.

.
Showing posts with label cerita cinta. Show all posts
Showing posts with label cerita cinta. Show all posts

Monday, November 13, 2017

Hiking Trip : Bukit Perahu, Tamparuli Sabah .


Nextt. First trip 2017, 14 April 2017. Hiking Bukit Perahu, Tamparuli. Kami pegi waktu cuti Good Friday. Kumpul kat Tuaran. Dari Tuaran ke Tamparuli dalam 10 minit je.Kalau dari Kota Kinabalu, jauh sikit la dalam 40-50 minit gitu. Kami nak hike awal pagi, tu stay dekat area situ. Kami stay kat Tang Dynasty Lodge. Nanti aku buat entry khas untuk review hotel tu.


Aku tak tahu nak kabor macam mana direction ke sini. Korang waze jelah, tak pun google maps. Zaman siber guyssss. HAHA.


Korang nampak signboard ni, maka korang menuju jalan yang betul. Oramg-orang kat sini mostly penganut agama Kristian,   panggil bukit ni Bukit St. Veronica. Sepanjang trek nak sampai ke puncak, korang akan jumpa 14 salib. Kira macam checkpoint la macam tu.  Bukit ni tak tinggi sangat, lebih kurang 272m dari aras laut, 800 meter. Kitaorang amik masa 50 minit untuk sampai ke puncak. Maklumlah, sibuk snap gambo kekdahnya. Padahal 35 minit macam tu dah boleh sampai.


Salib yang pertama.


Meh aku belanja gambar checkpoint. Tapi tak semua la aku snap. Sebok sembang. Ada yang terlepas pandang. HAHA. 



Sebenarnya aku tak suka la kalau hiking ada tangga gini. Sebab fobia. HAHAHAHA. Teringat - ingat lagi tangga-tangga kat Gunung Kinabalu dulu. 2 minggu jalan senget baq hang. ;p




Haaa, kalau korang jumpa salib paling besar ni, maknanya korang dah nak sampai puncak. Kena mendaki sikit je lagi. 



Yeayyy dah sampai puncak! Ni la view kat atas tu. Memang ada orang jual makanan. Tapi pamdai-pandai la pilih yer bagi hikers yang beragama Islam tu. Serius ohsem gila atas ni. Nyaman gila, sejuk weiii. Lama jugak kami lepak atas ni. Kami terpaksa turun sebab petang tu cadang nak ke pantai pulak. 


Serius nak repeat!


Dari puncak ni, korang boleh nampak Pekan Tamparuli dan Pekan Tuaran.


Kami. Geng PISMP BM di Borneo. ;)


Classmate. Jiran sebelah bilik. Now dah jadi housemate. hehehe.


Rindu muka i masa ni. HAHAHA.


Waktu kami turun, kebetulan bertembung dengan penganut agama Kristian, dorang akan berhenti kat setiap salib dan baca doa, nyanyi ( maybe kalau dalam Islam tu zikir la kot ), aku pun tak pasti. So, kami pun terpaksa turun pelan-pelan. 



Posing wajib bila ada trip.


Dannnn, yang ni palinggg aku titik beratkan. Jaga kebersihan. Sepanjang aku hike kat sini, memang bersih. Kipidap hikers sekalian. 


 The best view comes after the hardest climb ;)


happiness only real when shared ;)





#happybirthdaysayang13november

Saturday, April 15, 2017

. Vietnam Trip : Hotel Thanh Thu, Ho Chi Minh City .


Hotel review. Tak berbayar pun. Just nak share hotel yang selesa dan best at HCM je. Bulan 11 tahun lepas aku ke HCM. 3 hri 2 malam. AKu dan kawan-kawan tempah hotel melalui Agoda.com. Tempah dulu, bayar kemudian. Tapi aku set pembayaran automatik 3 minggu sebelum tarikh nak menginap. Aku pakai kad kredit.


Harga untuk bilik Deluxe Twin, satu katil single, satu katil queen. RM 309.92 untuk dua malam. Berbaloi la tu. Hotel selesa sangat.


Ni haaa hotelnya. Sangat mesra pelancong. Betul-betul dekat District 1. 'Tempat orang Malaysia". Memang kebanyakan pelancong dari negara kita akan cari hotel area lorong ni. Tempat shoping kain baju pun tertumpu kat sini. Malam-malam ada orang menjaja tepi kaki lima, ada pasar malam, depan hotel berderet kedai makan dan 100 meter je dari Ben Thanh Market.


View daripada pintu masuk


Bilik luas, selesa dan bersih.


Bilik air dan almari


Peti ais dan meja kopi


TV. Mereput kami tengok drama Vietnam. Heee



Bilik air bersih dan luas. 




Dalam bilik ada dua plug. Satu plug tu dorang siap-siap letak international charger. Dah tahu pelancong dari Malaysia yang ramai datang. HAHA. Kalau nak iron baju, korang kena turun kat lobby. Tapi agak lewat la dorang mula service tu. Tak boleh iron dalam bilik. Tapi kami request nak iron dalam bilik sebab nak cepat. Kami ada trip ke Sungai Mekong. Nasib baik pekerj hotel tu baik hati. Sebenarnya tak bleh, tapi dia bagi je sebab service dorang mula lambat.  Sau lagi, kat sini ada wifi free. ;)


Bergambar dekat lobby dulu sekeping. Hehe


Selain hotel ni, ada beberapa hotel lagi kat Dsistrict 1 ni. Saigon Pink Hotel pun aku nampak ok. pandai-pandai la korang cari kat booking.com or agoda ye. Tengok review jugak. :)

happiness only real when shared ;')

link :

Thursday, February 13, 2014

. no hard feeling ~ kuwe, afiq, piji, hajar, siti :D .


