.

.

Sunday, October 21, 2012

. treble yang dramatik .



Oh. Semestinya update ni pasal BOLA. BOLA dan BOLA. Segalanya BOLA. Hehe.

Beberapa hari sebelum FINAL. Bahang dah terasa.  Haih. Aku yang neves. Mane taknya. Paan ngn Ghaddar tak main. Tapi, Bojan Hodak cakap, semua orang boleh sumbat gol. Tudia. Steady coach kito!

Jumaat - 19.10.2012. Aku otw balik ke Kelantan dari Kuala Lipis. Terkelu dan terkedu tengok konvoi penyokong2 Kelantan menuju ke KL. Tak putus2 kot dari mula aku bertolak (12.30 pm) sampai la pukul 5 ptg. Siyes aku bangga. Bangga dengan semangat ANAK JATI KELATE. Sampai RnR Gua Musang, aku terkejut. Dah macam apa dah. Penuh dengan kereta+bendera Kelantan. Banyak pulak booth2 jual bendera ngan jersi and stiker. Pheww... Sesak. Jammed jap.

Menjelang perlawanan. Pukul 8. Aku ngan family dah tercongok depan tv. Puas hati la tengok tv pon. Thanks to ASTRO MUSTIKA HD 134. Dengan tv 42'', bulu hidung pemain pon bolehh nampak toqq. Haha..


Penuh stadium. Siyes la. Satu stadium tu boleh penuh dengan penyokong TRW. Kat Malaysia ni,  stadium yang berkapasiti 80k memang tak cukup untuk penyokong TRW. Kita memerlukan stadium yang berkapasiti 120K! Ini hakikat. Semangat penyokong TRW tak boleh di tandingi oleh penyokong negeri or kelab lain. Setuju? Sila tekan like. Hihi. Semalam, 70 ribu eh penyokong TRW??? Em. Patutlah KB lengang je semalam. Hiii.

Game semalam memang sengit kot. Tak pernah aku semangat gila macam ni. Setiap kali striker TRW depan pintu gol, aku sampai terbangunn. Menjerit tu tak payah cakap la. Haha. Semangat tahap cipan ni.  Tapi aku kecewa la, reff nampak sangat macam berat sebelah. PO CIHH ore Kelate kato. Bukan aku je cakap macam tu, ayah aku, adik aku, komen2 kat FB pon cakap macam tu.



Tahukah kita, ketiga-tiga gol adalah assist dari Kapten Marvel, Piya. Hebat lah kapten kita. 



Mat Yo pon apa kurangnya. Patutla dia dapat Man of The Match. Tak sampai seminit dia jaringkan gol. Bak kata ayah ' Mat Yo jadddi male ni!'

 Walau aku tengok, ramai yang jangka ATM akan menang sebab game semalam, dua tonggak TRW, Paan ngn Ghaddar tak de, tapi, kita dah buktikan, kita boleh! Treble! Banyak pula yang kutuk-kutuk TRW kan. Apa la nasib kami asyik kena kutuk. Tapi, Tuhan tu Maha Adil. DIA bagi kita menang. Walaupun sengit gila game semalam. Walau reff  PO CIHH.

Bak kata TRW fans, game semalam boleh la diumpakan KELANTAN vs MALAYSIA. Sebab, penyokong negeri lain sokong ATM. Dah sah2 la sokong ATM. Sebab sejak lahiriah lagi, ramai yang tak suka rakyat Kelantan kan? Tapi, hade aku kisah? Haha.



TREBLE 2012!



19 MEI 2012 - Menjulang Piala FA pertama
14 Julai 2012 - Memenangi Piala Liga Super
20 Oktober 2012 - Menjulang Piala Malaysia


BIAR GAMBAR YANG BERBICARA.


Yang paling aku suka. part coach ATM komen semalam

' pemain Kelantan jatuh macam buah nangka'

Terus Akhbar Sahari shoot, 'LUAHAN EMOSI' dari B. Sathianathan. :P

#ok. dah banyak aku merepek. pasti haters TRW dah menyampah kann? haha.



yang macam ni tak bagus. kau nak shoot kami? silap2 kau yang kena shoot weh! hahahha. lucu la weh!

We are born to be the champion! I am so proud to be "ORE KELATE". No matter what people say. We will always unite and protect each others together. - my fren, Haziem Che Hassan.




1 comments:

~cik atin~ said...

bile gelombang merah memenuhi stadium :)