.

.

Wednesday, May 2, 2012

. Encik Adik Teruna dan Cik Kakak .




Haa. Ini scheduled post yea kawan-kawan. Maklumlah, aku kena gi Kuantan. BIG punya pasal. Benchmarking la pulak. Alahai. Dah la tengah mengalami masalah kesihatan yang agak kronik. Sampai tak pegi kelas Ibu petang semalam. Huhu. Paham-paham jela sakit ape. = ='


Semalam, punyalah tak ada kerja sangat. Aku pegi kemas semua buku-buku dan kertas-kertas yang dah tak pakai. Kemas baju yang agak-agak membazir je bawak datang sini + beg-beg yang dah taknak guna. Semua tu akan di eksport ke rumah. Ha. Encik Adik Teruna, sila bersedia. Khidmat kamu diperlukan memandangkan abang ipar kamu sibuk ! :P


Sem lepas dah berkotak-kotak bawak balik. Sem ni pon sama, berkotak-kotak jugak. Haiyark, ape la yang banyak sangat barang aku ni ekh. Huhu. Konpem aku akan tumpang bilik Encik Adik Teruna untuk simpan kotak-kotak ni semua. Almaklumlah, bilik aku dah FULL. Dah tu, share pulak dengan Cik Adik Bongsu, dah bilik kecik aje, tak macam bilik Encik Adik Teruna yang besau mengalahkan master room.! Huh. Jeles betul haku!



Dah la. Malas pulak nak meroyan kat sini. Cauu dulu yea. Mau klik-klik apa yang patut. ^^





# gambar hiasan #



0 comments: