi, pakej ni depends la, berapa hari korang nak stay sana. Kami just ambik 2 hari satu malam. Jimatt. Tapi kerah tenaga la sikit. Tapi kawan kawan aku semua cakap, mana weiii nak dapat harga murah macam tu untuk orang semenanjung. Setakat yang kawan aku suvey, semua around RM700-900. So, murah kan? Haaa. Mungkin sebab ketua kami, Fetri kawwtim dengan geng Sabah kot. Heee. Thanks a lot Fet! Ohsem trip!
Trip bermula. Khamis. Aku dan Yu bertolak dari Lawas pukul 1.30 tgh hari. Din pulak bertolak dari Tenom pukul 4 petang. Ada meeting kata dia.Sampai di KK, kami tinggal kete and naik kete Din. Geng Kinabatangan memang pagi dah bertolak. Geng Kudat, Fet, Nik, Alip and Jambu malam baru sampai Kundasang.
Kami check in kat D'Vilaa Rina Ria Lounge. 500M dari Kinabalu Park, Kundasang. Sebab keesokan harinya kami kena berkumpul di Kinabalu Park pukul 7pagi. Oh ya. Kami naik ikut Timpohon Gate. Naik naik gunung ni ada dua gate, Timpohon dan Mesilau. ;')
Afzanian. AfzanComrade
Di Kinabalu Park. Kami jumpa guider, Roi dan orang yang uruskan trip kami. Cik Saliza. Kat sini kami setel cek nama. Sewa tongkat (RM10). Upah porter untuk angkat barang. Memang tak larat la nak bawa 7kg tu daki gunung. Hoiii. Mau patah tulang belikat akuuu. So, at last aku upah porter. Share dengan Yu. Mula2 aku keluarkan sikit je barang. Then simpan dalam beg Yu. Upah porter RM80. Tapi aku bayar RM30 sebab barang aku sikit. So, aku bawa la beg Nike. Dalam tu ada air, ubat, headlamp etc. Tapiiii... hahhaa. Stay tuned. Ada yang terjadi lepas tuu....
Kami naik van dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate. Tak jauh pon. Dekat saja.
We are the climbers. From left :
Bro (tak kenal. dia just join trip kami). Din. Shahnaz. Yu. Me. Kak Sara. Daus. Syahid. Alip. Nik.
Nizam. Jambu. Fetri.
Pendakian ke Laban Rata(altitude 3.353 m) bermula...
Dari Timpohon Gate ke Laban Rata ada 8 buah pondok. Pondok yang pertama sejauh 0.6KM. Fuhhh. 600m meh? Serius aku rasa jauhhhh gila hoiii. Macam tak caya baru 600 meter kau jalan. Semput dia lain macam ooooo. Baru sedar... exercise selama ni langsung tak cukup! T_T Serius rasa loserrrr gila.
Jalan ke pondok pertama ni lek lek je. Macam kau pi jungle trekking. Bukit biasa biasa je. Tak hade la terus menuju ke puncak kekdahnyaaa. Haha. Bila nampak je pondok... serius rasa feeling blessed! Bhaha. Baru 0.6km oiiiiiii.
Pondok Kandis
Then kami terus daki sampai ke Pondok Ubah. Start mendaki. Ada tempat yang bertangga. Curam nauuu tangga tu. Memang kena hati hati. Kiri and kanan pulak ada tali. Yela. Tempat curam dan banyak cerun kan. Precaution bak kata omputih. Sampai di Pondok Ubah (2.059 m) dengan termengah mengah. haha. Serius aku cakap. Memang semput.Time ni kami 12 orang dalam satu kumpulan lagi. Lepas je Pondok Ubah, memasing dah bawa haluan. Kenderaan ringan rileksss je naik. Geng muatan berat slow je daki. Gear 1 bak hanggg. Wakakaka.
sumber : link
Memang sepanjang pendakian tu... dok tanya guider... jauh lagi tak pondok? berapa km sudah?
Hahaha. Sadis bila dengar... 200m baru kamu jalan. Mak aiiii. Rasa dah jauh benooo kaki aku melangkah. Rupanya baru 200m? Memang mentalllllllllllllll.
Jarak antara pondok memang tak sama. Ada jauh. Ada dekat. Pondok seterusnya Pondok Lowill, then Pondok Mempening ( 2.518m). Haaaa. Lepas pondok mempening ni memang tenaga aku 'zero'. Serius semput yang teramattt. Alhamdulillah kaki, peha aku tak cramp. Tapi semputtt. Mintak nyawaaaa.
Lepas minum air semua di pondok mempeningg then aku ngan yu teruskan mendaki. Time ni exhausted gila oiiiii. Dah macam macam aku monolog dalaman. Rasa menyesal daki gunung. Siap cakap bodoh betul pi join trip hiking ni. dah tahu stamina hampehhh. Wakakakaka. serius aku cakap weiii. Menyesal gila. Sebab tenaga dah totally tak ada.
