.

.

Monday, January 18, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 1 .


Perjalanan aku bermula dari Kota Kinabalu. Sabtu, 21 November 2015.Flight ke KL pukul 945 pagi, tiba di KLIA2 jam 12.20. Then next flight ke Langkawi pukul 2 petang. Sampai Langkawi lebih kurang jam 3 petang. Awal-awal lagi aku dah booking hotel + kereta sewa dan pakej island hopping untuk 5 orang. RM1100 untuk 4 hari 3 malam. Berbaloi-baloi. Kami berlima, tapi aku dulu yang sampai. Memandangkan aku yang menguruskan percutian ni, so memang patut lah aku yang paaaaaaaling awal tiba. :D

Hampir sejam aku tunggu sis yang manage pakej ni. Huuu. Mereput kat airport langkawi tuh. Setelah berhuhu kat situ, akak tu pun sampai. Dia bagi aku kereta Picanto. Ok laaa. sebab kami berlima saja. Then aku pun memulakan pencarian. Memang terjah jela... mula-mula cari stesen minyak then cari hotel kami. Sandy Beach Resort.



Berbaloi-baloi. Bilik selesa. Besar. Jalan kaki je ke pantai. Breakfast include. Pagi pagi breakfast tepi pantai. Feeling jiwang sangatt. HAHA. Toiletries, tuala, tv ada dalam bilik. Iron dan iron board pula ada kat luar bilik. Aku untung sebab dapat bilik tingkat satu dan tempat iron kat luar bilik je. Tak payah nak menapak jauh-jauh.


FYI, hotel yang aku menginap ni ada dua. Tepi pantai hanya ada chalet kecik. Boleh request nak kat situ. Tepi pantai tu hanya ada chaket dan reception sahaja. Hotel dan bilik-bilik lain ada kat seberang jalan. Dont worry, dekat saja bah.


Berbaloi lah aku duduk bilik ni bertiga with Syud dan Saerah. Cah dan husband kat bilik sebelah. Setel check in semua. Aku bersiap nak ambik Syud kat airport, jam 5 petang dia sampai. Then terus aku bawa Syud makan kat Pantai Hujung Airport which is famous dengan Laksa Ikan Sekoq. Nalaaaa nesaq ikan dia weh.


Laksa 2 pinggan. Air kelapa 2 biji. RM 18. 



Lepak kejap sambil tengok sunset yang malu malu nak muncul. Tak banyak snap gambarr, malu oiii orang ramai. HAHA. Satu lagi sebab penat. T____________T

Then, lepas Magrib, kami ke airport lagi untuk pickup Aisyah and her husband + Saerah. Lepas kami tu kami round kawasan Cenang tu, cari baju tshirt yang sama untuk pakai pegi Island Hopping esok! Puas hati jumpa baju yang cun dan murah. RM 18.

Selepas tu, kami terus jalan kaki ke Restoran Haji Ramli. Semua muka dah penat semacam. Makan pun kuis kuis je. HAHA. Harus tido awal, esok nak gi Island Hopping katanya!


tips : untuk pakej island hopping, jangan risau. if korang tak ambik pakej awal awalm pun korang boleh walk in je. no worries. banyakkkkkkkkk sangat agen yang urus pasal island hopping adan harganya sama je uols. hotel pun sama. banyak yang murah area pantai cenang tu. so, if korang datang pada hari biasa or bukan pada cuti sekolah or public holiday, tak payah risau. walk in je. Tapiiiiiiiiii, if korang datang time cuti sekolah... aku nasihatkan booking awal awal k. kang tak pepasal melepet tepi kaki lima :P

bajet day 1 :

Isi minyak             : RM 6
Pakej                   : RM 226
Makan                 : RM16
Baju                     : RM 18
TOTAL      : RM 266



happiness is real when shared ;)
LINK :

Wednesday, January 13, 2016

. Xplore Borneo : Borneo Beachouse Backpackers at Tanjung Aru, KK .


Makin malas uo entry sejak sejak laptop lejen aku nih asyik berkelip kelip mintak skrin baru! HAHA
 Actually hari ni semangat pulak nak up entry pasal satu hotel untuk backpackers area Kota Kinabalu. Actually dah lame ni, bulan November 2015 T____T

As usual, cikgu cekgi mula bercuti pada 21 November dan kebanyakan kami akan terus zappppppppppp pulang ke semenanjung pada hari Jumaat tuh. Tapi aku takkk. Sabtu baru amik flight. Sebab apa? Sebab aku nak gi Langkawi dulu and tiket murah pada Sabtu pagi ke KL dan ke Langkawi.

BKI - KUL    RM 146.50
KUL - LGK   RM 36.50

ehem ehem. paling murah dalam sejarah ooo naik Air Asia dapat kurang dari 150 tuh beb. So, lepas sekolah hari Jumaat aku dah gerak dari Lawas. Petang aku dah sampai KK. So, daripada aku mereput kat airport KKIA2 tuh ( time tu penerbangan AA masih beroperasi di KKIA2 sebelum dipindahkan ke KKIA pada Disember 2015) lebih baik la aku check in mana mana hotel murah yang dekat dengan airport. Banyak jugak la baca review kan. Paaaaaling dekat adalah hotel sekitar Tanjung Aru, kau boleh jalan kaki je ke airport KKIA2. Ada dua pilihan, Cassuarina Hotel dan Borneo Beachouse Backpackers. Tapii ofkos la yang paling murah aku pilih kan. Heee~

 Receptionist


Hotel ni dekat je dengan Pantai Tanjung Aru dan food court. Boleh jalan kaki santai santai. Lepas kenyang melantak, Kak Amal ( kami tumpang dia dari Lawas) hantar kami ke hotel. Pekerja dia baik, boleh bergurau senda gitewwww.


