.

.

Saturday, February 23, 2013

. anak-anak hensem .



Buat pengetahuan korang. Rumah yang aku sewa ni area taman perumahan. Hausmate aku yang 2 orang ni mengajar kat Sk raub Jaya. Area taman perumahan ni. Aku dengan Syida kat SK Gali. Jauh sikit. Jadi, anak murid si Ada dan Zura ni selalu berkeliaran depan rumah. Datang sokmoo. :P

Biasanya duduk depan pagar je. Semalam dorang dapat masuk rumah. Hee. Ni semua gara-gara mintak tolong dorang carikan daun pandan. Kami nak buat puding. Jejaka pulak tu yang ramai. Hee. Cepatla besar anak-anak. XD


Hari ni pulak. Pepagi lagi mesej, tanya nak lauk tak. Dorang pegi kenduri area taman ni. Haha. Tapau untuk cikgu sekali. Swit gila bebudak ni. Hihi.  Area sini memang banyak perumahan, dekat-dekat je. Petang-petang, ajak cikgu jalan-jalan. Jatuh sayang jugak kat budak-budak ni kangg. :)


Bubur dan kuih. Kari dagingg termasuk sekali. Suka la cikgu, tak payah masak. Juz topap lauk sardin, sayur bayam dan telur masin je untuk hari ni. :)



Puding semalam. Pisang pon bentuk love. Tahu-tahu je nak bagi anak murid makan. Pisang ni terus jadi bentuk love.


see? sampai macam tu sekali anak murid sayang cikgu. jadi, kita sebagai cikgu, kena buat yang terbaik dan ikhlas semasa mengajar. :)

0 comments: