.

.

Thursday, April 7, 2011

:: surat untuk kekasih baru kau ::



SIYES AKU SYOK GILER BACE ENTRY NEH KT BLOG AMOI.
SO..AKU SHARE. :)

Jiwa aku tiba tiba nak tulis surat ini untuk awek bekas kekasih aku. Dah lama sebenarnya aku nak tulis. Cuma tu lah lama sangat aku biarkan entri ini bertajuk tanpa isi. Btw, surat ini hanya rekaan semata mata seperti mana Surat Untuk Bakal Suami Aku. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Jadi ayuh kita mulakan ok?

Kepada kekasih baru Ahmad (bukan nama sebenar),

Awak apa khabar di sana? Saya harapa awak bahagia bahagia dengan Ahmad sekarang ni. Walaupun baru sebulan kami berpisah. Jangan risau. Saya sudah mula move on. Tak tahu lah dia dah move on ke belum. Cuba check dompet dia, ada lagi ke tak gambar cun saya dalam tu. Kalau ada tandanya dia masih rindu dengan saya. Tapi jangan risau. Nanti awak tukar lah senyap senyap gambar saya tu kepada gambar awak tu ok?

[Picture Credit]
We have a huge argue and fight before we break up.

Untuk pengetahuan awak, saya yang dump budak Ahmad tu. Tahu kenapa? Sebab dia main kayu tiga dengan awak kat belakang saya masa sedang kapel dengan saya. Tapi tak mengapa. Saya dah lupakan semua tu walaupun awak membina kebahagian bersama dia di atas air mata saya. No more tears lah now. Saya harap awak jaga lah Ahmad tu baik baik. Yela. Takut dia main kayu tiga empat lima enama kat belakang awak pula lepas ni. Takut karma is hit you back my dear. Lagipun dia kan terkenal dengan sikap playboy dia tu. Baik awak hati hati ok?

Walaupun saya dah berpisah dengan Ahmad, saya harap awak jangan lah menghalang dia daripada bersahabat dengan saya. Dosa tahu tak kalau awak cuba rosakkan persahabatan orang lain demi kepentingan diri awak sendiri. Siapa kata dah berpisah tak boleh berkawan kan? Sebab itu saya tak pernah remove Ahmad daripada Twitter atau Facebook including Myspace dan Friendster. Eh. Awak mana tahu dia masih main Friendster sampai sekarang tahu. Awak kan urban. Mana nak pandang Friendster tu.hehe.

Kasihan Ahmad hari hari kena paksa dengan awak supaya remove saya dari semua social networking. Jangan lah begitu sayang. Kalau Ahmad betul betul remove pun. Saya tak kisah sangat. Setakat itu sahaja awak mampu buat. Sebab awak tak mampu nak padamkan semua memori cinta saya bersama Ahmad dalam minda Ahmad lain lah awak hentak ketuk kepala Ahmad kat dinding sampai dia hilang ingatan ye tak? Tapi saya tahu awak tak sanggup nak cederakan Ahmad sebab awak sayang dia kan =">

Kalau boleh. Saya mahu berkawan dengan awak. Mula mula memang lah saya marah dengan awak sebab awak jadi pihak ketiga dalam hubungan kami. Tapi sekarang saya dah ok. Saya rasa kita boleh tahu jadi kawan baik kalau kena dengan caranya. Tu lah. Awak masih tak sudi balas salam perkenalan saya. Takut sangat ke saya rampas Ahmad dari awak tu? Ke awak rasa bersalah dengan saya eh? Jangan risau lah. Saya tidak akan membina percintaan di atas air mata perempuan lain. Saya tak perli awak. Ini prinsip saya :)

Saya tahu awak masih suka stalk saya kat Facebook. Nak tengok apa yang saya dengan Ahmad bualkan kat sana. Padahal perbualan kami biasa sahaja. Mana ada main kata kata sayang macam awak buat kat Ahmad dulu masa dia masih lagi in a relationship dengan saya. Awak mungkin tak perasan status hubungan Ahmad kat Facebook sana masa tu kan?

Ahmad yang cerita kat saya. Katanya awak melenting gila bila hari tu saya ajak Ahmad pergi tengok wayang kat Facebook. Mungkin awak tak tahu. Ini tengok secara beramai ramai lah. Bukan berduaan dengan dia. Ada reunion sekolah. Tak kan awak tak tahu saya dengan Ahmad dulu satu sekolah dan satu kelas selama 5 tahun dari Form 1 sampai Form 5 kan.

Apa yang saya mahu. Saya harap awak akan lebih memahami perasaan Ahmad daripada saya. Saya harap awak akan tunjukkan pada saya yang you're worth it with Ahmad than me. Jangan pula nanti Ahmad yang kembali menagih kasih saya semula. Saya tak mahu itu terjadi.

Semoga awak bahagia dengan Ahmad tahu.

There are a huge space between me and him.
I hope you will occupy the space for him :')

Daripada bekas kekasih Ahmad.



notakaki :: AKU PENAH BERADA DALAM SITUASI BEKAS KEKASIH AHMAD. :(




6 comments:

qasehraihan said...

ni citer benar ke rekaan??hehehe

nk jln gaka umah amoi

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/doktor-cantik-lelaki-buncit-dan-dot-dot.html

Amelia said...

orang mmg xsuke kalau bf/gf dia pune ex still ade dkt list fren web sosial erk ?pelik sungguh..hehe

Unknown said...

version utk lelaki xda kew tuan rumah?? hihi,..saya pon dlm situasi tu gak,.hehe

♥ 미스 kiera ♥ said...

kak >> entah la kak. hehe ;p

♥ 미스 kiera ♥ said...

mia >> entah la. pelik sggh. sy tak mcm 2 pon. kwn..ape slhnye kan.

♥ 미스 kiera ♥ said...

MNH>> hehe. xde. nnt sy karang ae.