.

.

Thursday, June 20, 2013

. anak ayah seorang guru .


posting?

posting?

posting?


Tak tahu nak komen apa. Memandangkan senior pon di khabarkan bulan Julai baru tahu penempatan, so aku pon down down down. Ohh. Please. Permudahkan urusan posting batch kami, kohort 4. :)

Walau macam macam yang kita dengar. Walau banyak isu timbul. Moh la kita isi borang posting.

Bismillahhh....



Orang lain dah isi, aku baru hegeh hegeh tanya link e-posting. -.-





 Ya. Saya bakal guru. Saya bangga dengan kerjaya saya walau dulu saya langsung tak minat jadi cikgu. Tapi sekarang, saya sangat sangat dan tersangat bangga kerana menjadi salah seorang daripada pendidik. :')

 Tanpa guru, siapalah kita sekarang.


InsyaAllah. Walau negeri negeri ni susah nak masuk, rezeki di tangan Tuhan. Doakan kita semua dapat posting cepat cepat. Amin. Kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukannya. Kita tak boleh nak menolak takdir, kita hanya mampu berdoa. Hanya doa senjata utama kita. Maka, jom berusaha kawan kawan!


Terharuuu rasa bila aku tengok ayah rasa bangga sebab aku ni bakal guru. Sanak saudara semua pesan, nanti jadi cikgu, senang la. Alhamdulillah, dapat kerja bagus.

Abang kedai runcit fevret aku tu pun tanya aku, ''kaklong ngaja mano loni?''. 
Kak Yah, owner kedai makan fevret aku lagi tanya " kaklong habis bila? untung dia la jadi cikgu... "
Jiran aku bertanya, " tahun ni la habis? ingat habis dah. nanti mengajar la eh .."

See? Semua tak sabar nak tengok aku jadi cikgu. InsyaAllah, doalan kohort 3 dan 4 boleh posting dengan cepatttt. Tak sabar dah nak kerja. Nak berbakti pada anak bangsa. Tak sabarrrr nak kumpul pahala banyak banyak. Tak sabar nak belanja keluarga aku dengan gaji pertama aku. Tak sabar nak hantar duit bulan bulan dekat mak ayah. Tak sabar nak balas jasa mak ayah. Tak sabarrrrr.

Ya Allah. Permudahkan urusan posting kami. Amin.


1 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

Alhamdulillah..moga dipermudahkan semua. =) moga cepat2 dpt posting. sis ade kwn2 yg smpai sthn camtu br dpt tau posting mana.kesian kt diowg tp hopefully lepas2 nie graduan education tak diperbuat begitu.