Banyak pilihan bilik kat sini. Nak duduk kat dorm pun boleh dan laaaagiiiiiiiiiii murah. Bukan ramai satu dorm, 4 orang jerrrr. HAHA. Aku decide pilih blik untuk dua orang ( beraircond ) dan share bathroom. Bukan demand k, sebab nakkan keselesaan sikit.

Sampai je, kami diberi bilik kat belakang. Fuhh. Macam seram jugak. Sebab kami dua je kat bangunan belakang tuh. Receptionist kat depan. Time kami jalan ke bilik, tiba tiba kakak tu panggil. Tukar bilik katanya. Mungkin dia nampak muka kami berdua cuaknesss. HAHA


Diberinya kami dorm untuk 4 orang, ada air cond dan privacy bathroom. Fuhh. Lumayannnn.


Hausmate aku excited dapat bilik besar. HAHA. Kita nak tido je kat sini. Jap lagi nak kelaur merayap kat KK. Si Jaha ngan Ustaz Asyraf on the way datang tuh. HAHA. Tetiba Jaha ngan Ustaz pun terrrrjoin tido kat sini. Dorang pun flight esok jugak :P


Hotel ni konsep dia macam rumah untuk semuaaaaaa gitu. Sewa bilik, share bilik air, dapur dan ruang tamu gituuu. 


  Dapur.
 Beranda rumah.


Ruang Tamu 


Highly recomended la untuk sesiapa yang datang KK dengan percutian bajet. Selesa kat sini. Bilik air bersih, bilik bersih. laundry pun ada. Kemudahan pengankutan pun ada. Dekat dengan pantai...foodcourt. Harga? Veryyyyyyyyyy afordable. 

Selepas mandi bersiap semua. Aku, wahid, jaha dan ustaz keluar merayap kat KK. Pagi baru balik. Omaigadddd, mati la nakkkkkk kalau bapak aku tahu. T__________T


Keesokan paginya, awal awal bersiap dan Jaha hantar kami ke KKIA2. Plan asal nak jalan kaki je. Tapi Jaha dengan gentlemannya hantar kami. HAHA. Tq Jaha!

Untuk harga dan pilihan bilik, boleh search kat Agoda or Booking.com. Aku pun booking guna Agoda.

Info : Sekarang ni semua penerbangan AA, Malindo dan MAS kat KKIA. KKIA2 dah tutup. So, tak relevan lagi kalau menginap kat hotel ni then nak jalan kaki ke airport KKIA2. Semua kat KKIA. Jauh kot kalau nak jalan kaki. kalau naik teksi boleh laa. Tapi mahal. btw, kakak receptionist tu ada bagitahu, ada perkhidmatan van, tapi pada hari kami stay situ, driver cuti... T____________T


Thursday, December 31, 2015

. Selamat Tahun Baru! .

scheduled post, 31 December 2015,  11.59 p.m

Pejam celik pejam celik. 2016 dahhh! Rasa baru semalam ambik result SPM. Rasa baru semalaam daftar PLKN. Rasa baru semalam masuk matrik. Rasa baru semalam jejak kaki ke IPG. Rasa baru semalam lapor diri di sini. How fast time flies by and you don't even realize it!

So, azam? Typical sungguh. Kalau tahun baru mesti azam baru? Alah, tunaikan dulu yang lama yang tertunggak tu okay?

For me, azam is not about the 'list' semata-mata. Apa yang nak kau achieve. Tahun ni nak apa, nak pegi mana and at the End of 2016, all your azam is accomplished.  Its all about 'do and don'ts' and just folow the flow. Err, am i right? Never mind, padang lain belalang, lain orang lain azamnya. Kann?

Aku? Aku bukan tak ada azam. Cuma aku tak pernahhhhhhhhhh listkan apa yang aku nak achieve untuk tahun tersebut. Errr.. loser ke weh kalau tak ada azam? Even aku tak ada spesific list, tapi aku ada target and perancangan aku tersendiri. Apa yang aku rasa aku nak buat, aku buat. Tak beria listed all teh thing to do excepttttt tempat percutian. Tu memang aku siap siap list mana nak pegi. :P Lain orang lain caranya kan.

So, for 2015, i think my mission accomplished! HAHAHA. The place that i want to visit most in Sabah is Gunung Kinabalu ( peak ya! bukan kaki gunung! ) and Pulau Mabul. Anddddd i make it real! Not in my dream anymore!


Gunung Kinabalu, 27 Mac 2015 

One more thing, apa yang selalu aku pegang bila masuk tahun baru, aku nak berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Nak perbaiki diri. Mana salah silap yang penah aku buat, aku harap aku tak ulang lagi. Aku nak sayang diri aku lebih daripada aku sayang orang lain yang belum pasti jadi yang halal buat aku. Family comes first.

Pulau Mabul, 29 Ogos 2015

It's a wrap for this year!

Let this coming year be better than all the others. Vow to do some of the things you have always wanted to do but could not find the time. Call up a forgotten friend. Drop an old grudge, and replace it with some pleasant memories. Vow not to make a promise you do not think you can keep. Walk tall, and smile more. You will look 10 years younger. Do not be afraid to say, I love you. Say it again. They are the sweetest words in the world

happiness is real when shared ;')

My Waiting List is here!