.

.

Thursday, October 31, 2013

. precious moments ♥ .



Long time no see. Berhabuk habis blog ni. Hehe. Memandangkan aku dah banyak benda nak story, banyak event yang dah lepas, so aku buat sekali harung je. :D

Meniti detik detik akhir di IPG. Banyak kenangan yang pastinya menggamit memori bila masing masing dah kerja nanti. Betul cakap Encik Rasdi, bila semua dah kerja and ada hidup sendiri, sangat susah dah nak gather dan semua ada. :) Indeed!




Disebabkan dinner dengan Jabatan Pengajian Melayu nanti ibu Rogayah tak dapat hadir, jadi, kami semua adakan jamuan khas untuk ibu. Ibu dah banyak sangat tolong kami, bersabar dengan kami. Dr. Rogayah or kami panggil Ibu, beliau pensyarah yang palingggg kerap ajar kami. Banyak sem jugak la beliau kena hadap kemalasan kami. Hiii. :P




Next. Video in da makinggg. Time ni kami tengah buat video untuk dinner JPM. Tengah-tengah panas, posing macam si sewel. Tapi layannn. 



Next. Pesta Otak Kanan. :)


Next. Hangout with rumet. Arghh. Lima tahun setengah kot tidur sebilik dengan dia. Pillow talk together gether. Rahsia luar dalam aku semua dia tahu. Dari pakwe nombor satu, hingga pakwe nombor empat. HAHA.


Next. Dinner dengan Jabatan Pengajian Melayu. Tema : Kampung. Lokasi : Pahang Club Hall. Haaa. Sebab tu kami pakat pakai kain batikk.



Next. Dinner dengan budak budak blok seroja we called it, Malam Nostalgia Kasih. Tema : Hitam Merah. Lokasi : Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis.



Next. Yang ni paling syok dan memori habiiss! Dinner with the whole PISMP Ambilan Jan 2010. Malam Persada Apresiasi. Almost 190 orang kot! Happening habisss. Tema : Elegant. Lokasi : Hotel D'Valley In.



Paling best, part beratur panjanggg, then rotate, mintak maaf and wish apa yang patut to all friends. Bukan senang nak hadap muka semua budak Sem 8 and mintak maaf then wish good luck! Woooo. Aku akan ingat sampai bila bila weh!


Budak BM kalau dah hadap kamera, perasannn tak hengat! Tak peduli kanan kiri kauuu!


So many memories. So many stupid fights. So many inside jokes and craziest moments. Everything crazy that I do always seems to happen when I'm with you. FRIENDS. ;')


To all legend to-be of IPG (belum legend lagi), I wish u all good luck! Semoga dapat posting tempat yang best. Semoga dipermudahkan segala urusan posting kita. Ingat! Kat mana pon kita posting, tetapkan hati pada tujuan asal, mendidik anak bangsa. Gain more and more pahala. :)


           ♥ I. Me. Myself.  ♥



♥ pictures of moments speaks more than thousand words. ♥


Sunday, October 13, 2013

. i do love .


 I do love colours! Seriouslyyyy. Seriouslyy.'


Lumrah perempuan kot. Suka warna warni.

Aku seorang yang suka warna. Kalau orang tanya aku, what ur favorite colour? Aku akan jawab. BIRU. Yes. Blue is my favourite colour. Tapiiii, tak semua barang-barang aku warna biru. Kalau kita suka satu warna tu, tak semestinya kita akan obses gilaaaaa. Kann? Heee.

Biru kan warna friendship. Aku selalu cakap kat BFF, Biru kan warna kita. HAHA, Phuiii! Geli fulaksss kite wakkk. ;p





Kalau orang yang kenal aku, pasti orang tu admit yang aku ni gila. HAHA. Gila apa? Gila sangat akan warna. Contohnya, tudung. Kalau boleh, semua warna aku nak. Tengok je warna yang aku tak ada lagi, aku pastiii akan beli. Dulu koleksi shawl. Sekarang tudung bawal. Huuu. Nasib la wahai bakal suami. Dapat isteri macam aku ni haaa. Nampaknya kena sediakan satu bilik untuk aku sumbat semua baju kurung dan tudung. hehe...





Sekarang, aku gila beli skirt pulak. Serius aku lebih kerapp pakai skirt. Selesa. Sopan. Nampak nice je. HAHA. Masuk bakul angkat sendiri la pulakk kan. Hehe.


Betul la kata orang, woman is complicated. Bukti... Ce tengok gambauu kat bawah ni haaa. Hii. Ni baru dari warna.. ;;p



Colour is life, for a world without colours appears to us as dead.





Tuesday, October 8, 2013

. kosongg bak kata Najwa Latiff .



Pernah tak korang rasa nak menaip. Nak hapdet. Tapi kosongg. Macam tu la aku rasa sekarang. Nak hapdet blog tapi rasa kosongg.

Apa benda la yang aku fikir.

Sejak dulu lagi aku fikir satu benda ni. Sampai sekarang aku tak dapat jawapan.

Mungkinkah sepasang kawan baik or orang orang sekarang panggil BFF menjadi suami isteri?

Mungkinkah?

Aku masih berfikir. Bolehkan mereka sesuaikan diri nanti?
Sepanjang hubungan as friend or bestfriend, mereka tak ada langsung rasa malu. Tak ada rahsia. Jujur. Percaya. Tapi, bila dah jadi sepasang kekaasih atau lebih tepat sebagai suami isteri, hubungan mereka kekal seperti dulu?

Adakah tingkah laku mereka same as before?

Mungkin mereka hanya keliru di antara sayang dan cinta?
Apa beza sayang dan cinta?
Ya, mereka tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. Mereka saling melengkapi.
Ya, mereka serasi bersama. Ya, mereka saling memahami.
Tapi, adakah itu cinta? Bukan sayang sebagai seorang sahabat baik sahaja?
Kelirukah mereka?

Dek kerana si lelaki tergelincir daripada landasan sebagai seorang sahabat, dan wujud perasaan cinta,  keadaan menjadi semakin runcingg.

Namun, si perempuan juga takut kehilangan si lelaki yang dianggap sebagai bestfriend. Kenapa dia takut? Kerana si lelaki itu lah peneman di kala dia suka dan suka. Peneman kemana dia ingin melangkah. Yang itu jugalah sabar melayan kerenah mengada si perempuan. Sahabat itu jugalah tempat mengadu segala cerita. Sahabat itu jugalah penyelesai masalah. Yang selalu ada di sisi.


Ahh. He is my bodyguard, kata si perempuan. Kata si lelaki pula, you are my princess. Dah macam belangkas dua sahabat itu. Kemana saja berdua. Kau suka apa? Aku suka apa? Semua dalam otak fikiran mereka. Bersandarkan reaksi muka sahaja mereka dapat menebak apa yang bermain di fikiran si sahabat. Sungguh, mereka begitu serasi. Serasi yang amatt.


Kata kawan-kawan, kau orang berdua memang sepadan bersama. Tak salah jika status bestfriend forever itu bertukar kepada status yang halal.


Namun, mampukah si perempuan membalas cinta si lelaki? Sahabat baik bertukar menjadi kekasih? Siapakah yang sedang keliru?  Si perempuan? Si lelaki?



Betulkah?

Bertuahkah seorang wanita itu jika sahabat baik, kekasih dan suami adalah orang yang sama?



Take a chance and never look back.