.

.
Showing posts with label lovey dovey. Show all posts
Showing posts with label lovey dovey. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

. my boipren ^^, .



Belum terlambat lagi rasanya nak update pasal birthday my boipren. Hehe. Repeatt... my boipren! Hehe. Boipren aku sejak aku kecik sampai hujung nafas aku. ;')

He is my ayah! 
My ayah my hero. My ayah my boipren. 


 

Tanggal 8.September 2013. Genap lah 55 tahun umur ayah. Dah 55? Oh. Serius ayah nampak muda. Serius! Serius! Kejapnya masa berlalu. 

Semoga ayah dipanjangkan umur, sihat sokmo. Murah rezeki dan bahagia selaluuuuuuuuu. Tahun ni kaklong tak dapat nak bagi hadiah sepcial-special lagi kat ayah. Sebab kaklong pon ayah yang kasi belanja kan. ;p. InsyaAllah. tahun depan, bila kaklong dah kerja, macam-macam kaklong boleh belikan untuk ayah.  Hadiah yang paling berharga untuk ayah tahun ni adalahhhh..... hehe. kasih sayang seorang anak kepada ayah. ;')

Terima kasih ayah sebab selalu tunaikan permintaan kami 4 beradik even kami selalu mintak benda yang bukan-bukan. Nak henfon la, nak baju la, nak motor la, nak kereta la. Walau ayah tak boleh terus tunaikan, tapiiii, ayah tetap tunaikan even lambat. Terima kasih ayahhhhhh. !!




Tahun depan ayah nak hadiah apa? Hehe. Boleh kaklong ready awal-awal. Mana tahu, kot-kot ayah request nak menantu ke. Kohkoh. ;p





Ayah, i love u! Much! Much! Much!


Dear ayah, 
I may find  a prince someday,
but you always be my king. ;')


Saturday, September 8, 2012

. Selamat Hari Lahir Ayah! .





Tanggal 8 September 1958, lahirlah seorang putera yang kini menjadi hero paling teratas di dalam hati saya. 


AYAH tak pernah berkata TIDAK walau apa yang ALONG dan ADIK-ADIK minta. AYAH sentiasa berusaha untuk cukupkan keperluan kami. AYAH sentiasa bawa ke mana saja kami mahu pergi. Kami sayang AYAHHH!





Selamat Hari Lahir ayah. Semoga ayah di berkati oleh-Nya selalu. Semoga ayah sehat-sehat selalu dan kami selalu mendoakan kesejahteraan ayah.  Semoga Along berpeluang membalas jasa ayah dan membahagiakan ayah. 





InsyaAllah, Along akan menjadi anak yang terbaik untuk ayah dan membimbing adik-adik sebaik mungkin. Along takkan hampakan impian ayah. InsyaAllah.



p/s : kawinkan  along cepat-cepat, supaya anak sulung ayah ni boleh bagi cucu yang comel-comel untuk ma & ayah. carikan suami yang keje engineer tau ayah! ;p *kalau ayah baca ni. mampoihh guwa. ;p



Thursday, December 29, 2011

. ‎45,056 people are talking about "TENTANG DHIA"....

Ahaha. Suka aku bukak fesbuk tadi. Habis je cite Tentang Dhia. Aku terus bukak lappy. Aku konpem la ramai yang update pasal Dhia nih. Hihi. Memang ramai pon. Gilakkk ahhh! Haha. Aku refresh je. Ada post baru. Ish2.... Pengaruh drama. Haha. Tak caye? Ni haa.. Semangat aku PS lagi nak tempek kat sini.





Jangan mencintai saya lebih dari mencintai Allah.






Ramai yang sedih. Ramai yang pelik. Sume dok update pasal cite tu je. Haha.






Ada yang tak puas hati sebab Ku Salmi lepas cenggitu je. Patot mati di gilis bulldozer. Hahahaha.




Cinta tanpa restu ibarat jasad tak bernyawa.









Ahaaa. Aku pon tak puas hati dengan ending. Dhia ngan Zikir mati tak pe la kan. Sebab depa dok kata, 'hanya mati yang dapat pisahkan kita'.. Adil la. Cinta sehidup semati. Ku Salmi tu. Ish. Patot buat la die terima pembalasan ke. Mati ke. Sebab dia dah buat ramai orang mati kann. Tak pon buat dia bertaubat. Tak pon GILA MEROYAN. Haha. Bapak ramai yang tak puas hati weh. Haha. Sampai ada yang suruh Ku Salmi sambung watak dalam Tanah Kubur kat Astro Oasis tuh. Wakakaka.



Ada jugak yang......................








Ada yang cakap, patut tuka tajuk, 'Tentang Mati'. Sebab ramai gila watak dalam drama ni mati. Haha. Betulkan. Senior aku dari awal lagik cakap patut tuka tajuk. Aku setuju! Haha. Sape mati...


