.

.

Monday, January 14, 2013

. bukan senang nak bina 'masjid' .




Dua tiga hari ni, aku gigih kumpul kad kawenggggg rakan-rakan. sahabat-sahabat. Wah. Excited bila kawan-kawan sekolah ramai yang dah kawen. Nanti aku buat entry khas pasal dorang ae. :)

My BFF dah nak tunang, dua orang rumet aku masa sekolah menengah dah kawen. Ops. Sorang je dah kawen. Sorang lagi bakal menyusul, raya cina nanti. Seingat aku, sejak aku umur 20, haa, masa tu la kawan-kawan start kawen. Aku hanya mampu pegy makan free jela. Nak kawen tak mampu lagi. Kau orang ingat senang nak kawen ni? Bajet mesti riban-riban. Takkan aku nak guna duit ayah 100%. Mesti nak buat kuar fulus sendiri jugak.

Takyah cakap bajet untuk kawen la, time orangg datang merisik pon kena kuar duit gak. Yela, mesti nak buat makan-makan sikit dan BAJU baru semestinya kena ada. Hii. cc : Mama sponsor. 

Tunang? Lagi banyak benda kena fikir. Aku siap buat cek list dah. #awal bebenor#. Bukan apa, sesaje prepare. Haha. kekoyaan terlampau. Aku syorkan, korang-korang yang nak tunang or kawen tu, buat cek list awal-awal. Apa yang patut beli awal, terus on je. Bak kata ayah aku, ada je duit, beli sikit-sikit pon tak pe. :) #ayah saya sporting!


 preparation

1. cincin tunang
2. beli barang hantaran
3. mini pelamin  (macam tak perlu)
4. Baju, veil, kasut tunang
5. jamuan
6. jurucakap
7. photographer


Her-Him

1. sireh junjung
2. buah
3. pulut kuning
4. kek
5. kemeja

Him-Her

1. tepak sireh + cincin
2. kek
3. buah
4. pulut kuning
5. kain pasang



Aku nak share sikit la ae. Pasal merisik. Ada sesetengah tempat, especially orang selatan la, time merisik ni, dorang akan bagi cincin kat belah pompuan, sebagai tanda ke ape ntah. Tapi kalau kat Kelantan, biasanya, tak bagi pon cincin, juz pegy bawak tepak sireh dan ayah aku cakap, tu hanya untuk 'tanda'. Biasanya tunang baru pihak lelaki bagi cincin.

Tapi sekarang, ada je yang bagi cincin bagai. Bagi aku, tak perlu la kot. Membazir. Cukup sekadar rombongan tu bawa 'niat' dan 'hajat' untuk 'sunting' bunga di taman Pakcik Hussin. :) Yang penting hajat kita untuk membina masjid tu kan. :)


 gambar hiasan


gambar hiasan


A guy and a girl can be friends. But sooner or later one will fall for the other. Its true. :)



p/s : pengsan kalau tengok cek list + kos. sila kawenggg dengan anak datuk kalau mahu majlis besar2. :P

set bilik tidur sudah di beli. ayah ingat aku nak kawen bulan depan kot. aku rasa, katil tu akan runtuh dulu baru aku kawenggg. haha. ;p

0 comments: