.

.

Sunday, November 15, 2015

. Tips : Tempat Makan Best di Langkawi .


Memandangkan aku akan ke Langkawi pada cuti sekolah akan datang. So, gigih la aku search tempat makan best or wajib pergi kat Langkawi. Aku ada jugak tanya hausmate aku, dia orang Langkawi. :D

 Pantai Cenang

1. Restoran Haji Ramli

sumber : google
2.  Burger yang dijual guna lori

3. Restoran Haji Jelani

 

4. Harum Aroma Cafe

5. Restoran Mangga 2 


Kuah

1. Restoran Wan Thai
 

2. EE Burger

3. Jai Seafood & Western

 

4. Kedai Makan Nelayan

5. Restoran Bamboo

 

6. Fish Farm Restaurant

sumber : link

7. Restoran Pak Haji Ya Nasi Ayam

sumber : link
 Lain-lain

1. Hafiz Rojak

tempat makan best di langkawi murah sumber : link

Dia guna van je. Tapi rojak dia femes meletop letop. Siap masuk JJCM lagi. Wajib try. Noted! Lokasi Van ni Pantai Kok atau Kuah. Pepandai la cari ye.  

2. Restoran Seashell

restoran di langkawi yang sedap sumber : link


Makan di sawah padi. View memang superb. Marked! Lunch or dinner is available. Jangan risau sebab ada pelantar kayu. Pondok pun ada kipas. If tak nak makan kat pondok, boleh makan dalam kedai.  Lokasi di Laman Padi, Cenang. 

3. Kak Yan Nasi Campur

 Boleh try kerabu bronok dan aneka lauk. Ni kalau aku datang dengan family, memang wajib bawak datang sini. Lauk-pauk, ulam-ulaman, kerabu.. semua ada. meriah lah baq hang. wajib try! Aku akan cuba makan kerabu bronok. Errr. boleh ke??

4. Laksa Kaw Ikan Sekoq.

Lokasi tempat ni di pantai hujung airport. Ni memang double wajib pegi. Hausmate aku pun dua tiga kali dok sebut. Suruh aku cuba. Laksa dia memang sedap sungguh! Makan ngan ais kacang sambil tengok view pantai. Dia siap pesan, mai sini waktu petang. Kalau pagi memang tak dak apa la. Boleh tengok sunset and kapal terbang landing. :P

5. Nasi Dagang Pak Malau

Berdasarkan pembacaan aku kat blog ni, warung dia simple, tapi view die cun! Ake ni jenis suka tempat cun macam ni. Sesuai sangat la breakfast sambil tengok kehijauan sawah tu ye.

 

Lokasi : Masjid Bukit Temin, (Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka)

So, boleh dah mark mana kedai yang wajib try. Aku dah siap highlight warna kuning ok! Haha. Act, banyak je lagi kedai makan. Tapi yang aku up ni tempat femes and ramai yang suggest.


Happiness is real when shared ;') 


Wednesday, November 11, 2015

. Xplore Borneo : Sandakan, ada apa? .

Projek 1 Borneo Mektie. 
Sabah
Kota Kinabalu
Semporna
Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Semporna
Bohey Dulang, Kapalai, Sibuan Semporna
Tawau
Labuan
Gunung Kinabalu
Kundasang
Pulau Manukan & Mamutik
Sipitang
Brunei Darussalam

Macam biasa. Sekarang dah akhir tahun. Jadi no next trip for this year. Wait until 2016 ok. baru kita plan next trip yang sememangnya aku pasti ahli akan berkurang lagi sebab sorang demi sorang kawen. T_______T tahniah korang. aku jugak krik krikk ni. Projek 1Borneo aku belum complete.

