.

.

Friday, March 1, 2013

. perasaan seorang pendidik .



Dah dekat dua bulan aku kat SK Gali. Aku dah dapat kenal pasti, yang mana budak mengada. Yang mana suka ambik perhatian aku. Yang mana rajin, ada jugak buat-buat rajin. Ada jugak yang banyak cakap. Heii. Macam-macam la kerenah dorang ni. Nama pon budak-budak kan.

Ada sorang budak ni. Aku tak pernah dengar suara dia selama 2 minggu aku mengajar. Kau bayang la, sampai aku tanya ketua kelas, Syarif ni boleh bercakap ke tak. Huuu. Sedih gua. Kekadang aku paksa jugak dia bercakap. Paksa! Paksa kau. Haa.

Dia bekas budak pemulihan. Boleh membaca, boleh menulis. tapi berat mulut nak bercakap. Tapi suka usik kawan dia lepas waktu kelas. Aku pernah denda dia. Aku bagi dia hadiah. Supaya dia bercakap. Dan hasilnya! Dalam minggu ni, dia dah mula bercakap. Sukarela keluar jawab soalan kat depan. Dan hari ni, dia membaca depan kawan-kawan dia!

Kau boleh bayang tak perasaan aku? Weh, terharu. Terharu gila. Ya Allah. Tak dapat aku nak cakap macam mana. Before ni dia hanya senyum. Sengih. Senyum. Sengih. Tanya la soalan apa pon. Dia senyum je. Baru aku tahu, macam ni perasaan seorang guru bila murid dia ada perubahan. Apatah lagi murid dia berjaya.


Photo: Setelah sebulan ak paksa dia bcakap. Akhirnya, Syarif bcakap jgk. Payah bebenor nk dgr suaa dia.


Indahnya perasaan bahagia seorang guru. Semoga aku ikhlas dalam mendidik mereka. Kami bukan setakat mengajar. Tapi mendidik. :)


4 comments:

Aku Penghibur said...

cikgu antara kerja mulia.. dulu kt sekolah suka tengok cikgu tulis kt papan hitam

♥ cik kieranaa ♥ said...

@Aku Penghibur

err.. kenapa. kenapa? hehe

Nory Zoulkefle said...

dulu pernah bercita2 nak jadi cikgu...
tapii tu lah...
belajar tak tinggi mana...
hehehe...

mulia sungguh hati seorang guru yang sentiasa nak melihat kejayaan anak2 murid2nyer...=)

~cik atin~ said...

selamat jadi pendidik yang berjaye kak.. :)