.

.

Saturday, April 14, 2012

. mud cikgu-cikgu .





Sebulan. Tempoh masa yang amat singkat untuk aku menyelami 'jiwa' seorang guru. Ya. Aku perlu lebih banyak belajar. Belajar untuk mendidik. Belajar untuk menjiwai mereka. MURID. :)




Bukan senang nak jadi seorang pendidik ni. First, kesabaran kena tinggi. Ahaa. Contohnya, murid nakal. Tak nak buat kerja sekolah. Tak dengar cakap. Aiyakk. Kembang kempis hidong aku tahan marah. Maklumlah, tengah praktikum. Mana la boleh sesuki hati je nak pukul anak orang. Paling aku ta tahan pon, cubit sikit-sikit. Aha. Degil sangat kan..! Second, kena hari-hari la refer buku latihan. Kena pikir la kan, nak ajar apa. Macam mana nak bagi menarik. Korang nak ke, masa mengajar, tetiba murid cakap...'cikgu...boring la..' Err..sentap nyahhh!

Lagi, erm. Kena ada pakej suara yang nyaring. Kalau boleh, kalahkan suara Kak Ziana hokeyy. Ahaha. Siyes la beb. MESTI ada suara yang mantap giteeew. Haa. Baru la boleh nak marah-marah budak. haha. Tak de la. Suara kuat, so, murid dengar jelas apa yang kita ajar. So, untuk adik-adik yang belum praktikum, boleh la berlatih kuatkan suara. Nak tahu macam mana? Haa. Test kat karaoke. HAHAHA.


Apa-apa pon, pengalaman yang pertama ni sangat berharga.



Panjang umur kita jumpa lagi yea! SKKK with <3




p/s :: Lama lagi ke nak abes ni...aiyoyo....

2 comments:

Cik Yatt said...

cm best je jdi cekgu en

♥ cik kieranaa ♥ said...

@Cik Yatt

best! tp kene byk sabar~