. Mak Dhia .
. Ayah Dhia .
. Nenek Azmi .
. Pak Boon .
. Kawan Melly .
. Mak Melly .
. Bodyguard yang kejar Melly .
. Pakcik Kat Warung Kopi .
. Ayah Rafi .
. Dhia .
. Zikir .




So, apa pendapat korang???




p/s :: pengaruh drama. ish3...


Monday, October 31, 2011

.pulau-bentuk-love.




Timetime study week ni rajin pulak BW. Terjumpa gambar2 ni kat blog Kongsi Apa2 Jer. So, aku share lah. Sharing is caringgg!


Jom tengok pulau berbentuk LOVE di dunia!



1.PULAU TUPAI -POLINESIA, PERANCIS



2.PULAU GALENSJAK-CROTIA




3.PULAU SPITSBERGEN-SVALBARD




4.PULAU TAVARUA-FIJI




5.PULAU MAKEPIECE-AUSTRALIA




6.PULAU WALCHENSEE-JERMAN




7. PULAU BENTUK HATI,TASIK GUTIERREZ, PATAGONIA




8.PULAU BENTUK HATI DI MANGROVE DELTA SUNGAI VAZA-BARRIS,BRAZIL



9.HUTAN MANGROVE,NEW CALEDONIA



Ni bukan pulau ya,tapi hutan mangrove tau..Ingat lagi x drama BOF,di mana Gu Jun Pyo bawa Gum Jan Di naik helikopter.Inilah tempatnya..



Jadi,kalian sudah tahu,bukan,di mana letaknya pulau2 bentuk hati ini.Indah dan cantik sekali ciptaanNYA..Subhanallah...



sumber : Blog Kongsi Apa2 Jer.



Saturday, September 10, 2011

:: raya sana sini ::

Sekilas pandang je. Cewahh. Aku dah stres sangat buat esaimen. So, update blog jap! Macam dah lame je tak update an. :P Saje jep nak share pixca2 yang tak menarik sepanjang raya ni. Haha. :P




Depan umah nenek ni. Tak muat da na parking kete an. Ayah terpaksa la park luar pagar. So, nenek kena besarkan lagi kawasan yea. Ni baru adek badek sebelah mak yang balik beraya. Belum lagik sepupu2 mak datang. Nanti nak kenduri senang...! Hehe.


Maksu. Cik Na. Pak Da and ME!




Saya dan Maksu. Sama saiz. Sama tinggi. Sama comel. Hehe. >.<





My Kazen. Eyka! And of kos la my adik bongsu! Yana! :)



Yana yang tembam. Hehe.



Maksu and my kazen. Izwan!



Cik Na. Kalau pegi JB. Umah dia lah tempat aku lepak and buat kacau! Hehe.



Kami geng!



Wakaf Che Yeh jap! Shopam-shopam d hari raya!



katasaya : malas sebenarnya nak tulis entry panjangpanjang. So, tempek pixca jelah. :P



Saturday, January 22, 2011

:: 10 tips tolak cinta besfren. oh. terkene batang hidung aku sendirik! ::



hye fellas!

tadi aku menggodeh2 laman web tentang cinta. then jumpe satu artikel neh.
pehh...tajuk die dah memang kene atas batang hidung aku sendirik la!

sape2 yg folo n bace entry aku tentang MR.E. mesti paham. kami besfren yang akhirnya menjadi kekasih tapi aku rasa macam pelik je. dulu kwn sekarang bf. akhirnya aku undur diri.

maybe lam hal ni aku yang salah sebab tak fikir masak-masak. dan bukan salah E yang terjatuh hati kat aku. mungkin sebab kami sgt2 rapat an. semua rahsia kami share. ermmm..so ni aku ada tips bagi sesiapa yang ada masalah macam aku. rakan karib tetibe terfeeling kat kita.

kepada MR.E : i syg u. i syg u. dan i syg u. i'll try ok. tapi take time lah babe. u know wat i mean rite? :) thanks dear!


jum tengok tips2 yg 100% aku copy from tentangcinta.com


1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.
2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.
3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.
4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.
5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.
7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.
8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.
9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.
10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya "KAU MASIH SAHABATKU"


tapi an. yang no 4 tuh,,Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya. macam tak kene jep ngan aku. weh. siyesly aku cakap. E dah macam bayang-bayang aku. ada aku. ada dia. so, mane boleh aku tak peduli kehadiran dia. dia sangat penting taw! :)

then, no 6, Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul. uish. yg ni susah. cuba elak? hoi..nak kua bndar dia hantar. nak beli topap pon suruh dia. ni kan nak elak dr berjumpa. mustahil loh! haha. then, geng2 kami selalu la hang out. so, takan lah aku ta join. nanti dorang cakap, aku elakkan diri sebab dah clash ngn E pulak kan? :) kami kan geng! =,='