Selepas tu kami jalan. Baru 3 kilometer. Huh. Sampai kat satu tangga yang curam. Aku rasa macam nak blackout. Kau paham takkkkkkk? Macam letrik nak mati taknak matiiiii. Gituuu. Yu kat depan. Guider tengok aku berhenti jalan. Dia tanya kamu ok ka? Aku macam dalam dunia sendiri ooooo.
sumber : link
Time tuh aku tanya diri sendiiri.... Ehhh. Ni ke rasa dia nak pitam? hahaha. Kelam oooo. Kejap cerah kejap kelam pandangan mata aku. Serius aku down. Then aku duduk. Yu dah start sapu minyak angin kat leher and belakang. Then dia tanya apa tah. Aku serius macam dalam dunia sendiri. Aku amik je bila Yu hulurkan panadol actifast. Then aku makan coklat Whitakers. 5 minit afta, aku rasa ok. Time tuh ada rasa nak turun balik je. Tapi teringat pulak kat kawan kawan kat depan. Kalau dorang boleh. Takkan aku tak boleh. Even aku perempuan! Dan aku teringat jugak kat dut yang dejat seribuuuu habis sebab nak hiking! Wakakaka. Nampak tak? Permainan mental di situ!
Then guider kami, Roi, bawa beg aku. Not for free ok! Aku bayar RM40. Time nih tak kisah dah pasal duit. Aku pikir nak sampai je. Bila tak ada beg. Rasa ringan oiii. Almost 4kg aku bawak. T_T
( sumber : google )
Dari situ aku terussssssssssss mendaki. Memang betul kata Pyan. Hiking GK ni memang penat sangat sangat. Tenaga memang tak akan cukup. Yang hanya adalah semangat dan kekuatan mental. Dalam otak aku time tuh dok pikir nak sampai atas. Seribu juta kali aku dok cakap aku boleh, aku boleh. Selawat segala ayat aku baca.
sumber : iskandar jasa
Sampai di Pondok Layang-Layang ( 2.621 m ). Guider suruh kami makan and rest cukup2. Dia siap offer aku tido kat sebuah bilik kat check point tu. then aku boleh buat u turn. Hoiiii. Memang takkkkkk la. Aku dah dapat semangat dan mental aku balikkk. Aku cakap aku nak teruskan.Afta pondok ni, pendakian makin mencabar. Jalan makin berliku dan bukit curammm... Aku ngan Yu rilek jap. Alip, Fet and Jambu jalan dulu.
muka orang cramp! haha, sori Jambuuu. :P
Then kami stop di Pondok Vilarosa ( 2.942 m ). Dekat dah nak sampai. Mainan mentall memang pentingg. Mental kena kuattt. Then kami jalannnn. Tiba-tiba kami nampak dua ketul lembaga sedang merawat seketul lembaga sedang cramp! Wakakakaaa. Jambu cramp! Gigih la Alip dok urut. Fetri pulak aku tengok urut kaki sendiri. Serisu klaka Jambu time tuh. Kami rasa macam nak guling-guling je gelak. Adoiii. Sayang gamba Jambu tengah cramp tu ada dalam DSLR Fet. Kenangan sungguh. Sampai Laban Rata.. Sampai turun dari gunung pon kami still dok gelak kat dia. Maap Jambuuuuuuu. ;p
Ni dia kawan sejati. Sanggup tunggu kawan. kalau takkk lama dah dia sampai Laban Rata. Sebab dia memang fit and rilek je daki sambil letak tangan dalam poket seluar. Macam tak penat je gaya ko Leppp! Hahah. Siap tolong urut and bawa kan beg Jambu. Dia punya beg lagi. Almost 10kg on his back! Salute u Alip!
The last trek before reach Laban Rata. T_T
Then Fet, aku and Yu jalan dulu. Bermula lah geng 10 langkah. Kami jalan sat, pastu rehat. Serius dari Layang-Layang ni trek makin owsem. Pendakian makin rare. Bukit berbatu... Makin cerun. Makin tinggi kena daki. Tu yang 10 langkah pastu rehat. Fet lagi kesian. Kaki dia baru lepas operate. T_T
Come on Fet. U can do it! Kami sama sama naik. Merangkak. Guling. Mengesot semua ada. Sampai di pondok terakhir sebelum sampai Laban Rata, Pondok Pakka ( 3.072 m ). Time ni 500 meter pon rasa macam 50 kilometer. Kau paham takkkk penat dia macam mana. kaki ko ok. tak cramp. Cuma nafas tak cukup! haha. Bak kata Alip. ' tok cramp cuma tok cekak'. Kahkah. Ohsem lep! Time ni aku mintak nyawaaaaaa kat Alip. Kau tahu apa dia bagi? Rokokkkkk! hahaha.
Akhirnya kami tiba di Laban Rata ( 3.353 m ). Jumlah perjalanan sejauh 8.5 km yang menyeksakan! haha. But i make it real! Wohoooo. Bangga dengan diri sendiri even hampir pitam. Congrats Fet sebab dengan kaki sakit ko sampai. Tahniah Jambu even ko cramp, kau berjaya. And Alip, ko memang kawan yang ohsem. Sanggup tunggu Jambu and bawak beg Jambu seberat 7kg! Friendship is ohsem!
Sampai je Laban Rata. Kami minta guider tunjukkan bilik. Suhu kat sini aku tak pasti la. Tapi area 4- 7 darjah cekcius. Very sejukkk.
Andddddd. Time sampai kat bilikkkkk... aku terkejut sampai terduduk! Nak tahu apa? Stay tuned................
happiness only real when shared ;')
1 comments:
wow... bestnya sis... akak belum pernah sampai sabah ni...
Post a Comment