.

.

Friday, April 21, 2017

. Melaka Trip : White Loft Hotel .


Trip aku dan geng ke Melaka hari tu, kami stay lat White Loft Hotel.Service  memang tip top. Hotel selesa, bersih dan cantik! Bilik memang selesa yakmattt.


Lobi hotel.


Reception

Aku booking hotel ni on the way ke Melaka dah thru booking.com. Aku booked bilik Family Suite, RM 175 untuk satu malam. Dua katil queen. Memang selesa sanga. Plug nak caj fon pun banyak. Ada soket untuk USB. Terbaik. Iron boleh request kat reception. Friendly je abang-abang kat kaunter tu.



Ni dia biliknya. Nama pun 'White Loft' kan... haruslah semua putihhh. Gitu.



Yang pintu petak-petak tu tandas ye uols.


Telefon dia paling epik.


Bilik air lawaaaaa. Memang semua putihhh. Jatuh cinta iols. Firdausssssss! Nak macam gini nanti! ;p




Macam mana? Ok sangat-sangat kan hotelnya. Kalau berminat, nahhh booking sekarang! Heee.

White Loft Hotel
Alamat : 38, Jalan Rahmat 4, Taman Malim Jaya, Melaka, 75250 Melaka, Malaysia



happiness only real when shared ;')

Thursday, April 20, 2017

. bucketlist : Melaka, Day 2 .


Hari kedua. Hari terakhir. bangun je tido. Kami terus ke Padang Pasir Klebang. Wishlist tu. HAHA. Kami sampai kat situ jam 10 pagi. Dah panas oiii. Dah la ak boleh parking kereta dekat tempat nak photoshoot tu. Kena jalan kaki 800 meter. Baler. Demi nak bergambar, jalan jugak la walau panas ceng ceng cenggggggggggggggg.


Nampak cool kan? Padahal peluh menitik-nitik je dalam baju tuh. HAHA. Kasut penuh pasir. Tapi gigih berjalan. Kata Syud, orang perempuan je gigih jalan jauh tengah panas sebab nak bergambar ni. Hehe.



Alang-alang sampai, jalan jauh sampai ketibas. Nahh, ambik gambar banyak-banyak oi.




Gara-gara ke 'Padang Pasir' ni la muka aku 'burn' teruk. Firdaus pun tegur kenapa gelap sangat? HAHA. Maap lah. Gila bergambor kan. Gini laaaaa


Kita kawan sampai mati ok?


Awak sanggup ke datang sini nak photoshoot nikah nanti sayang? kahkahkah. Aku rasa, belum sampai tempat photoshoot muka dah monconggg sebab panas. Cair mekap iolsss



Dah puas bergambar, berjemur tengah panas. Kami terus ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil. Waktu kami sampai, baru 1130 pagi. dorang mula jual jam 12. Tapi waktu tu dah beratur panjang. Sampai luar kedai. Takpe, demi nak merasa kuih keria, kami gigihkan juga beratur. Owner tu cakap, kami maybe batch kedua, kena tunggu dalam sejam. Uihh, waktu tu kami dah beratur setengah jam kot. Tapi nasib kami baik sebab kuih tu cepat masak. So, setengah jam lebih je beratur.


Sorang boleh beli sikit je. Tak boleh kau nak beli sepuluh bungkus. HAHA. Kesian orang yang beratur kat belakang. Waktu kami keluar dari kedai, mak aiiii,,,panjang gila beratur. Siap berpayung bagai. Then kami plan nak round-round Melaka lagi, tapi bila tengok jalan jem gila. Kami decide terus balik KL. HAHA. Time tu cuti umum tapi lupa dan cuti apa. Kami bernasib baik sebab kami pergi Melaka awal sehari. Hari Khamis. Hehe. So kami pecut ke KL.


Sampai KL, kami ke hotel area KLCC, ambik sorang lagi geng kami, Aisyah, dia ikut suami outstation kat KL. Then kami ke Rack Boutique Cafe. Makan sambil gosip. Lama kan tak jumpa. Heee. Lewat malam baru sampai Damansara. Fuh penat. esok nak kejar bas pulak. Tiket dh la tak beli lagi. T________T

Esoknya aku akan ke Jerantut pulak. The journey begins. Wait for me love!


happiness only real when shared ;')

Monday, April 17, 2017

. bucketlist : Melaka, Day 1 .


9 Disember 2016. Trip aku and the geng ke Melaka. Kononnya parti bujang sebelum Syud nikah. Sepatutnya berlima. Tapi 3 orang je available. Fuh. Bertiga pun jadi. lebih kurang jam 10 pafi, kami gerak dari Damansara. Sampai Melaka, wajib la cari kedai asam pedas dulu kan. 


Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Lepas masing-masing dah kenyang, kami terus check in hotel. Sebenarnya aku booking hotel lain, tapi last minit kena cancel sebab penuh? Gila sungguh wei. Ada ke macam tu. So, aku booking on the spot je. White Loft. Bilik dia selesa dan cantik! Highly recommended la. Nanti aku share pasal hotel ni ya. ;)


Lobi Hotel

Masuk je hotel, msing-masing mentidooo. HAHA. Penat konon. Padahal bukan jauh pun Melaka ni haaa. HAHA. Tempat pertama, haruslah Kota A Famosa. Walaupun dah pernah datang, tapi kena jugak datang sini. HAHAHA. Perempuan, apa lagi, nak bergamborrr la. Sabor jelah bakal suami, terpaksa awok melayan kerenah isteri awok yang gila gambor ni ye. ;p


Kalau hoenymoon Vietnam kena reject, sini boleh tak?  T________________T


Aku konfius, akak tu ambik gambar kami ke gambar pelancong tu?


