.

.

Tuesday, May 8, 2012

. kosong .




Kenapa ekh aku tulis tajuk tu KOSONG? Sebab aku tak tahu nak tulis tajuk ape. Dan aku main upload je gambar2 yang ada dalam lappy aku neh. hee. Layan jela. Kalau tak mo baca. Cepat-cepat picit 'X' kaler merah tu yea. ^^



Gambar 1



Mesti korang tak tahu gambar apa ni kan. Eh. SIlap. BUAH ape. Hehe. Menurut AKAK PENJUAL BUAH KAT KAMEREN tuh, ni BUAH EPAL KAMEREN. Kameren? Kameren tuh CAMERON HIGHLAND lah. Saje eja macam tuh. Haha. Aku excited tengok buah ni, ingatkan buah terung, so aku tanya. Then she said, ' ini epal kamelen oooo '. Haha. Aku ni suka mencuba, so aku beli la. Rasa macam tembikai susu yang tak manis. Pheww... = = '



Gambar 2 


Gambar 3



Gambar 2 dan 3 : Mesti lah hadiah untuk adik-adik aku. Haha. Annoying gila kan. Benda ni pon nak tayang. Haha. :P



Selesai sesi membebel untuk hari ini. Have a nice day yeah kawan-kawan!



Monday, May 7, 2012

. sk teruntum dan kuantan .





Mari bercerita. Cerita dah basi la.. Hehe. Kisah BIG ( Bina  Ihsan Guru Fasa 5 ). Kami melawat sekolah dan taklimat kat PPD. Benchmarking la kononnya. ^^. Macam biasa, kelas aku, PJ dan PSV ke Sk Teruntum. Haila.. BM dan PJ ni memang la tak boleh nak berpisah. Dari dulu lagi mesti grup same. Jodoh. Haha.


Malas nak membebel panjang-panjang. Kami ke sana, rasanya banyak ambik gambar sendiri kot. Lepas tu sibuk je dua orang budak nakal ajak berjalan dengan dorang. Bukan apa, suruh aku snap gambar la tuh. Haila Abu dan Ai. Hehe.


Sibuk bergambar. . Abu Sufian, Farid, ME, Myra Ashila, Ruslina, Hidayah, Mimie.



Bilik Pemulihan.




Haa. Ni la budaknya. Mengekori kamera setiap masa. Hehe.




Bercita-cita untuk menjadi potograper orang kawen. Amin!



Mimie. Myra, Syida, Lina.




Ahaks. So sweet. Anep mengejar Myra. ^^



Abang Ajis yang hensem. Haha.



Sebelum masuk ke meeting room. Sempat lagi! Dari kiri, Ummah, Izzat, Marwan, Aizuddin, Abu Sufian, ME.


Setelah penat melawat. Time to shopingg! HAHA. Shoping la sangat. Duit kering dowh. Hehe. Cuci mata jela kat ECM ni. Sambil mengisi perut sampai boncittt.



Here we go! Oreo Cheese.




Jom tengok gambar makanan pulak. Hehe. Tengah2 lapar ni memang meleleh la ayaq lioq.!




Celebrate bufday rumet yang dah berkurun. ^^



Sedap ni... ^^



Sizzling.



Tom Yam.



Tom Yam Yee Mee. Uhuks. 





p/s : macam lama tak post pasal makanan. aiyo..lapar la pulakkks.


Sunday, May 6, 2012

. test sikit je. ^^ .



Nak keluar harus ada syarat. :P


Haa. Ingat senang yea nak bawa anak dara Pak Cik Hussin ni keluar. Hehe. Mau kasi test la dulu. :P Seperti biasa la kan. Nak Keluar makan? Boleh aje. Tapi konpem la kena datang amik kat rumah. Dan kalau tuan hamba bernasib baik, Pak Cik Hussin ada kat rumah, haaa, sila la mintak kebenaran dengan beliau dahulu before keluar yea. Hihi. Jangan takut, jangan malu, jangan segan dan jangan cuak-cuak. Pak Cik Hussin tak suka bakal menantu yang tak konfiden. Kuikui.. *memang bernasib baik kan awak. Pak Cik Hussin ada kat rumah. Hehe. Tapi janganla takut, ayah tak makan manusia lah. :P*


Lagi.. Erm. Nak keluar makan je kan? Haruslah bawa adik-adik! Yeayyyy! Haa. Depa dah la makan banyak. Hehe. Mestila kena mesra jugak ngan adik-adik saya kan. Kan. Kan. Hehe.  Adik-adik tu mula-mula je pemalu. Lama-lama nanti, hah. Konpem penat la kamu melayan mereka. Sabo yea. Nak jadik Abang Long. Kena la belajar dari sekarang. Pasal apa..Pasal adik-adik memang manja dengan Kak Long dia ni haa.. Weee.... >.<

Lain kali, kita plan biaq Pak Cik Hussin join kita makan-makan. Konpem la habis air liur nak melayan beliau menyembang. ^^




p/s : test 1 - lulus dengan kepujian. :)