.

.

Tuesday, October 23, 2012

. tangan sejuk tangan panas .




Bosan-bosan study, aku teringat pulak kat blog kesayangan aku ni. Hmm. Update lah kejap. Err. Masalahnya, aku study ke? Or sekadar buat nota? :P

Ok. Berbalik kepada tajuk di atas. Ayah aku cakap, bukan semua orang boleh menanam. Ada tangan sejuk dan tangan panas. Errr. Ada jugak ke? Maksudnya di sini, ada yang tanam pokok, tapi pokok tu tak hidup pon. Terus innalillah. Haa. Itu namanya tangan panas. Ooo. Macam tu ae?


Alkisahnya, mak aku suka la jugak menanam. Maklumlah, full time house wife kann. Masa kat rumah lama dulu, macam2 bunga ada kat rumah aku. Penuh pokok bunga. Macam taman u know! Lepas pindah, banyak bunga yang rosak, mati and pasu pon pecah. So, rumah sekarang, ada bunga yang biasa je. Suam-suam kuku je la.

Tapi, mak aku suka pulak tanam pokok yang boleh di makan. Haa. Tanah sendiri kan. Suka hati la nak buat apa pon. :P CILI. Banyak sangat pokok cili kat rumah aku ni. Sebab apa? Sebab aku dengan ayah suka sangat makan cili. Aku ni lagi la, cili tu aku buat ulam je. Tak de cili tak sah! Tak selera la makan gamaknya. Aku suka pedas sangat2. Kaw kaw punyalah. Kawan-kawan semua teruja dengan aku. Haha.

Pokok cili kat rumah aku tu, kalau time aku tak balik bercuti, cantik je tengok. Merah je buah.. Lebat dan rimbun je buah. Bila aku balik je. Nasib la cili tu. Habis aku kutip. Haha. Nak makan je, petik. Nak makan je, petik. Fresh wa cakap lu. Nasib lah wahai cili. 

Benda lain yang mak aku tanam...


SERAI. Haa. Ni pon banyak kat rumah aku. Berumpun-rumpun...


Pokok ubi. Memang banyak jugak! Sebab kami suka makan pucuk ubi tu! buat ulam. Ubi kayu tu sedap kalau di rebus!



POKOK BETIK. Haa. Banyak jugak. Tapi, aku hairan. Kenapa tak berbuah? Bunga bukan main lebat. Ayah aku cakap, mak aku tanam betik jantan! Haha,,,

Aku nak sangat tengok pokok-pokok betik mak aku berbuah macam ni...

 
 Ermm. Nak makan betik pulak dah...  = ='


Sekian untuk hari ini. Nak sambung study pulak. :P




4 comments:

jaakechik said...

jaa pon jenis tgn panas jugok.. tanam jah gapo2 pong sumo mapussss! huhu...

Diya Edhayaa said...

org suke gk tanam2 ni. tanam bunga2 cinta. tp x tmbuh2.. wakakakak!!!

nadia said...

dan sayalah salah sorang manusia bertangan panas ituueewwww~ T_____T

shamshul affandi said...

yeke tangan panas??
Info yang menarik..saya ingin menjalankan cari hidup sihat dengan pertanian organik

Petani organik