Nah, throwback. Zaman Mrsm Kota Putra. Walau tak cukup ahli dan tak akan pernah cukup. Al-Fatihah buat sahabat dunia akhiratku, Nor Atlina Ismail.



Waktu ni yang tudung merah tu single, sekarang dan bersuami. Heee.


Next detination, Jonker Walk.


Perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan. HAHAHA.


Dah penat jalan-jalan kaat Jonker Walk, kami gerak cari coconut shake. Bila sampai je, kedai dah tutup. Tapiiiiii nasib baik pekerja restoran tu panggil kami. Ada lagi coconut shake, kebetulan ada lebih. Memang rezeki kami la, siap bagi diskaun lagi. Heee. Coconut Shake Klebang checked!


Nextttt, Pantai Klebang. Kami bergambar dulu depan Bustel. Bas yang dorang ubah suai jadi macam hotel. Aku nak masuk dalam kawasan tu, tapi tak boleh. HAHA. So, bergambar dekat luar jela.




Sakan bergambar. HAHA. Lepas tu lapor, so kami makan dekat gerai makan area pantai. Banyak je gerai makan sepanjang pantai ni. Kebetulan waktu tu ada carbooth sale, so kami menyinggah kejap sebelum balik hotel. Even memasing mata dah layu, nampak je kain baju shawl, segor mata oiii. HAHA


Nah, my favourite picture of the day. ;)


happiness only real when shared ;')

link :

Sunday, April 16, 2017

. ResepiMek : Resepi Cek Mek Molek Kelate .


Macam biasa, hujung minggu aku akan autoatik jadi rajin buat kuih. Hehe. Praktis meh untuk buat kat bakal suami nanti. HAHA. Mana tahu dapat laki jenis suka makan kuih kan. ;p

Sebenarnya tak susah pun nak buat cek mek ni. Aku buat simple je, style orang bujang + malas. HAHA.

Bahan-bahan :

4 biji Ubi keledek ( oren )
Garam
1 cawan ( +- ) tepung gandum
Gula

Cara-cara:


Rebus ubi keledek sampai empuk, tapi jangan terlalu lembik. Kalau lembik sangat nanti adunan korang nanti lebik jugak. Masukkan sedikit garam ( optional ) wktu korang rebus tu.. Lepastu toskan.


Lenyekkan ubi keledek dan masukkan tepung gandum. Jangan banyak sangat tepung tu, takut adunan jadi keras dan cek mek korang rasa gandum je nanti. Uli sampai adunan tak melekat di tangan.


 Bentukkan adunan kemudian masukkan gula. Bentukkan sampai jad bujur macam gambar kat atas.


Kemudian, goreng.


Tadaaaa! Siap dah kuih cek mek molek korang! Hidang panas-panas dengan teh o panas. Terangkat! 

Selamat mencuba!


Saturday, April 15, 2017

. Vietnam Trip : Hotel Thanh Thu, Ho Chi Minh City .


Hotel review. Tak berbayar pun. Just nak share hotel yang selesa dan best at HCM je. Bulan 11 tahun lepas aku ke HCM. 3 hri 2 malam. AKu dan kawan-kawan tempah hotel melalui Agoda.com. Tempah dulu, bayar kemudian. Tapi aku set pembayaran automatik 3 minggu sebelum tarikh nak menginap. Aku pakai kad kredit.


Harga untuk bilik Deluxe Twin, satu katil single, satu katil queen. RM 309.92 untuk dua malam. Berbaloi la tu. Hotel selesa sangat.


Ni haaa hotelnya. Sangat mesra pelancong. Betul-betul dekat District 1. 'Tempat orang Malaysia". Memang kebanyakan pelancong dari negara kita akan cari hotel area lorong ni. Tempat shoping kain baju pun tertumpu kat sini. Malam-malam ada orang menjaja tepi kaki lima, ada pasar malam, depan hotel berderet kedai makan dan 100 meter je dari Ben Thanh Market.


View daripada pintu masuk


Bilik luas, selesa dan bersih.


Bilik air dan almari


Peti ais dan meja kopi


TV. Mereput kami tengok drama Vietnam. Heee



Bilik air bersih dan luas. 




Dalam bilik ada dua plug. Satu plug tu dorang siap-siap letak international charger. Dah tahu pelancong dari Malaysia yang ramai datang. HAHA. Kalau nak iron baju, korang kena turun kat lobby. Tapi agak lewat la dorang mula service tu. Tak boleh iron dalam bilik. Tapi kami request nak iron dalam bilik sebab nak cepat. Kami ada trip ke Sungai Mekong. Nasib baik pekerj hotel tu baik hati. Sebenarnya tak bleh, tapi dia bagi je sebab service dorang mula lambat.  Sau lagi, kat sini ada wifi free. ;)


Bergambar dekat lobby dulu sekeping. Hehe


Selain hotel ni, ada beberapa hotel lagi kat Dsistrict 1 ni. Saigon Pink Hotel pun aku nampak ok. pandai-pandai la korang cari kat booking.com or agoda ye. Tengok review jugak. :)

happiness only real when shared ;')

link :