Wahhh. Fuhh fuhhh. Macam berhabuk habis dah rumah aku ni haaa. Long time no see eh. Heww. Nak kata sibuk. Kerja makan tido je kat rumah. Oh, mungkin mood nak menaip tak de plus lappy pon berhabuk. Nasib baik tak de labah labah buat sarang je uols. :p

Cuti raya cina tempoh hari, bespreng aku kawen. Sobs. 3 of us. Sedih dalam gembiraaa. Yela kau, Kuwe, Piji n Ajaa dah kawen. Kau rase??? Tipuuu la kalau aku tak gelisah woi. HAHAHA. Dorang bertiga ni aku kenal sejak matrikulasi.


 

Ni diaaa bespreng aku. Gojes tak hengat uols! Mase dia tunang tahun lepas, chubby sikit, sekarang dah meletopp letoppp kurusnya. Tahniah darling sayangg. Semoga awak dengan Piji bahagia hingga hujung nyawa. Oh. Hafizee suami si Ajaa ni sama matrik jugak kot dengan aku.



Ni sorang lagi kawan aku, yang aku kenal sejak matrikulasi. Zakwan. Semoga awak dan Dila bahagia sokmo. :')

Alkisahnya Kuwe, Ajaa, Piji dan abang baju petak kat gambar bawah ni satu sekolah dulu. Aku sorang je sekolah lain. Tapiiii, budak budak mrsm kan bersaudara.... cewahhh! Kami jumpa kat matrik. Sungguh aku takkan lupa sampai mati. Setahun yang super best. Thanks uols.


dari kiri : wan mohd afiq asyraf, wan mohd hafizee, siti hajar fattyne, siti normazilla 


Kita kenal sejak 2007. Dua dua kawan saya. Dua dua saya sayangg. Congrats again awak berdua. Ops, saya pasti abang baju petak kat sebelah Piji tu sayang awak berdua jugak, kan korang bertiga satu sekolah, satu matrik dan satu universitiii. Hehe.


Sungguh aku malu malu meowww bila kawan kawan tanya bila nak kawen. Tak de tarikh dalam kepala ni haaa. Just go with the flow.  



Awak, semalam saya mintak masa awak 2 saat sebab rindu dah bergunung dalam dada. Tapi sebenarnya saya nak awak beri seumur hidup awak untuk saya. ;') #9




Monday, December 23, 2013

. hargai dia yang berada di depan mata -.- .



Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada gurunya. 
Ketika itu guru tersebut sdg mengajar mengenai kasih sayang.


P: " cikgu,mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang? Mcm mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

C :" Ok,kamu ikut apa yg saya suruh.Kamu pergi ke padang,kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lg walau sekali.Dah petik rumput yg PALING cantik,bawa ke kelas." 

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada rumput pun ditangannya.Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yg dipilih.
 
P:"tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yg paling cantik.Mmg ada banyak yg cntik,tp cikgu kata petik yg paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari tanpa menoleh ke belakang lg.Tp sampai dipenghujung padang,saya tak jumpa pn yg paling cantik. Mungkin ada diantara yg dibelakang sy td rmput yg paling cantik tp dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jd tiadalah rumput yg saya boleh petik."


C : "ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang,jangalah kita mencari lg yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik2nya. Jgn kita menoleh ke belakang lg kerana yg berlaku tetap dh berlaku. Smoga yg berlalu tdk berulang lg. Dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkn banyak lg yg cantik dan baik seperti rumput tadi...
̣ 



Love is a serious mental illness


Wednesday, June 12, 2013

. dah 12 JUN .



Tiap tahun, aku mesti tunggu lah tarikh 12 Jun ni. Sebab apa? Sebab birthday someone yang telah lama bertapak di dalam hati. Sungguh. Walau sudah lama ia berlalu, namun dia masih lagi di sini.. Di hati.

Sungguh. Susah. Payah. Susahhhhhhh sangattt nak lupakan. Sebab tu la BFF aku cakap, aku ni, tak boleh nak terima orang lain sebab aku belum betul-betul lupakan DIA. :'(

Saya setuju dengan kata kata BFF. Aigooo. Susah nak let go kan. But, i have to!

Wat ever lah. -.-






Happy 24th Birthday to him.

Semoga berjaya dalam kerjaya, murah rezeki dan panjang umur. Thanks sebab jadi seorang kawan yang baik. Kawan dah laaa kan? :)


Semoga persahabatan kita berkekalan walau bermacam macam perkara yang terjadi antara kita. Friends. :)





Every girl has feelings that will never change for one boy.




Semoga kita bahagia dengan hidup masing-masing. :)

Saya yang buat keputusan ni, jadi saya yang bertanggungjawab. Yeahh! No hard feeling!




I didn't give up. I moved on.


Someone said ,



Never go back into an old love, no matter how strong it is, because its like reading a book over and over again when you already know how it ends....