Banyak lagi tempat aku nak jejak. Tips of Borneo Tg Simpang Mengayau, Kudat, ke Tenom naik train, Sandakan, Lahad Datu etc etc. hahaha. kemain mektie. Tapi hari ni aku just nak share tempat menarik di Sandakan. Tempat wajib pergi next year is Sandakan! :D

1. Pulau-Pulau Penyu

yes. aku suka pantai. suka pulau. tapi sini untuk korang tengok penyu live. biasa kat terengganu kan? sabah pun ada bha. Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Gulisan, Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Selingan. Kat Pulau Selingan ada chalet, if korang nak stay semalam dua. klik sini

2. Santuari Orang Utan Sepilok


sumber : link
kalau sebut Sandakan. memang aku akan ingat Sepilok. kira tempat wajib jejak la ni. konpem dah. hahaha. bila lagi nak tengok orang utan live kan. erkkk. berani ke aku? hahahha

3. Gua Gomantong

gua gomantong sandakan
sumber : link

kat sini ada dua gua, iaitu Simud Hitam dan Simud Putih. dalam gua ni banyak sarang burung layang-layang. fyi, chalet pun ada kat sini. tapi sangat terhad.

4. Rain Forest Discovery Centre

sumber : link

5. Sandakan Memorial Park

taman peringatan ni bekas tapak tahanan perang. kat sini jugak ada muzium sebagai peringatan warga British dan Australia yang terkorban. sama macam kat Labuan tuuu.

6. Rumah Agnes Newton Keith.

sumber : link

Puan Agnes Keith ini merupakan penulis dan mengarang  beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns .
Puan Keith menetap di Sandakan sejak tahun 1930 hingga 1952 . Rumah mereka telah musnah akibat Perang Dunia II tapi telah di bina semula di tempat yang sama

7. Puu Jih Sih Temple

tarikan di sandakan sumber : link

 Terletak di atas bukit dan nampak view bandar Sandakan dan Laut Sulu.

Sebenarnya banyak lagi tempat best di Sandakan,

Pulau Lankayan
Labuk Bay
Pasar Sandakan
Sandakan Crocodile Farm
Batu Sapi

Dan aku harap wishlist yang ni dapat jugak aku jadikan realiti! HAHA. Gigih kalau bab bab bercuti ni. Hope my future husband pun kaki travel kaki melancong macam aku. risau weh, kalau dapat yang jenis mereput kat rumah. kang betul betul reput aku! :P

till we meet again. Sandakan calling!!

happiness is real when shared


Thursday, November 5, 2015

. Xplore Borneo : Shortgetaways to Kundasang .


Last two weeks. Sejurus selepas kami kuli kuli gomen ni dapat gaji, kami plan ke KK. Ke Kundasang ni unplanned pon. Hehe. Dari KK ke Kundasang almost one and half hour? Depends trafic and ko laju ke tak bawa kereta. T____T

Kami bertolak dari Lawas jam 7 pagi. Santai santai je drive. Sampai KK jam 10 and terus gi check in hotel bajet kat area Pasar Filipina. RM80 per night untuk 4 orang, memang betul betul bajet. Then kami terus ke Kundasang. Lewat dah tu pkl 11 baru gerak. Tapi kami just nak amik amik angin and memang aim Desa Dairy Farm je. Sebab aku ngan Yu dah pegi Kg Luanti, ladang teh tu semua. :P


Sampai Kundasang, kami isi perut dulu kat kedai makan depan Kinabalu Park. Kinabalu Park!!! memang aku nak datang sini lagi. kenangan mengusik jiwa katanyeee. memori hiking Gunung Kinabalu masih kukuh terpahat dalam ingatan uolsss! Ngeeee~

I miss you guys. Rindu moment naik gunung. serius!


 The Housemates.




Mekti dan kamera memang tak boleh di pisahkan. Nasib baik ada Wahid layankan mood photoshoot aku. Serius rindu geng photoshoot zaman belajar dulu. Dayah. Syida. Lina. Weii.. korang suka amek gmbar lagi tak sekarang? :P

Konon shortvacay before cuti. HAHA. Memandangkan Pah akan cuti sampai bulan 4. So, celebrate dulu with mom to be. :D

Aku curious jugak sape yang pindah dulu?



Reminder to you. yes you!

If you do not step forward, you will always be in the same place.The journey begins with one step. Please don't come closer unless you plan to stay. I'm tired being in the wrong relationship. I really mean it.



happiness is real when shared